Baru-baru ini, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan keenam-enam pembuli yang menjadi punca kematian anak lelakinya itu. Melalui sesi temubual bersama pihak Mingguan Wanita, Hawa berkata pelaku-pelaku itu sememangnya perlu dihukum gantung sampai mati kerana perbuatan yang dilakukan terlalu kejam dan melampaui batas. Dalam pada masa yang sama, wanita itu memaklumkan kematian Zulfarhan turut memberi impak kepada anak-anaknya yang lain. "Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang."
Hawa juga tidak dapat menerima perbuatan kejam mereka yang sanggup menekap seterika panas di kemaluan anak lelakinya. "Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang." Bahkan, Hawa juga berasa sedih ketika melihat jenazah arwah yang mengalami kecederaan terlalu teruk. "Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening. Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna." Sumber : Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
edayildiz replied at 31-7-2024 02:00 PM
org yg berlaku kejam kt org lain mesti ada mental dia rosak kann
SharifBakhti replied at 31-7-2024 02:07 PM
Kes Jenayah Kekejaman Paling Jarang Ditemui.
L.U.S.M replied at 27-7-2024 06:08 AM
Tambah2 dlm bulan puasa...
Tak bagi makan minum
Pukul separuh mati
ADVERTISEMENT