CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Iskander & Dr Jezamine Jalan Berpimpin Tangan, Datang ‘Bersama’ Ke Mahkamah Bagi Kes Perceraian

25-7-2024 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19083| Komen: 0


Pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 11.50 pagi bagi prosiding penceraian.

Pasangan itu bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan, namun sempat menyapa pengamal media yang hadir.

Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan tersebut iaitu Datuk Akberdin Abd Kader berkata pasangan itu akan memberi kenyataan sejurus prosiding selesai.

"Semuanya akan diberitahu selepas ini."

Harith yang mengenakan baju kemeja berona biru muda, manakala Jezamine berbaju kurung dilihat tenang berjalan sambil berpimpin tangan.

Terdahulu, Dr Jezamine mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Harith pada bulan lalu.

Sementara itu, Harith berkata rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapannya sendiri.

Pun begitu, Harith enggan mendedahkan punca terperinci perpisahan mereka.



Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.022074 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top