CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rahim Dedah Kena Block Dengan Shuib - “Sewaktu Dia Bernikah Tahun Lalu Pun, Saya Tidak Hadir Ke Majlisnya Sebab Tidak Dijemput"

14-8-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48167| Komen: 20


Pelawak dan penyampai radio, Rahim mengakui adalah perselisihan faham antara dirinya dan rakan pelawak Shuib Sepahtu namun tidak bersetuju masalah itu dibawa hingga ke media sosial.

Memetik Harian Metro, Rahim mendedahkan dia sudah lama tidak berhubung dengan Shuib kerana sudah disekat oleh pelawak itu termasuk di media sosial.

“Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena ‘block’ (sekat) dengannya (Shuib) di media sosial dan nombor telefon juga. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung.

“Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya.

“Cuma, diakui memang saya dan dia (Shuib) ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan,” katanya. 


Sementara itu, Rahim berkata punca perselisihan faham berkenaan biarlah menjadi rahsia antara mereka dan tidak perlu dihebahkan  kerana itu adalah lebih baik.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkongsiannya di Instagram ‘daripada join podcast, baik aku join potluck’, Rahim berkata adalah bersifat ‘general’ atau umum.

Sebelum ini, tular video memaparkan Shuib secara terang-terangan mengatakan dia tidak akan dua individu ke podcast tersebut dan salah seorang daripadanya adalah Rahim.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 15-8-2024 12:22 AM
Edited by lanacondor at 15-8-2024 12:23 AM

Bc kt socmed. Masa arwah Sarah meninggal kes covid. Rahim ni antara rakan yg sangup pakai baju PPE urus arwah sampai Liang lahad. Kita hidup biasa ada selisih phm. Tapi jgn la smpi bermusuh mcm xde lgsg jasa kwn tu
Quote Lolalala 15-8-2024 12:49 AM
Mesti kawan² sound pasal judi ke pasal duit haram ke pasal skandal dgn wati ke. Tu terus block x jemput tu
Quote MisXoXo 15-8-2024 03:39 AM
Aku xtau pasal apa dan xnak speku2.sebab si R ni pun aku meluat sama ajaa....
Quote PULANGKAN 15-8-2024 04:40 AM
menakutkan betul zaman sekarang ni

semua berlumba-lumba nak bukak pekung sendiri, selak aib orang lain

nauzubillah min zalik
Quote L.U.S.M 15-8-2024 05:03 AM
Edited by L.U.S.M at 15-8-2024 05:06 AM

Pada aku normal je gaduh2 xnk kawan dh dgn seseorang sbb kita xblh kawal kemahuan n cara pikir org lain..rambut pun lain2 warna dh skrg ape tah lagi hati org

So aku setuju je dgn Rahim ni
Ko gaduh ke apa xpyh heret netizen skali
X professional lgsg,jadi artist tp xlgsg jaga imej,jd cth xbaik..dh la level2 bapak org semuanya
Apa pekdah bwk semua ke socmed
Siap buat podcast korek balik kisah lama,luka lama pastu beri ruang org jadi batu api
Masing2 dh berumur tp perangai mcm bdk2!
Quote MatDeghem 15-8-2024 05:17 AM
L.U.S.M replied at 15-8-2024 05:03 AM
Pada aku normal je gaduh2 xnk kawan dh dgn seseorang sbb kita xblh kawal kemahuan n cara pikir org l ...

kerana bila korek cerita lama, ngumpat pasal orang, gaduh2 .... netijen suka dengar. Happy.wartawan2 sangkak hadup makan pree pun boleh cari makan.
podcast laku macam pishang guring.

tengok aje penyampai2 radio sekarang, mereka ada kelulusan?
macam si rahim tu....cia cia cia kehulur kehilir , tapi netijen kampung suka. gelak guling2 bila dengar penyampaian mereka. melayu mangkin bodoh. cina juga yang terus kemenara kejayaan di duniawi.





Quote L.U.S.M 15-8-2024 05:18 AM
MatDeghem replied at 15-8-2024 05:17 AM
kerana bila korek cerita lama, ngumpat pasal orang, gaduh2 .... netijen suka dengar. Happy.wartawa ...

Sbb tu walanon blh spin sesuka hati tp still xkena guling2
Quote penmerah 15-8-2024 05:33 AM
Apa jelah diharap pada soeb Tu ... Dirty laundry pun disidai kat public
Sib baiklah Aku tak suka pelawak2 ni

Baidewei Aku bias sikit mcm boleh go kalau syuk jadi pengacara
Teringat syuk Dan kak Lina pompom mengacara serta syuk dalam I can see your voice ke hape ntah... Okeylah Aku bole terima juga

Kalau soeb..jep..any sepahtu member ... Aku tutup tv
Quote marchikobonzo 15-8-2024 10:20 AM
Rahim ke, jep ke aku boleh tahan lagi, kalau dah si soeb tu memang kenot go la..mulut tu macam laju sangat dari otak..
Quote Aneem 15-8-2024 10:31 AM
Edited by Aneem at 15-8-2024 10:33 AM

Nexttttt
Quote Hoola 15-8-2024 11:20 AM
semak la akuuuu dgn prangai retis pelawak pounder influza jaman skrg


HAKKKPHTUIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote wadiunong 15-8-2024 11:39 AM
penmerah replied at 15-8-2024 05:33 AM
Apa jelah diharap pada soeb Tu ... Dirty laundry pun disidai kat public
Sib baiklah Aku tak suka pe ...

sama. zaman Shuk sblm buat hal iols layan ICYV tu. masa tu dia dgn Sean Lee. Lps Shuk buat hal terus iols kensel dia.

Sepahtu? sorry mmg iols tak hengen nak tgk/ nak dgr diaorang jd DJ. Soib tu masa lompat2 station radio dulu mmg annoying sungguh jd DJ. tak abis2 nk up diri je eewwwww
Quote Sazreena 15-8-2024 01:29 PM
Soeb ni lepas arwah SS meninggal, kemain menunggang dia. Kata kaya...epf staff pun gagal.
Quote rbmy 15-8-2024 03:36 PM
penmerah: Apa jelah diharap pada soeb Tu ... Dirty laundry pun disidai kat public Sib baiklah Aku tak suka pelawak2 niBaidewei Aku bias sikit mcm boleh go kalau ...


soeb tu bila tgk muka dia bibir dia ehhhh ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Quote akugemuk 15-8-2024 05:50 PM
Maçam macam
Quote Isninselasarabu 15-8-2024 11:01 PM
Ala zemua ego.. boleh je nak berbaik..
Quote sabundettol 16-8-2024 01:08 AM
lanacondor:  Edited by lanacondor at 15-8- ...
kat mana baca tu?
Quote pocongkiutss 16-8-2024 02:24 AM
Saja komen nk upkan thread lain selain thread dma vavikk..nyemakk
Quote SANKURIANG 16-8-2024 06:37 AM
Memula masuk Maharaja Lawak…Soeb cakap dia nak jadi Dafi baikkk punya…adoi…sorry la nak cakap….kau sedo tak suara kau out nyanyi sengau aja…muka lagi la out….apo la Soeb ni. Sekarang kan dah kaya…apa lagi…buat bisness betul2, ajak wife kau sekali, tak yah la podcast ni semua…nanti kau yg dapat aib.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.097546 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top