CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlan Komeng Dedah Pertama Kali Monogami – ‘Sebenarnya Majoriti Daripada Bekas-Bekas Isteri Aku, Bukan Aku Yang Nak Tapi Mereka Rela Bermadu’

25-7-2024 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30866| Komen: 114



Pelakon Azlan Komeng mengakui dirinya sebelum ini pernah berpoligami serta menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita pada masa yang sama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran mendedahkan bahawa sebelum berkahwin dengan Nur Nilam, dia tidak pernah bermonogami dalam tempoh masa yang lama.


"Aku tak pernah kira pun skandal aku, kalau ikut dalam lima ke enam orang."

"Sebenarnya sebelum aku berkenalan dengan isteri aku (Nur Nilam), aku dah ambil keputusan untuk meninggalkan semua termasuk isteri-isteri aku dahulu."

"Yang terakhir aku ada dua orang isteri, pernah ada tiga orang isteri juga dan aku tak pernah monogami sebelum ini."


"Sekarang ada seorang sahaja isteri, ini pertama kali aku monogami. Paling lama pun setahun dan selepas itu akan ada isteri lain."

Bagaimanapun, aktor tersebut mengakui khilafnya namun mendedahkan kebanyakkan wanita yang menjalinkan hubungan dengannya sanggup untuk berpoligami.

"Itu adalah kesalahan aku. Maksudnya aku kurang berfikir dan mudah suka dengan orang."

"Sebenarnya majoriti daripada bekas-bekas isteri aku, mereka yang berkehendak (mahukan) dengan aku. Bukan aku yang nak tapi mereka dengan rela untuk menjadi madu."

Sedar akan kesalahannya itu, Azlan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan semua wanita tersebut dan memohon maaf kepada mereka.

"Jadi aku putuskan semua, untuk pihak bekas isteri supaya mereka tak sakit hati lagi. Untuk bekas-bekas skandal aku dah berterus terang, aku kata mungkin pernah berjanji jadi aku minta maaf dan aku tidak mahu lagi berkahwin."

"Aku kata kalau masih nak bersama atau tidak itu terpulang, tapi aku tidak berjanji untuk mengahwini mereka."

"Majoriti masih nak bersama, jadi aku kata kalau nak berkahwin minta dengan tuhan."

Dalam pada itu, Azlan juga pernah bernekad untuk tidak lagi mendirikan rumah tangga sebelum mengahwini Nur Nilam.

"Sebenarnya sewaktu memutuskan untuk tidak lagi buat perkara ini aku dah minta dengan tuhan yang aku tak mahu berkahwin."

"Tapi aku sedar aku hamba cuma aku minta pada Allah kalau ada jodoh lagi berikan jodoh yang terbaik untuk aku dan aku minta juga untuk belajar bersabar."

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-7-2024 03:06 PM
mEOLLS baca byk kali, dia ni kawin byk kali tapi masih takde anak kan? Shooting blank kah heshe?
Quote aikee04 25-7-2024 03:10 PM
Sekarang ni zaman bukak aib sendiri
Quote jihyomelly 25-7-2024 03:23 PM
bukan main skarang retis muka tak berapa memberi berlumba2 bukak aib sendiri..sronok korang bgtau satu dunia perangai tak senonoh korang…komeng ni abg angkat si birah kan..
Quote selipar_hijau 25-7-2024 03:32 PM
Perghh masing2 nak tunjuk taiko
Quote _kelly 25-7-2024 03:37 PM
Sebenarnya majoriti daripada bekas-bekas isteri aku, mereka yang berkehendak (mahukan) dengan aku. Bukan aku yang nak tapi mereka dengan rela untuk menjadi madu."


nampak..bawah tapak kaki je level korang..tu pon hadapp
Quote miznora 25-7-2024 03:38 PM
Cehhh.. Ko pikir ko hot? Semua org nak ko?
Muntah..

Quote asfaz 25-7-2024 03:44 PM
Mengaku aje la kau kuat seks. Tak cukup sorang. Ada bini2,skandal lgi.
Geli pulak baca. Euwww
Quote Moyangkucing 25-7-2024 03:46 PM
"Majoriti masih nak bersama, jadi aku kata kalau nak berkahwin minta dengan tuhan."


sempat lagi jantan durjana perasan hot ni selit nama tuhan..
Quote abadi84 25-7-2024 03:47 PM
Muka dan poket sama hauk.
Ape ke bodo perempuan2 tu semua
Quote makihamis 25-7-2024 03:50 PM
waniter yang gatal ke dia yang gatal? ewww
Quote sukacactus 25-7-2024 03:51 PM
Kah3!
Mesti pompuan2 tu semua lapar nak berlakikan retis kan
Retis picisan pun jadi la
Quote ahlisihircute 25-7-2024 03:53 PM
Semaknya.....
Quote OyaTonggek 25-7-2024 03:53 PM
pompuan mana la yg hadap muka ko yg menggelikan ni..yihhhhh
Quote TerataiMelur02 25-7-2024 03:54 PM
Boleh la ambik shupotetoes jadi bini kedua
Quote MrsJane 25-7-2024 04:00 PM
Ni ke yang bini acah tak boleh dan tak faham cakap melayu?
Quote hokeypokey 25-7-2024 04:22 PM
muka yg hendak kt kau tu pun setaraf la ngan rupa dan poket kau
Quote anilanil 25-7-2024 04:26 PM
Mmg la. Bini bongsu lots of mixed. Sekolah kat US. Ada PhD tapi low profile jual pes tomyam. Mahaguru masakan bini tokey durian, solident. Aweks lain mana bole challenge.
Quote Hoola 25-7-2024 04:31 PM
abam jamil tersenyum sinis
Quote black_handbag 25-7-2024 04:31 PM
ohh gitu.. hebatnya abang komennnggg

nama pon dah nama macam 6 jahannnam

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034174 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top