CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tony Eusoff Trauma Bertahun-Tahun Kerana Dicabul Kaum Sejenis - Saya Pernah Dipancing Untuk Ikut Seorang Lelaki Berusia 40-An Ke Bilik Hotelnya"

26-7-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9173| Komen: 12



Pelakon berkaliber, Tony Eusoff tampil berkongsi kisah ngeri yang membuatkan dirinya trauma sehingga bertahun-tahun.

Kongsi Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman,47, dia pernah dicabul kaum sejenis ketika usianya 15 tahun dan tidak pernah bercerita mengenai hal itu kepada mana-mana pihak sebelum ini.


"Kejadian ini berlaku ketika saya masih di bangku sekolah di Kuching, Sarawak. Saya pernah dipancing untuk ikut seorang lelaki berusia 40-an ke bilik hotelnya."

"Ketika itu saya sedang lepak di sebuah pusat beli belah. Tiba-tiba saya dilanggar seorang lelaki hingga failnya jatuh. Saya yang naif ketika itu rasa bersalah dan gelabah."

"Dari situlah kami mula berkenalan dan berbual. Tapi lama-lama dia mula tanya tentang perkara peribadi dan apa yang saya suka lalu dia ajak saya ke hotel tempat dia menginap."


Rasa macam ada yang tak kena, Tony menolak ajakan lelaki terbabit yang mengaku dirinya seorang peguam yang berasal dari Kuala Lumpur

"Ketika saya mahu beredar dia memujuk untuk saya ikutnya makan tengah hari. Bila saya enggan, dia terus tarik tangan saya. Saya yang panik ketika itu terus menjerit ketakutan dan lelaki tersebut terus beredar."

"Selepas beberapa tahun dan sudah dewasa baru saya faham apa yang berlaku. Ketika itu saya masih belum faham seksualiti manusia itu seperti apa. Yang saya tahu lelaki suka perempuan dan sebaliknya."

"Bayangkan selama beberapa tahun saya alami gangguan stress pasca trauma (PTSD) sebab tak faham apa yang berlaku."

Kata Tony, meskipun dia cuba untuk melupakan momen hitam tersebut, namun kadang kala ia kembali menghantui hidupnya sehingga kini.


Sumber : Beautifulnara



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 26-7-2024 10:28 PM
Ayoyo...kesiannya pakcik tony.
Quote sharlenetexas 26-7-2024 10:38 PM
Tak pernah cite pasal gf heols. Apsal eh? Bukan ke dah lama together.


Quote jejaka_hensem 26-7-2024 10:39 PM
Macam mana dia tau lelaki tu nak cabul dia?
lelaki tu nak culik dia pun boleh jadi,kan?
Quote hyie 26-7-2024 10:52 PM
kenapa iols rasa heols gayah? penah je tengok teater heols dengan Tiara kat P.Ramlee the Musical, rasa heols macam gayah, boleh gitu? tapi suka sangat Tiara berlakon teater
Quote Rogue98 26-7-2024 11:33 PM
Trauma sbb tu tak kahwin ke?
Quote Gokuuu 28-7-2024 02:37 AM
Lelaki btg tua htm kecut yg haus kan btg muda bergetah harus la di child grooming dahulu
Quote pocongkiutss 28-7-2024 02:46 AM
Iols dr dulu ingtkn dia rogayah

Ampunn
Quote slyfynx 28-7-2024 06:35 AM
Tajuk dicabul.
Perbuatan mcm diajak je.
Tu pun x tau niat sebenar ajak gi otel.
Maybe nk amik buah pinggang ke
Quote bbasir 29-7-2024 11:11 AM
dah xde modal la tu .. trpaksa la korek cerita zaman 1950an utk org tau kewujudan dia
Quote bulalof 29-7-2024 02:16 PM
tak kena cabul pun. more like a gangguan je.

nak kasi org bercakap perihal kamu yg sendu ni ke?
Quote Diplomat 29-7-2024 02:27 PM
To open up especially when you are a man, it is not easy especially in Malaysia. People might perceive you are sissy, when the trauma, is hell real!
Quote Mary_jane 29-7-2024 03:15 PM
Yang posing nya pun mengundang jugak.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.029695 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top