CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Iskander & Dr Jezamine Sudah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga – ‘Perkahwinan Mana Yang Tiada Masalah?’

25-7-2024 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21471| Komen: 22


Pelakon dan pelawak, Harith Iskander, 58, memberitahu dia dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim sudah beberapa kali berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Harith ketika ditemui OhBulan! bagaimanapun akur apabila usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil dan memilih perceraian sebagai jalan terakhir.

"Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan dari pihak saya sahaja tetapi dari pihak Jezamine juga. Kami sudah lakukan segala-galanya (usaha) dan tetapi perpisahan adalah langkah yang seterusnya."

"Dalam perkahwinan mana yang tiada masalah. Kalau anggap masalah itu sebagai sebab perceraian, tak bagus juga. Setiap hubungan ada masalah yang bezanya seberapa besar masalah itu yang akan membawa kepada keburukan."

Harith berkata demikian sejurus prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.

Sementara itu, Harith berkata, meskipun sudah berpisah, dia masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak-anak.

"Perkara ini semua berjalan dengan lancar dan kami sudah tiba di satu tahap bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini."

"Ketika melafazkan talak, pastinya sedih tetapi secara peribadi, kedua-duanya setuju dan dapat ‘move forward’ dalam kehidupan masing-masing."

"Selepas ini kami akan teruskan pekerjaan seperti biasa. Kami ada syarikat yang perlu diuruskan, berjalan seperti biasa. Hanya dari segi suami isteri, tiada lagi. Tetapi hubungan masih baik sebagai kawan dan rakan perniagaan."

"Anak-anak, kami sudah beritahu kepada mereka. Kami juga buka ruang kepada mereka untuk bertanya apa sahaja. Bagi saya mereka okay, kami akan pastikan tiada apa yang akan menggangu mereka dari segi sosial."

Dalam pada itu, disoal adakah berkemungkinan akan kembali bersama pada masa akan datang, Harith meletakkan perkara itu pada takdir Ilahi.

"Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah."

Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.

Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-7-2024 02:42 PM
Runtuh sudah ikatan perkahwina
Quote lilacomot 25-7-2024 03:00 PM
takziah...tp bagus laa cerai cara baik
Quote Farnor 25-7-2024 05:53 PM
Takziah.. Tpi berapa kerat jer artis ni berpisah cara baik..
Quote putricitrasari 25-7-2024 07:15 PM
Sumber tiktok cakap dia curang dengan Nadira Is**c. Sapa2 ada info
Quote jihyomelly 25-7-2024 07:24 PM
putricitrasari replied at 25-7-2024 07:15 PM
Sumber tiktok cakap dia curang dengan Nadira Is**c. Sapa2 ada info

really? dulu2 diorg ada skali naik yacht ramai2 kalau tak silap…takkan pak sugar tak marah..
Quote fattymah 25-7-2024 07:27 PM
She nampak sedih...takziah
Quote imanjannah 25-7-2024 07:35 PM
salam takziah
Quote dua_chzy 25-7-2024 08:12 PM
putricitrasari replied at 25-7-2024 11:15 AM
Sumber tiktok cakap dia curang dengan Nadira Is**c. Sapa2 ada info

Camna Nadira tu boleh tergamak mencurang dengan Harith? Tau la muka tak lawa, body je letops, tapi perlu ke layan Harith botak Iskandar tak klakar ni?
Quote menjad 25-7-2024 08:21 PM
Selekeh pulak Dr tuh .. ntah apa baju dipakai. Kaftan kerrr

Nmpk tak selesa ngan rambut serabai... Rengseee

Quote makita 25-7-2024 09:41 PM
Gambar atas tu mcm anak ceraikan bapak
Quote syamzana 25-7-2024 09:48 PM
dua_chzy replied at 25-7-2024 08:12 PM
Camna Nadira tu boleh tergamak mencurang dengan Harith? Tau la muka tak lawa, body je letops, tapi ...

bangsa apa dia ni???
baru kenal, godak ig tu aihh pic terkangkang kat merc pink serupa nak suh selak cikpit
Quote cruz2 25-7-2024 09:50 PM
Serius la dgn si miss earth tu? Skrg ni pon angkuh giler minah tu konon good example pompuan yg mahal.
Nk muntah makin berlagak ntah dgn sape dia insecure sgt.
Ingatkan dok perli2 pesaing dia simpanan dato matahari sorang lg tu
Quote azwanaliori 25-7-2024 10:08 PM
Kalau x nk cerita apa masalahnya x yah la heboh kat media babi betul buat semak je dua ekor ni
Quote MissYouSayang 25-7-2024 10:08 PM
Reti plak pakai kelubung ekk
Quote CoffeeOverdose 25-7-2024 10:27 PM
Semoga tiada sesi spill the tea lps ni dan aman2 move on.
Quote aryyan 26-7-2024 11:15 AM
putricitrasari replied at 25-7-2024 07:15 PM
Sumber tiktok cakap dia curang dengan Nadira Is**c. Sapa2 ada info

sia2 curang ngn pmpuan cmni.
Quote sukacactus 26-7-2024 11:25 AM
syamzana replied at 25-7-2024 09:48 PM
bangsa apa dia ni???
baru kenal, godak ig tu aihh pic terkangkang kat merc pink serupa nak suh sel ...

Mak melayu elok je bertudung
Bapak xtau la
Quote Lulu_717 26-7-2024 12:43 PM
Nadira tu juling ke chuolls? nape tgk kt ig mcm ada sikit? ke dia saja buat?
Quote syamzana 26-7-2024 01:34 PM
sukacactus replied at 26-7-2024 11:25 AM
Mak melayu elok je bertudung
Bapak xtau la

laaa ingatkan nonmuslim belah2 borneo sana.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034871 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top