CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi, Nidza Afham, dilaporkan hilang selepas keluar jogging

14-8-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45778| Komen: 374


 


Penyanyi Aufahanie memohon orang ramai mendoakan agar abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang hilang sejak malam tadi agar segera ditemui.

Aufahanie berkata, abangnya yang juga seorang penyanyi keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 7.54 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjogging.

Bagaimanapun, katanya, dia gagal dihubungi selepas jam 9.13 malam.

"Teman wanita abang, Miera memaklumkan kepada adik yang dia gagal menghubungi Nidza Afham apabila panggilan serta WhatsApp tidak berjawab.

"Jadi, Miera hubungi adik minta tolong tengokkan sama ada abang sudah pulang ke rumah.

"Bila adik periksa di biliknya, abang masih belum pulang dan mereka kemudian menggunakan aplikasi pencarian telefon bimbit lalu mendapati abang berada di Jambatan Sungai Klang," kongsi Aufahanie.

 


Menurut Aufahanie, ibu dan adiknya bergegas ke jambatan berkenaan untuk mencari abangnya, tetapi gagal.

"Ketika ummi dan adik sedang sibuk mencari, ada dua lelaki datang menegur kerana mereka menyangka kereta ummi rosak apabila diletakkan di bahu jalan berhampiran jambatan.

"Mereka turut tolong mencari abang dan menemui telefon bimbit serta dompetnya sekitar jambatan, tetapi kad debit dan wang tunai tiada.

"Selepas itu barulah ummi dan adik maklumkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga bagi memaklumkan kehilangan abang.

"Jadi, saya minta ummi dan adik terus buat laporan polis, semalam. Sejak jam 1 pagi hingga sekarang, kami masih lagi tak berputus asa mencari abang," katanya.

Kata Aufahanie, abangnya tidak menunjukkan perilaku pelik sebelum kehilangannya.

"Setiap hari kami berborak, saya dan abang gemar menghantar video TikTok kelakar antara satu sama lain, jadi saya tak nampak ada apa-apa perubahan kepada abang.

"Saya mohon doa semua agar abang saya dapat ditemui," katanya.



SUMBER: Berita Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahcum 14-8-2024 03:25 PM
Tak kenal siapa dia ni tapi kalau betul-betul hilang, moga selamat dijumpai
Quote missHaidiD 14-8-2024 03:27 PM
Whoareyours ko dik

Apapun semoga selamat ditemui.

Aamiin
Quote moolanji 14-8-2024 03:52 PM
semoga selamat dijumpai dalam keadaan sihat dan sempurna.. tak habis satu berita seram, muncul lagi berita baru.. Ya Allah peliharalah hamba mu dari sebarang kecelakaan
Quote Fly_over 14-8-2024 04:34 PM
terjun sungai klang ke? tp kt artikel tak pulak ckp bomba cari kt situ..
Quote noor2 14-8-2024 04:35 PM
Oh artis rupanya...baca kat isu semasa..

Moga kau dijumpai selamat nak
Quote dewi_rina 14-8-2024 04:39 PM
Disorok ke?
Quote Incanto 14-8-2024 04:40 PM
semoga di jumpai dlm keadaan sihat dan selamat
Quote stania83 14-8-2024 04:50 PM
kena rompak kee
Quote kaedahnya 14-8-2024 04:53 PM
baca kat twitter hp wallet ada tepi jalan kat jambatan tu tapi cash & ATM hilang. ada kata kena rompak. entohlaa. macam nak sembunyikan diri jah.
Quote hotmak 14-8-2024 05:24 PM
takut jatuh dalam sungai je, manalah tau lari2 tiba2 pitam ke apa, moga segera jumpa dalam keadaan selamat, risau nya lah skrg ni mcm2 kes jadi
Quote lanacondor 14-8-2024 05:59 PM
Edited by lanacondor at 14-8-2024 06:01 PM

Ko g jogging time2 maghrib tu knp la dik.. Klang tu kan dah dpt jolokan little Colombia. Gangster kt Klang tu bersepah.. kad debit xde tu boleh mtk bank terlibat cek transaksi terakhir dekat mana. Try cek dgn cctv..Semoga Selamat la ko dik..
Quote Barebow77 14-8-2024 06:10 PM
Hidup kat Malaysia nie dah makin tak selamat lak aiol rasa..sana sini kena bunuh..kena kerat..lempar dalam tong sampah camtue ja..semoga baik2 aje kau ye dik..ruginya kalau kena bunuh muda2 nie..banyak lagi benda menarik untuk enjoy..
Quote nazriatie 14-8-2024 06:29 PM
Baik adik baik abg, both aku x kenal
Quote kembangbunga 14-8-2024 06:33 PM
Walaupun iols tak kenal heols, tp didoakan semoga selamat. Risaulah skrg ni, ramai org hilang & kena bunuh. Haisssshhh
Quote Olumis 14-8-2024 07:11 PM
Semoga dijumpai dgn selamat. Menakutkan zaman sekarang. Orang asyik hilang jer.
Quote sleepandream 14-8-2024 07:21 PM
tapi sekarang scary la keluar sorang2... dah byk video viral ttibe orang dtg rompak... even kau berhenti dekat traffic light lampu merah pun dorang berani attack....
Quote anggeriklatifah 14-8-2024 07:22 PM
Retiss tiktok  kot..
Moga dijumpaai lahh ya dik.
Kalau prmpuan iols syak pergi lari dgn jantaan..
tp oleh kerana kau lelaki iols rse memg betul2 hilang samada kena rompak.  Tp iols doa kan kau di jumpaaii laa
Quote September14 14-8-2024 07:28 PM
Semoga cpt ditemui…. Zmn skg ni jgn la jln sesorg kt tpt sunyi.
Quote MissVixen 14-8-2024 07:33 PM
Kena samun dan dicampak ke dalam sungai ke?

Lihat semua komen(374)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077316 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top