CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Cantik Bukan Untuk Pergi Mengurat Orang" - Enot Jelaskan Perubahan Wajah Disebabkan Turun Berat Badan, Bukan Buat Pembedahan

5-8-2024 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17741| Komen: 30



Pelakon dan pelawak terkenal, Enot, atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 45, menafikan khabar angin bahawa dia telah menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajahnya. 

Memetik Murai.my, Enot menegaskan bahawa transformasi wajahnya adalah hasil daripada penurunan berat badan yang ketara.

“Muka saya kelihatan berubah kerana saya sudah menurunkan berat badan sedikit. Jadi sebab itu muka saya kelihatan sedikit berbeza. Jangan cakap saya buat pembedahan kerana saya tidak pernah meletakkan pisau (pembedahan) dekat muka. Dekat perut saja saya letak iaitu masa melahirkan anak,” katanya.

Pelakon filem Cinta Luar Biasa itu memberi penjelasan tersebut sebagai reaksi terhadap pertanyaan seorang pengguna aplikasi TikTok dalam video siaran langsung, yang mendakwa bentuk mukanya kini berbeza berbanding sebelum ini.

Enot juga menekankan bahawa wajahnya kelihatan berbeza kerana menggunakan penyaring atau filter media sosial.


“Adakah anda baru ke dalam TikTok? Untuk makluman, TikTok menyediakan filter percuma yang boleh digunakan. Saya sudah turunkan berat badan jadi sebab itu muka saya nampak lain,” jelasnya.

Enot turut menceritakan bahawa usaha untuk menurunkan berat badan adalah sebahagian daripada persiapan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan.

Pelakon drama Odah Drebar itu menegaskan bahawa bentuk fizikal yang gempal tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak berani membuat perubahan.

“Saya sekarang ini lebih positif dan memerlukan perubahan. Saya tidak mahu duduk di takuk lama saja. Bukan kerana saya sudah tua, gemuk seperti dahulu jadi saya hanya perlu duduk saja di situ (tiada perubahan). Sebagai manusia kita mesti hendak melalui proses perubahan (ke arah kebaikan) untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa,” katanya.



Enot juga menekankan bahawa perubahan yang dilakukannya adalah demi kesihatan diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

“Saya sendiri tidak berubah kerana orang lain. Saya berubah kerana saya tidak mahu jatuh sakit, tidak mahu pinggang saya kena buat pembedahan atau apa-apa. Saya cantik bukan untuk pergi mengurat orang atau buat benda bukan-bukan, tetapi saya kena cantik sebab saya ingin buat kemunculan semula,” jelasnya.

Pada awal Julai lalu, Enot pernah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 58 kilogram (kg) daripada 140 kg kepada 82 kg. Usaha gigihnya dalam mencapai berat badan yang ideal dan wajah yang lebih sihat jelas menunjukkan komitmennya terhadap perubahan positif dalam hidupnya.

Enot berharap penjelasan ini dapat menamatkan spekulasi dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berusaha ke arah perubahan yang baik dalam kehidupan mereka.

Tak baik yang mana tuduh buat muka tu, memanglah kalau berat badan turun wajah pun akan sedikit berubah kan. 

Sumber :  Murai.my







WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-8-2024 11:13 AM
muka mcm edit / filter aje
Quote myvi132806 5-8-2024 12:06 PM

Lain gilerr transformasi
Quote imransulaiman 5-8-2024 12:19 PM
Aku percaya je dia takde bedah muka...sebab ermmmm
Quote kucingitam 5-8-2024 12:28 PM
yang puji2 dia ni tololwers ngai ke? sama je butanya.. nampak muka asal dia je dan ya, nampak kurus. tapi, sejak bila dia berlakon filem Cinta Luar Biasa? Bukan ke Syanie yg berlakon filem tu?
Quote SedihPedih 5-8-2024 12:32 PM
ni cantik masa filter je kan? tu pun rasasnya x perlu dijadikan isu sb jadi gomak aja, bukan cantik
Quote lilacomot 5-8-2024 01:26 PM
cntik sbb filter...biasa la dunia tipu2 ni
Quote Perawankota 5-8-2024 01:36 PM
kucingitam: yang puji2 dia ni tololwers ng ...
ada.. Dia jadik adik syanie masa tu.. Scene syanie mintak pinjam baju2 up to date
Quote adra5028 5-8-2024 02:15 PM
filter n make up..cer kalu xda filter
Quote doubleA 5-8-2024 02:25 PM
Astaga siapa tergoda dgn dia ni? Self claim cantik?
Quote Pumpkinhead 5-8-2024 02:28 PM
wah berubah
Quote taji2906 5-8-2024 02:31 PM
doubleA replied at 5-8-2024 02:25 PM
Astaga siapa tergoda dgn dia ni? Self claim cantik?

pengkid gemok kot tergoda
Quote arlyssa 5-8-2024 02:31 PM
Masalahnya cantek ke????
Quote arlyssa 5-8-2024 02:32 PM
Eh taip emoji kuar tanda soal pulak sampai 4 kali pulak tu
Quote sangbara2020 5-8-2024 02:44 PM
nyaris aku lupa muka dia seblom nih...
aku suka jek dia nih....best lakonan
Quote azalia72 5-8-2024 03:13 PM
imransulaiman replied at 5-8-2024 12:19 PM
Aku percaya je dia takde bedah muka...sebab ermmmm

kannnnn.... sumber terhad, celah mananya nak operate muka
Quote hokeypokey 5-8-2024 07:15 PM
Enot mendonia dgn wajah filter
Quote cmf_premierleag 5-8-2024 07:29 PM
Cantik kerrr masalahnya???
Takde selera la aku tgk enot nih
Quote Meraki 5-8-2024 08:55 PM
Dunia tipu2 ????
Quote akemini 6-8-2024 12:02 AM
lahai
sah sahla filterrrrrr

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044775 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top