CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Buli Siber Ini Bukan Perkara Baru, Saya Pernah Digelar Ahli Neraka” - Nadia Brian

26-7-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8905| Komen: 33



Susulan kes buli siber yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa baru-baru ini, pelakon Nadia Brian berpendapat insiden tersebut menjadi penanda isu berkenaan harus dipandang serius.

Memetik Harian Metro, Nadia yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa buli siber berkata ramai yang terlalu mengikut emosi apabila ketika berada di media sosial.

“Buli siber ini bukan perkara baru. Semua sedia maklum, dengan wujudnya pelbagai teknologi hari ini, manusia jadi lebih ghairah dan terlalu mengikut emosi. Tanpa kita sedari, tindakan beremosi kita itu boleh buat orang lain terasa atau terkesan,” katanya.

Sementara itu, Nadia berkata dia pernah dilabel ‘ahli neraka’ bagaimanapun dia enggan membalas komen-komen kejam itu secara emosi sebaliknya membalas dengan cara positif.

“Saya juga antara mangsa buli siber yang mana ada orang tidak dikenali memberikan komen tidak sepatutnya di akaun media sosial saya.


“Saya pernah menjadi mangsa buli siber ketika bercerai dulu. Paling keterlaluan, saya pernah digelar ‘ahli neraka’ dan macam-macam lagi saya terima.

“Saya rasa perkara itu tidak perlu kerana percakapan yang terlalu kasar boleh mengganggu emosi seseorang. Saya terima komen sebegitu, tapi saya hanya balas dengan cara yang positif dan bukan dalam keadaan marah,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia berkata jika ada komen yang dilemparkan terlalu teruk atau melibatkan keluarganya dia akan terus memberikan amaran kepada individu berkenaan.

“Tapi, kalau kata-kata diberikan terlalu aib dan teruk sehingga membabitkan keluarga saya, saya akan mesej terus dan beri amaran. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada yang teruk begitu,” katanya.



Sumber : Rotikaya


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 26-7-2024 11:31 PM
Ohh okay.
Agak2 kenapa netizen gelar u ahli neraka?
Quote sharlenetexas 27-7-2024 12:15 AM
Jangan buka ruang untuk dibuli.


Quote kashaz 27-7-2024 01:11 AM
Kussss semangat gambo..
Tu je nak cakap.
Quote sfrnna 27-7-2024 06:19 AM
Meols first time tgk dia ni berlakon masa drama dgn sarimah Ibrahim dulu. Sura serak2 basah, I like. Walaupun sangatla x berkenan before this.  Kawan Meols saudara dia dia kata.. dia melayu totok je.. perasan nak ada nama mat salleh. % mat sales tu macam dah jauh.. kesian dia ni.. muka tua, pp semua nampak nak jatuh. Ini ke result terlalu byk suntik time muda?
Quote naina 27-7-2024 08:58 AM
Baca tajuk lepastu keluar gambar..ya ampunnn padanlah digelar camtu. Berlemuih sungguh.
Quote Minami2013 27-7-2024 09:00 AM
Patut tt letak gambar dia berbungkus.. baru la pembaca terbit rase simpati.
Quote doubleA 27-7-2024 09:52 AM
sfrnna replied at 27-7-2024 06:19 AM
Meols first time tgk dia ni berlakon masa drama dgn sarimah Ibrahim dulu. Sura serak2 basah, I like. ...

Brian tu dari datuk belah mak dia, memang % jauh pun

Try hard menyeksi sana sini tapi muka tak boleh pergi jauh dik
Quote aina_shaira 27-7-2024 11:18 AM
Gebu dia ni, lelaki suka perempuan seksi macam ni, cuma nape dia tak femes ek...
Quote cicicumel 27-7-2024 11:25 AM
Dah elok-elok dpt laki kaya muda nape divorce ek?
Quote BarbiePink 27-7-2024 11:26 AM
Ya ampun
Scary betul nengok rupa sheols
Sheols neh buat repair gak keh?
Mcm nampak tak ori jer
Quote Jikookie 27-7-2024 11:30 AM
Seksi teruk dia ni
Quote hyie 27-7-2024 11:43 AM
iols suka je nadia brian
Quote TomyamPuteh 27-7-2024 12:18 PM
Ko sendirik yg mengundang khennnnn....
Quote nolya 27-7-2024 01:42 PM
Kalau takut diterjah ombak, usahlah berumah di tepi pantai
Kalau takut kena 'tembak', usahlah telanjang berjalan2 santai.

Merenung jauh di depan pintu, melihat itik riang berenang
Kenapa pakaianmu rupa begitu, habiskah sudah kain dn benang

Quote DeLuna85 27-7-2024 01:44 PM
Bak kata org first impression itu penting
Quote L.U.S.M 27-7-2024 02:04 PM
Ko ni dh mcm pakaian perempuan lorong dh..
Quote bottombikini 27-7-2024 02:22 PM
pakai mcm ni nak expect org cakap ape
ahli sorga ?
Quote imanjannah 27-7-2024 03:42 PM
brapa umur dia ni..
Quote emera 27-7-2024 03:48 PM
Baca tajuk, scroll ke bawah tgk gambar…. Hmmm mmg patut pun… sungguh benar cercaan2 ittew.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100342 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top