CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skuad Phoenix buru isteri curang

30-7-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31286| Komen: 5


LIMA –  Sekumpulan wanita di Peru yang dikenali sebagai Skuad Phoenix menjadi perhatian orang ramai kerana kepakaran mereka membongkar kecurangan pasangan bukan sahaja di Peru, malah  seluruh rantau  Amerika Selatan.

Laman berita Oddity Central melaporkan, sepanjang 20 tahun lalu, Skuad Phoenix berjaya menyelesaikan banyak kes kecurangan yang  diberikan kepada mereka.

Pengasasnya, Jessica Melina berkata, kumpulan itu telah menyelesaikan lebih 10,000 kes dalam tempoh tersebut menggunakan pelbagai alat dan teknik.

Ia termasuk bertindak seperti detektif dan melakukan pengawasan menggunakan dron serta kamera mini.

Ujarnya, Skuad Phoenix diwujudkan untuk memenuhi keperluan orang ramai bagi mengumpulkan  bukti kecurangan pasangan masing-masing dalam prosiding perceraian serta hak penjagaan anak.

Jelas Melina, walaupun Skuad Phoenix tidak mendiskriminasi antara lelaki dan wanita dalam kes yang diterima, mereka mempunyai satu keistimewaan iaitu semua anggotanya ialah wanita.


“Saya memutuskan untuk membentuk skuad detektif saya sendiri, tetapi hanya terdiri daripada wanita kerana saya menyedari mereka memberikan hasil yang lebih baik,” kata Melina kepada akhbar La Republica.

Berdasarkan data yang dikumpulkan  oleh Skuad Phoenix sejak 20 tahun lalu, wanita didapati jauh lebih tidak setia berbanding lelaki.

Salah seorang anggota pasukan itu, Detektif Liz Rodriguez berkata, 70 peratus daripada kes yang dikendalikan melibatkan wanita yang curang, berbanding hanya 30 peratus lelaki.

Tambah Melina, dalam tempoh  dua tahun lepas, daripada 10 kes yang disiasat pada setiap minggu, lapan daripadanya melibatkan wanita yang tidak setia kepada pasangan mereka. – AGENSI 


Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 31-7-2024 12:39 PM
Wow,mai dtg Malaysia????
Quote PejuangBerani 31-7-2024 04:36 PM
gituuu siap ade skuad..
Quote edayildiz 31-7-2024 04:39 PM
i dgr psl peru i dah tkt..peru tu tmpt gangster kan
Quote selipar_hijau 31-7-2024 04:49 PM
“Saya memutuskan untuk membentuk skuad detektif saya sendiri, tetapi hanya terdiri daripada wanita kerana saya menyedari mereka memberikan hasil yang lebih baik,” kata Melina kepada akhbar La Republica


hikhik bab siasat menyiasat memang kena serah kt wanita
Quote pocongkiutss 31-7-2024 04:52 PM
Tajuk x betul tu..diorg buru laki bini juga..bukan bini curang sajah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.118276 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top