CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangguan Bekalan Air Tujuh Daerah Di Selangor Dan Kuala Lumpur Selesai Selewatnya Jumaat Ini

24-7-2024 07:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17606| Komen: 18



SHAH ALAM – Gangguan bekalan air melibatkan jutaan pengguna di tujuh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka selesai selewat-lewatnya pada Jumaat ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, empat loji rawatan air (LRA) yang dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang, Sungai Kuang dan Sungai Sembah kembali beroperasi bermula pukul 3 petang tadi.

Jelas beliau, LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (SPP1, SSP2 dan SPP3) beroperasi selepas bacaan 0 ton dicatatkan tiga kali berturut-turut.

“Justeru, pengagihan air melibatkan LRA Rantau Panjang mula dilaksanakan bermula pukul 6 petang tadi manakala tiga SSP pula seawal 8 pagi esok.

“Namun, proses pengagihan itu akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan kita jangka ia selesai sepenuhnya pada Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar khas di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, malam ini.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan kira-kira 1.1 juta pengguna akaun di lebih 1,000 kawasan terjejas akibat henti tugas sementara empat LRA susulan insiden pencemaran bau.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan air tidak berjadual itu melibatkan daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.


Dalam pada itu, kata Izham, tindakan tegas akan dikenakan terhadap sebuah kilang pemprosesan plastik dan pepejal yang dikenal pasti menyebabkan pencemaran bau sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Ia berikutan kebocoran tangki yang berlaku di premis itu menyebabkan bahan pencemar berjadual Poly Methacrylic Acid (PMAA) mengalir ke tiga batang sungai.

“Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor turut sudah mengambil tindakan termasuk mengeluarkan kompaun kepada pemilik kilang berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, JAS dan LUAS akan meneruskan pemantauan di lokasi terlibat esok bagi memastikan pencemaran tidak berulang

Sumber: Kosmo

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 24-7-2024 08:22 AM
Nnt kilang tu minta maaf...all is well...bln depan buat lg....smp AJM
Quote Binodino 24-7-2024 08:25 AM
Up la hukuman kepada kilang tu. Denda juta2 & penjara. Bukan sikit rakyat yang terkesan kalau ada gangguan air ni.
Quote cmf_Strawberry 24-7-2024 08:25 AM
Rumah iols dah ada air malam tadi. Good job air selangor..
Quote prettyuglybabe 24-7-2024 10:09 AM
kompaun je ke? patut heret semua yang jadi punca tu ke mahkamah..
Quote Neno90 24-7-2024 02:10 PM
Kesian pd sapa yg kena x ada air tiba²
Quote stompuper79 24-7-2024 04:39 PM
rumah iolls ada air dah. tq air selangor!
Quote tahanie 24-7-2024 04:42 PM
Teruk sangat mart
Quote prettygood 24-7-2024 04:51 PM
jarang rumah iols terganggu, nasib tinggal di condo
Quote kakikuDibibirmu 24-7-2024 07:02 PM
Dah lama tak hujan
Quote green~tea 24-7-2024 07:04 PM
Rumah weolzahhhhhh Tak terlibat

Key el sisi pun ada air noksssss
Quote diaitu 24-7-2024 07:58 PM
Air tiada berpisah tiada selangor ni
Quote manop 24-7-2024 08:03 PM
Buat la RUU penjara je... kompaun apa lagi. Lemahhhhhh
Quote slavehunter 24-7-2024 08:21 PM
Funny masing2 drive Bmw, Merc, tapi hidup takde air macam duduk setinggan kat Philippine.

Lepas ni mesti ramai fall sick lepas air dah tercemar.
Quote miss_white 24-7-2024 09:00 PM
Membongkak ckp negeri maju
Tapi selalu tak ada air
Xnk suruh  rakyat selangor gali perigi ke



Quote SalenaGomez 24-7-2024 09:33 PM
miss_white replied at 24-7-2024 09:00 PM
Membongkak ckp negeri maju
Tapi selalu tak ada air
Xnk suruh  rakyat selangor gali perigi ke


Dia bukan xde air, ini kes air tercemar.

Nak buat camne, KL pon air dr selangor. Empangan air semua selangor. Kilang2 byk kat selangor. Kalau blaku pencemaran, mmg ni lah sop nya. At least xdah kes org mati minum air tcemar. Cuma kerajaan negeri atau pihak air selangor mesti saman juta2 pada pihak yg membuat pencemaran ni. Mennyusahkan org KL dan selangor je
Quote Mimo.mimo 24-7-2024 10:29 PM
Pagi tadi air still keruh. Harap saman je kilang tu. Hampir satu selangor affected kot.
Quote laqoyah 25-7-2024 08:07 AM
miss_white replied at 24-7-2024 09:00 PM
Membongkak ckp negeri maju
Tapi selalu tak ada air
Xnk suruh  rakyat selangor gali perigi ke

takde air sebab sumber sungai...tercemar, maintenance..bukan sumber dari otak bingai 30 tahun memerintah habuk pun tarak bahlol

Quote cap_ayam 25-7-2024 08:15 AM
Lega kawasan rumah kaka masih ada bekalan air lagi macam biasa. Harap2 air tersebut suci kesian pulak tengok orang sri hartamas amik air kat lori.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top