CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Kongsi Berita Gembira Hamil Kembar Tiga, Kieda Crepe Kini Pasrah Alami Keguguran

15-8-2024 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21399| Komen: 43

 


Usahawan sensasi, Kieda Crepe memaklumkan kembar tiga dalam kandungannya mengalami keguguran.

Setelah sekian lama menunggu kehadiran cahaya mata baru dalam perkahwinan, Kieda dan suaminya menerima berita duka itu dengan pasrah.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan Kieda menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.

Difahamkan, dia mempunyai masalah kantung terbalik dan keadaan itu menyukarkan doktor untuk memeriksa bayi dalam kandungan.


"Patutlah alah semakin hilang, rupanya jantung baby sudah berhenti. Anak-anak ibu sudah tinggalkan ibu."

Jelas Kieda lagi, kantung bayi yang pertama dan kedua juga sudah semakin mengecil manakala bayi ketiga mengalami pembesaran normal namun degupan jantung sudah tidak didengari.


Hanya sempat bertahan selama 10 minggu 6 hari, Kieda dilihat mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya dan berharap dapat bertemu di syurga kelak.

Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moolanji 15-8-2024 02:42 PM
semoga bertabah dan dilancarkan urusan sekeluarga..
Quote pocongkiutss 15-8-2024 02:54 PM
Tunggulah selamat bersalin baru post..tak menyempat2
Quote sangbara2020 15-8-2024 03:12 PM
org ckp mula2 tu jgn dikepo2kan...
dh baby beso dlm perut pun xyah nak beriye bgtau org.....yg tahu,tahulah...
dah selamat apa semua...ok dh kot ,kot jari tu dh gatai sgt nk bgtau org...
Quote Chah21 15-8-2024 03:25 PM
Kwn i pon hilang kembar 3.. 1 tube kiri 1 dlm rahim.. 2 jatuh seniri.. yg kt tube kanan baby mmbesar jd terpaksa buang tube.. ttc 4y
Quote PULANGKAN 15-8-2024 04:36 PM
sangbara2020 replied at 15-8-2024 03:12 PM
org ckp mula2 tu jgn dikepo2kan...
dh baby beso dlm perut pun xyah nak beriye bgtau org.....yg tahu, ...

yup

tunang tak perlu heboh, nanti nak nikah sanding bagai baru war-warkan
mengandung jangan citer kat orang. kalau orang dekat nampak perut membesar, iyekan saja.
tapi kalau orang jauh, elok tak tau. dah beranak keluar semua baru boleh ketuk gong HOOII ORANG KAMPUNG SEMUA gituu
itupun gambar muka baby takleh upload, share lagi. wallahualam sampai berapa hari, bulan ke tahun

sebab waktu tunang dan waktu mengandung, kalau orang dengki, macam2 boleh jadi, nauzubillah min zalik

zaman ni zaman overshare. terlebih kongsi
kadang orang lupa ada benda kita simpan sendiri, ada benda orang luar boleh tau
Quote rayna_raynes 15-8-2024 04:59 PM
dia ni artis ke?
Quote prince_marhaen 15-8-2024 05:01 PM
PULANGKAN replied at 15-8-2024 04:36 PM
yup

tunang tak perlu heboh, nanti nak nikah sanding bagai baru war-warkan

kan.... benda dah biasa semua nak buat content...nasib takde konten proses buat anak je... kalau norma masyarakat tak kisah mungkin dah share agaknya...

tapi biasalah bukan sedih sangat pun, lebih pada nak attention.....sebab baru lepas kena kecam macam2 isu kan, so ni macam nak meraih simpati ler...


Quote cikpah27 15-8-2024 05:14 PM
kieda ni pregnant triplet secara normal atau buat ivf?
Quote mizruncing 15-8-2024 05:17 PM
terpaling content tu la makan dia. malas nk ckp lebih2 sbb takde benda baik pon nk ckp utk dia ni. geram sbb org nasihat dia palau je org tu. pas tu hingaq dok canang itu ini. kencing dalam kete pon nak citer konon laki sayang, x bising.. eh dah kau pegnen pon laki kau buat berani ke dia nak marah. normal je kot pasangan gitu. ni semua bnda trpaling susah laa matttt
Quote putu 15-8-2024 07:06 PM
Dia Ni ad2 sj drama nya. Bsnes drama. Life pun drama. Adehhh
Quote noell 15-8-2024 07:09 PM
brapa byk drama retis neh berlakon???retis populer kah dia neh??
Quote I.K.A888990 15-8-2024 07:17 PM
letak je la benang kat tempat sinun
ni retis celah bedah mana pulak
Quote red_velvet 15-8-2024 07:21 PM
Budak kelas belakang.. bingit, hingar bingar kalo bercakap.. samalah macam iera donut dgn mua bella tu..
Quote L.U.S.M 15-8-2024 08:36 PM
red_velvet: Budak kelas belakang.. bingit, ...


Br nk masuk komen benda sama..bring it gila dorg ni...sekor lg si MekDinda tu..sama la depa berlima ni..seram pikir laki dia masa main lagu mana[em:4:]
Quote Barebow77 15-8-2024 08:45 PM
Tak tahulah napa aiol tak suka dia nie even dia tak buat salah pon dengan aiol..takde aura  best kat minah nie..tak tahu napa..hati ku hitam kot..
Quote makadek 15-8-2024 10:21 PM
red_velvet replied at 15-8-2024 07:21 PM
Budak kelas belakang.. bingit, hingar bingar kalo bercakap.. samalah macam iera donut dgn mua bella  ...

Tbah sorang lg sppu muaz bellas tu yg mcm muka effa fazira kalau bukak mulut je hauk
Quote September14 15-8-2024 11:00 PM
Aku dh blok ppuan ni tetiba ada dlm porum lak mmg !!!!!!
Quote missbigrockstar 16-8-2024 01:04 AM
Dia buat IVF ke? Jarang org dpt kembar 3, or 4.
Quote sabundettol 16-8-2024 01:06 AM
Barebow77: Tak tahulah napa aiol tak suka ...
sama. Selalu yg kita benci tu mmg wajar dibenci. Cth, aisyah hijanah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top