CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tersilap melaungkan ‘hidup Israel’ di Axiata Arena, Ahmad Zahid mohon maaf atas kekhilafan bicara

5-8-2024 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24905| Komen: 88


PETALING JAYA – Semalam berlangsungnya Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan peserta untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin.

Namun apa yang mengejutkan ramai apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersilap melaungkan "hidup Israel' ketika berpidato di pentas utama.



Ahmad Zahid bagaimana pun memohon maaf atas kekhilafannya itu, lapor Kosmo.


“Saya hadir bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dokongan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, himpunan tersebut juga adalah bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam.

“Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” jelasnya. 

Sumber :   KOSMO! ONLINE












Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 5-8-2024 11:25 AM
hihihi... hidup wak..
Quote chacon 5-8-2024 11:26 AM
macam mana boleh tersasul. lepas tu buat macam tak perasan bila orang jerit hidup palestin. yg belakang semua terkejut termasuk pmx
Quote pocongkiutss 5-8-2024 11:26 AM
Eh terkantoi
Quote supernaturalee 5-8-2024 11:30 AM
typo


Quote TabletSusu 5-8-2024 11:37 AM
dah dia mmg sokong yisrahell lah tu..
Quote pejol 5-8-2024 11:38 AM
kapla banaaa dia
Quote pejol 5-8-2024 11:38 AM
kapla banaaa dia
Quote ultra78 5-8-2024 12:03 PM
Maklumlah setiap hari duk meratib israel..terus tersasul..
Dementia ke?
Quote pooh~key 5-8-2024 12:04 PM
Rugi akak tak join sissy. Baru jah hari tu akak buat lawak akak nak datang sambil laung yisroel pasti menang sissy.

Sekali TPM terus yang laung hambik kau sissy.
Quote jfq 5-8-2024 12:04 PM
Huh. Malu gilerrr
Quote Ai_kiu 5-8-2024 12:06 PM
Face palm sungguh laaaaaaa
Quote SweetRehan 5-8-2024 12:08 PM
Memalukan sungguh....
Quote asudau 5-8-2024 12:09 PM
wak nak kena boikot ke wak?
Quote Neno90 5-8-2024 12:12 PM
Aduhhh....boleh pula tersasul mcm tu
Quote ctaz 5-8-2024 12:12 PM
[youtube]NG3aPXMSB10[/youtube]
Quote SedihPedih 5-8-2024 12:12 PM
lah...haha..boleh pula tersyasyul..tu tanda kena bersara wak..
Quote noell 5-8-2024 12:15 PM
Tersilap tersasul tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa

-mufti porem cari senah kakimudibibirku
Quote imransulaiman 5-8-2024 12:15 PM
Alahai...takkan itu pun nak buat isu. It was a slip of the tongue. Aku bukan penyokong..tapi dari pengucapan beliau memang nampak tak sengaja tersasul.
Quote nw111 5-8-2024 12:15 PM
chacon replied at 5-8-2024 11:26 AM
macam mana boleh tersasul. lepas tu buat macam tak perasan bila orang jerit hidup palestin. yg belak ...

2 kali pulak tu..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043173 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top