CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Ibu Bapa Arwah Menangis Sujud Syukur

23-7-2024 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39076| Komen: 98


Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Memetik laporan Awani, pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas enam individu terbabit.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memberitahu dengan itu mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.



Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Sementara itu, ibu bapa kepada Allayarham iaitu Zulkarnain Idrus dan Hawa Osman dilihat mengalirkan air mata serta melakukan sujud syukur di hadapan bilik perbicaraan sejurus mendengar keputusan.

Sumber: Awani, OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 23-7-2024 05:51 PM
Good riddance
Quote akido_kido 23-7-2024 05:55 PM
Alhamdulillah akhirnya.dulu menyakitkan hati je siap gelak2

[twitter]https://twitter.com/mynewshub/status/1815640892289814723?s=46[/twitter]
Quote Glorysky 23-7-2024 05:56 PM
Alhamdulillah
Quote riyadhK 23-7-2024 05:58 PM
Padan muka!
Quote kepingbewok 23-7-2024 07:12 PM
Alhamdulillah..Semoga Zulfarhan bersemadi dgn tenang disisi Nya.buat musibat 6jahanam,dipersilakan bersiap sedia sebelum malaikat maut buat kerja.
Quote makneng 23-7-2024 07:14 PM
Penantian yang berbaloi. Utk enam jahanam. Semoga sempat mohon maaf n bertaubat
Quote plywood 23-7-2024 07:15 PM
akido_kido replied at 23-7-2024 05:55 PM
Alhamdulillah akhirnya.dulu menyakitkan hati je siap gelak2

manusia manusia hebat kerana boleh gelak2 ketika dituduh membunuh ini dibicarakan... sekarang adakah mereka akan sambung gelak lagi

Quote JunkMail 23-7-2024 07:18 PM
Padan muka... Inilah akibatnya apabila tunjuk hero sangat. Ok lah tu, sempat nak taubat hari hari dok dalam sel akhir tu. Lamaaa lagipun nak jalan hukuman, bukan sat sat ni gantung.
Quote putericahaya999 23-7-2024 07:18 PM
Alhamdulillah harap jumaat ni terus gantung
Quote krustykrab 23-7-2024 07:19 PM
Rasanya mak arwah boleh buat sujud syukur tu kat rumah/surau kot. Sb nmpk tak.manis tertonggeng mcm tu.
Quote riyadhK 23-7-2024 07:21 PM
akido_kido replied at 23-7-2024 05:55 PM
Alhamdulillah akhirnya.dulu menyakitkan hati je siap gelak2

Takde rasa insaf pon ni. Action kemain bangga siap boleh borak sengih2.
Quote ifanonline 23-7-2024 07:22 PM
ibu bapa hantar utk anak menuntut ilmu, anak pergi UPNM utk bunuh orang

pengajaran disiplin kpd semua ibu bapa
Quote Ytee 23-7-2024 07:35 PM
kejam giler
Quote felinecat 23-7-2024 07:37 PM
Ape perasaan cinggey yg terlibat.awal2 kes dulu kan,kalau xsilap
Quote ina_na 23-7-2024 07:41 PM
Ms buat dl sedap kan..tekap2 dgn iron..jahat giler..org mcm ni mmg patut kn hukum bunuh dan jgn bg pengampunan...dan patut di masukkan dlm silibus sekolah...Bt mcm ni hukuman nye nyawa ko pun melayang
Quote Purplehaz 23-7-2024 08:19 PM
Lastly ..Nanti ada mohon Pengampunan ...?

Quote xtravaganza 23-7-2024 08:47 PM
Alhamdulillah.. Aku hrp next court session, msh kekal la hukuman ni..

Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin
Quote haruslah 23-7-2024 08:48 PM
Harap kes ni dijadikan rujukan kat sekolah2
Semoga jadi tauladan kpd anak2 kita semua

Btw, lepas ni confirm ke mahkamah persekutuan pulak kannn
Quote noor2 23-7-2024 08:51 PM
Moga mampos cepat semua pembunuh ni...x sesuai hidup

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046023 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top