CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini – ‘Patut Tak Tindakan Diambil Pada Pengurusan, Bomoh Laptop?’

25-7-2024 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24807| Komen: 19



Semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Terbaharu, tular pula satu berita yang mendakwa terdapat satu surat layang pernah dihantar seorang penuntut UPNM yang meminta bantuan daripada warden mereka untuk menyelamatkan Allahyarham Zulfarhan.

Difahamkan, surat layang tersebut memaklumkan bahawa Allahyarham Zulfarhan berada dalam keadaan kritikal di dalam bilik 4-10, Blok Satria dan memerlukan bantuan perubatan segera.

"Kalau ada hati perasaan dan sifat peri kemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid)."

"Dalam (bilik) itu ada pesakit yang memerlukan rawatan segera."

Surat layang yang ditulis di atas kertas A4 itu kemudiannya diselitkan pada pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 manakala satu lagi surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Hantaran yang tular di aplikasi X itu telah menyorot perhatian wargamaya yang rata-ratanya mempersoalkan pihak pengurusan universiti dalam menangani masalah buli yang berlaku.



Sementara itu, pelakon filem yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ iaitu Rita Rudaini menegaskan dia sangat menyokong sekiranya pihak yang menerima surat layang tersebut turut dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Rita, mana-mana sekolah atau pun institusi berasrama penuh perlu menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dan bertindak dengan kadar segera sekiranya menerima aduan mengenai kes buli.

Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 25-7-2024 03:29 PM
Cik rut marah sbb anak2 dia kat asrama jgk..paham prasaan geram tu mcm mna
Quote bungarose 25-7-2024 04:35 PM
Kali ni iols setuju dengan ritrud
Quote tasha 25-7-2024 04:36 PM
Nek rud skrg dh jd pengulas berita????
Quote makihamis 25-7-2024 04:57 PM
acik rita pun takut dengar kes kes gini.. anak dia pun duduk asrama.
Quote jebatmaspunyer 25-7-2024 06:02 PM
tasha replied at 25-7-2024 04:36 PM
Nek rud skrg dh jd pengulas berita????

Dia kan ada anak2 remaja y dok asrama. Kalau aku ada anak2 y dok asrama pun aku akan ikut rapat berita ni. Since dia public figure ramai lah y perasan posting dia.

Memang patut pun warden bertugas, pengurusan UPNM & bomoh laptop tu kena tangkap & di dakwa utk negligence & defamation yang meyebabkan kematian.
Quote Orix 25-7-2024 09:02 PM
Sokong ya hamatss
Quote Orix 25-7-2024 09:02 PM
-dabel post-
Quote jihyomelly 25-7-2024 09:03 PM
sokong acik ritrud
Quote Nurdianah 25-7-2024 09:03 PM
ritrud ganti caprice...
Quote L.U.S.M 26-7-2024 12:58 AM
Kes ZF ni berjaya bwk 302 kk sbb semua kenal nama pelaku
Saksi ramai
Defence lawyer nk control naratif pun susah
Try heret si mubin tp mubin ada alibi plk
Hujung2 kantoi la..
Tambah2 kesan iron siap iron tu sendiri dpt diberkas utk exhibit bahan bukti

Kes arwah adib
Kena pukul tp ada elemen race Kelly
Pastu semua bertopeng n xdpt knl pasti siapa pelaku
Nk heret pun kang jadi isu nasional
Tu yang terus senyap smpi ke sudah


Alfatihah
Quote L.U.S.M 26-7-2024 12:59 AM
jebatmaspunyer replied at 25-7-2024 06:02 PM
Dia kan ada anak2 remaja y dok asrama. Kalau aku ada anak2 y dok asrama pun aku akan ikut rapat be ...

Aku yakin lepas ni family dia bawak Kes sivil against UPNM tu...dh alang2 menang besar kali ni..
Quote nono86 26-7-2024 01:21 AM
Betul. Aku setuju dengan RR..
Quote tasha 26-7-2024 04:55 PM
jebatmaspunyer replied at 25-7-2024 06:02 PM
Dia kan ada anak2 remaja y dok asrama. Kalau aku ada anak2 y dok asrama pun aku akan ikut rapat be ...

Klu tak isu ini pun beliau lately mmg suka mengulas segala isu yg viral .... banyak masa free kot
Quote penmerah 26-7-2024 05:05 PM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 12:59 AM
Aku yakin lepas ni family dia bawak Kes sivil against UPNM tu...dh alang2 menang besar kali ni..

Iye... Pasti majority nitizen sokong
Moga jadi pengajaran utk ipt Dan penuntut supaya tak berleluasa sewenangnya
Quote kuzaime 26-7-2024 05:17 PM
Aku setuju aje dgn RR, hati mak2 ni sensitif, x dapat aku nak bayangkan seksa yg arwah rasa. Mak bapak jaga elok2 dr kecik nyamuk gigit pun nyamuk mampus kena tampar, anak dah besar sewenang2nya anak org lain spesis setan bertopengkan manusia dera sampai mati
Quote NazRysha 26-7-2024 05:51 PM
Bising la acik rude ni
Quote L.U.S.M 27-7-2024 01:44 PM
penmerah replied at 26-7-2024 05:05 PM
Iye... Pasti majority nitizen sokong
Moga jadi pengajaran utk ipt Dan penuntut supaya tak berlelua ...

Suhakam dh bising konon2 hukuman gantung xwajar..ada lg 2 chance utk merayu..tgk cara permainan kes ni..mungkin dpt penjara seumur hidup jela..okt tu ada sorg sedara dgn menhan h2o tu..klu xsilap laaa..
Quote haruno_sakura 27-7-2024 02:11 PM
Setuju sgt2 dgn RR
Quote surfin_net82 27-7-2024 03:24 PM
RR ni ada business apa? Macam mana dia boleh survive dengan lifestyles dia skrg ni?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.085283 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top