CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 anggota PBT ditahan lindungi premis guna lesen ‘ali baba’, terima rasuah bulanan

24-7-2024 07:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17258| Komen: 11


KUALA LUMPUR – Seramai tujuh anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan reman hari ini selepas dipercayai menerima rasuah secara bulanan hampir RM12,000 daripada premis perniagaan beroperasi menggunakan lesen ali baba di ibu negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kuala Lumpur menerusi Op Orange menahan kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an di sekitar ibu negara antara pukul 8.30 hingga pukul 11 pagi semalam.

Menurut sumber, Majistret Amira Abd Aziz membenarkan lima anggota penguat kuasa berkenaan direman selama lima hari sehingga 27 Julai ini.

Sementara itu, dua lagi anggota penguat kuasa direman selama tujuh hari sehingga 29 Julai selepas permohonan di buat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.

“Menerusi risikan dijalankan SPRM sejak enam bulan lalu, kesemua penguat kuasa yang ditahan ini disyaki telah melindungi premis-premis haram yang beroperasi secara tidak sah dan menerima wang rasuah secara bulanan antara RM200 hingga RM1,000 daripada pemilik dan penjaga premis berkenaan.


“Wang rasuah yang diterima ini sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan penguatkuasaan kepada premis-premis berkenaan yang bukan sahaja menggunakan lesen ali baba, sebaliknya kerana kesalahan menggajikan warga asing sebagai pekerja selain beroperasi menggunakan lesen yang berbeza,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, susulan tangkapan terhadap kesemua suspek, SPRM turut menyita wang kira-kira RM40,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, seorang suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan. 


Sumber: Kosmo

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 24-7-2024 09:21 AM
".... melindungi premis2 haram yg beroperasi secara tidak sah ....". Sepandai2 tupai melompat, ke tanah jua akhirnya.
Quote pokokmeranti 24-7-2024 09:22 AM
kenyang perut mereka dengan tidak peduli dengan masalah rakyat setempat....yg tauke beri rasuah bila nak kena angkut pula
Quote damsel_fiji 24-7-2024 09:23 AM
takpe, pasni bleh buat review masuk lokap sprm mcm anak teroris penyakau tu
Quote hyie 24-7-2024 09:27 AM
wayang je (kalau orang atasan)
Quote tungkai 24-7-2024 09:49 AM
So nak simpan lagi manusia camni dlm PBT hatta jadi penjawat awam?
Quote stompuper79 24-7-2024 05:55 PM
haih....
Quote manop 24-7-2024 09:05 PM
khinzir tak makan...rasuah ko telan
Quote isbritneybich 25-7-2024 12:36 AM


tapi siapa pegawai bicep kekar baju putih tu
Quote B40tastePosh 25-7-2024 01:12 AM
Sebab tu Malaysia belum boleh berangan jadi Developed Countries macam Poland, Estonia, Austria, Latvia tu kan.
Quote AnBulisia 25-7-2024 09:54 AM
pemberi kenapa tak kena cekup
asyik penerima je
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:51 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.093358 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top