CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wak Doyok Pulih Daripada Gangguan Sihir, Luah Syukur Dan Sanggup Maafkan Pelaku

14-8-2024 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36833| Komen: 5

 

Pelakon dan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok, 45, mendedahkan bahawa beliau kini sedang dalam proses pemulihan setelah mengalami gangguan sihir yang menjejaskan kesihatannya.

Wak, yang nama sebenarnya adalah Mohd Azwan Md Nor, pada mulanya menyangka bahawa kesihatannya merosot akibat sakit biasa, namun setelah mendapatkan rawatan alternatif, beliau mendapati bahawa dirinya terkena santau angin.

“Saya baru sahaja pulih daripada gangguan mistik. Saya kena santau angin. Bukan nak tuduh, tapi saya sudah banyak kali bertemu doktor, tapi makan ubat tetap tak pulih,” kata Wak dalam satu kenyataan.

Menurut Wak, beliau mula merasa pelik apabila mengalami batuk teruk setiap kali waktu Maghrib tiba, dengan tekaknya terasa gatal, kering, dan sukar untuk tidur pada waktu malam. Selepas menjalani rawatan alternatif, kesihatannya kini semakin pulih, namun beliau masih perlu berpantang dalam pemakanan, terutamanya mengelakkan makanan yang bercucuk.


Wak juga berkongsi bahawa kuku tangannya menjadi kebiru-biruan, yang menurutnya adalah salah satu tanda jelas terkena santau. Walaupun begitu, beliau tidak tahu siapa yang menghantar sihir tersebut, tetapi beliau dengan hati terbuka sedia untuk memaafkan pelaku.

“Saya tidak tahu siapa yang hantar sihir, mungkin kenalan terdekat. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jauh sekali nak berhutang. Saya berhutang dengan bank sahaja. Mungkin daripada mata dan percakapan pun boleh jadi sihir juga. Saya terima dengan hati terbuka dan minta doa daripada emak.

“Saya juga berdoa agar pulih seperti sedia kala dan boleh bekerja untuk menampung keluarga. Untuk siapa yang buat, saya maafkan. Tapi, kena jawab dengan Allah atas perbuatannya,” ujarnya.

Selain itu, Wak turut memberitahu bahawa rakan kongsinya juga terkena tempias dari perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.


Menurut Wak, gangguan sihir ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun beliau memilih untuk terus berikhtiar agar pulih sepenuhnya.

“Penat juga berulang-alik, tapi saya percaya ia tak boleh bawa mati. Saya usaha untuk pulih daripada berdiam diri tak buat apa, mungkin ia akan makan dalam. Bimbang juga jadi lebih parah,” katanya.



Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-8-2024 11:40 PM
Sape je nk santau ko doyok oi.
Xde pe yang perlu dijeleskan
Quote asfaz 14-8-2024 11:49 PM
Saya tidak tahu siapa yg hantar sihir, mungkin kenalan terdekat.  
Yihhhhh kau dah menuduh la tu.
Santau bukan ke susah nak hilang?
Saya percaya ia tak boleh bawak mati.
Bapak mertua akak angkat ai kena santau. Peluh bau bacin hancing. Lama berubat. Dari berisi sampai la kurus kering,lastnya meninggal mmg tak sembuh pun santau nya tu.
Quote KamikuP 15-8-2024 12:33 PM
Yihh sapa je yg nak santau ko tu wak oii
Quote cantthinkofany 15-8-2024 12:57 PM
worth it ke nak berdosa utk ko derrrr......tak kose....
Quote Sendawg 15-8-2024 03:54 PM
Konten je kan ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.158976 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top