CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri kehilangan terbongkar! Anak tauke restoran dipercayai dibunuh, kenderaan dibakar

25-7-2024 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34479| Komen: 25



Sandakan: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak Ahad lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan dan dipercayai dibunuh di kawasan semak berdekatan sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, di sini, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, ditemukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kira-kira 11 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy Kuppan berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung penemuan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar di kawasan berkenaan.

Susulan itu katanya, sepasukan polis digerakkan ke tempat berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

"Setiba di lokasi didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar namun tiada individu di dalam kenderaan berkenaan.

"Anggota polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu dan menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu laporan orang hilang pada Ahad lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sejak pagi, tular di media sosial berkaitan kehilangan seorang lelaki yang juga anak tauke restoran Supreme, kira-kira 3 petang, Ahad lalu.



Sumber: Harian Metro

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 26-7-2024 12:49 AM
Moga arwah dpt keadilan
Quote Momohizan 26-7-2024 01:20 AM
I speku, ni confirm kes dendam
Quote noor2 26-7-2024 06:59 AM
Sekarang semua bunuh...sb bnyk sgt DNA warga asing ..
Quote CikNano 26-7-2024 09:18 AM
Murahnya sebuah nyawa

Quote rospinki 26-7-2024 09:48 AM
mmgn jahat diorg ni lagi2 sandakan tu asal keturunan suluk pilak ramai dh berasimilasi dlm masyarakt pribumi. si alip tu pon agaknya asal keturunan sana jugak tak silap nama bapak dia mcm belah sana punya nama. yg ramai2 duk sini kemain perangai sekor2 bawak hilux bawak keta mcm bapak dia punya negara dtg tempat org merempat sedarla diri sikit lepasstu jalan berkepak pandang org dgn muka belagak konon nk tunjukla diorg keturunan bugis berani pantang dicabar sudahla bodo sombong pula. ramai dah kawen dgn org sini pastu anak2 jadi penjahat ikut nasab keturunan sana.
Quote Oroi8887 26-7-2024 11:12 AM
Kesiannya, sapa la yg dendam sgt kat dia ni. Hrtu aku makan kat supreme ni hmpir2 gaduh dgn staffnya ya. Roti dgn murtbak pun tak tau beza haha.
Quote supernaturalee 26-7-2024 11:16 AM
mcmn keadaan arwah tu
ditikam? strangulation? shot dead? hang to death? assaulted?

Quote bottombikini 26-7-2024 11:19 AM
hadoi...sana sini bunuh membunuh
bz la jabatan netz camni
Quote matbad 26-7-2024 11:27 AM
rospinki replied at 26-7-2024 09:48 AM
mmgn jahat diorg ni lagi2 sandakan tu asal keturunan suluk pilak ramai dh berasimilasi dlm masyarakt ...

Faham2..klau kt langkawi lambakkan burma..smua nk tnjuk samseng..tokan byk dri kalangan dorang..pstu mcm biasa la cita2 jd gengster jln bekepak nk bgitau dorg ni seseorg..dasar burma
Quote JunkMail 26-7-2024 11:36 AM
Dasat ek jenayah kat tanahair skrg. Setiap minggu aku baca ada kes bunuh..
Quote rospinki 26-7-2024 11:53 AM
matbad replied at 26-7-2024 11:27 AM
Faham2..klau kt langkawi lambakkan burma..smua nk tnjuk samseng..tokan byk dri kalangan dorang..ps ...

huh burma pun dah jadi taiko kt sana? dasar perasit. diorg buat keje apa kt langkawi bukan rohingy ke buat kpg kat bukit malut tu..dgn burmanya dgn rohingyanya apala nk jadi org malaysia ni jenis malas nk amik port sgt kot hrpkan polis je tgk2.
Quote Skuau 26-7-2024 12:10 PM
noor2 replied at 26-7-2024 06:59 AM
Sekarang semua bunuh...sb bnyk sgt DNA warga asing ..

SALAH...sbnya hukuman gantung dh dimansuhkan untuk 'kes tertentu'.
Quote Skuau 26-7-2024 12:13 PM
rospinki replied at 26-7-2024 11:53 AM
huh burma pun dah jadi taiko kt sana? dasar perasit. diorg buat keje apa kt langkawi bukan rohingy ...

Nampaknya kena pindah Swak la pasni...cam kurang isu camni kt sana...
Quote BungaSuri 26-7-2024 12:37 PM
Banyaknya kes bunuh lately. Moga pelaku segera ditangkap
Quote noor2 26-7-2024 01:35 PM
Skuau replied at 26-7-2024 12:10 PM
SALAH...sbnya hukuman gantung dh dimansuhkan untuk 'kes tertentu'.

Salah pemahaman Skuau baca ayat akak tu..

Akak nak tulis..."sekarang ni sikit2 hal mesti jd bunuh...ni semua dari DNA warga asing"
Quote sayurmayur88 26-7-2024 02:34 PM
rospinki replied at 26-7-2024 09:48 AM
mmgn jahat diorg ni lagi2 sandakan tu asal keturunan suluk pilak ramai dh berasimilasi dlm masyarakt ...

dasyat nya gen racist dlm bdan ko ni..
mohon bertaubat...
Quote noor2 26-7-2024 03:15 PM
Oroi8887 replied at 26-7-2024 11:12 AM
Kesiannya, sapa la yg dendam sgt kat dia ni. Hrtu aku makan kat supreme ni hmpir2 gaduh dgn staffnya ...

Elakkan gaduh dgn staf restoran...takut diludahnya mknn
Quote Skuau 26-7-2024 03:29 PM
noor2 replied at 26-7-2024 01:35 PM
Salah pemahaman Skuau baca ayat akak tu..

Akak nak tulis..."sekarang ni sikit2 hal mesti jd bunuh ...

keberadaan warga asing kt sini pon atas 'IZIN' kjaan Msia.Yg 'KENA' rakyat.
Quote Oroi8887 26-7-2024 05:08 PM
noor2 replied at 26-7-2024 03:15 PM
Elakkan gaduh dgn staf restoran...takut diludahnya mknn

Haha gaduh lepas dapat order kak. Pastu cpt2 makan n balik. Mnyampah tgk staff dia

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.095487 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top