CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Anak Emas, Kroni Gayatri..Saya Bukan Pelakon Yang Suka Melobi" – Zul Ariffin

25-7-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28397| Komen: 11


PELAKON terkenal Zul Ariffin menafikan keakraban dengan Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment, Gayatri Su-lin Pillai menjadikannya anak emas syarikat produksi berkenaan.

Menurut Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 38, Gayatri merupakan individu yang paling sukar untuk meluluskan namanya dalam projek filem.

“Biasanya dia (Gayatri) akan mencadangkan nama pelakon lain berbanding saya. Saya kenal dia dari zaman Tayangan Unggul lagi, kalau tidak sudah pelbagai filem saya buat dengan dia.

Saya selalu mengingatkan diri saya, jika watak itu sesuai dengan saya barulah saya terima. Saya mahu berdiri atas kaki sendiri, buat yang terbaik dan tidak perlu harapkan orang.

“Saya sanggup tidak mendapat tawaran kerja berbanding ikut jalan itu,” ujar Zul.

Dalam masa sama Zul menegaskan, dia bukan anak seni yang suka melobi tawaran demi kelangsungan karier seni.


Saya tidak akan paksa orang untuk ambil saya berlakon. Itu prinsip saya. Saya bukan pelakon yang suka melobi,” tutur Zul yang ditemui pada sesi forum Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) 2024 di GSC MyTow, di sini semalam.

Meskipun begitu, Zul tidak menolak faktor keserasian menyebabkan dia kerap bekerjasama dengan Infinitus Entertainment.

Antara filem lakonannya bersama syarikat produksi tersebut adalah J Revolusi, Sangkar, Tablis Iblis dan J2: J Retribusi.

Jika diamati kebanyakan syarikat penerbitan besar termasuk stesen televisyen akan menggunakan perkhidmatan orang yang sama.

“Bukanlah kata sebab kroni, tetapi mungkin sebab selesa bekerjasama. Begitu juga halnya saya dengan Infinitus.

Memang tidak dinafikan banyak filem saya bersama Infinitus, malah syarikat ini juga yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi pelakon filem buat kali pertama.


“Bagi saya perkara ini bukan satu isu. Saya pun tidak kisah jika ada yang bergurau melabel saya anak emas Infinitus. Janji saya beri kualiti kerja yang dimahukan,” kata Zul.


Sumber: HIBGLAM



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 25-7-2024 08:45 AM
bukan anak emas, tapi anak ikan emas.. hihihi.. untung acik Gaya..
Quote 3chanceno 25-7-2024 09:03 AM
Edited by 3chanceno at 25-7-2024 09:04 AM

Dengar boleh, percaya

Kata dah ada calon isteri, bila nikahnya
Quote 3chanceno 25-7-2024 09:03 AM
prince_marhaen replied at 25-7-2024 08:45 AM
bukan anak emas, tapi anak ikan emas.. hihihi.. untung acik Gaya..

Quote Ytee 25-7-2024 10:12 AM
Kasi nikah terus beb
Quote Manusiabesa 25-7-2024 10:49 AM
Aku xboleh la dengan esbok ni.
Tgok hantu kak limah pun klakor.sejenis kepala masuk air ek dia ni.
Bleh ngam dgn awie.
Pestu sherif pun lawak gila esbok ni.
Bg je filem apa watak apa mmg jenis lawak.

Hnsem2 lawak pulak adess merecik hawau shaking ovari bhihihihi.
Quote 8Queen8 25-7-2024 11:50 AM
Lama Gayatri tunggu dia. Cepat lah kawini dia Zul. Family semua restu.
Quote starcity 25-7-2024 11:57 AM
Bukan kroni, boifren. Mmg la asyik kau je dpt peluang. So obvious la
Quote makneng 25-7-2024 04:04 PM
Ade sekor anok ike…haaa sambung mekkk
Quote me12345 25-7-2024 05:08 PM
Anak kacuk lawa cpt kawin kalau sempat...
Quote makihamis 25-7-2024 05:16 PM
prince_marhaen replied at 25-7-2024 08:45 AM
bukan anak emas, tapi anak ikan emas.. hihihi.. untung acik Gaya..


Quote jihyomelly 25-7-2024 07:25 PM
elok la sama2 dah berusia lagi pun acik gaya je paham esbok ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.029981 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top