CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Itu Bukan Saya, Fitnah dah makin berleluasa” – Jual Periuk Di FB, Khairul Aming Dedah Jadi Mangsa Manipulasi ‘Scammer’ AI

15-8-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11785| Komen: 24



Usahawan dan pensohor media sosial, Khairul Aming memaklumkan dia sekali lagi menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan aplikasi Artificial Intelligent (AI).

Perkara itu dikongsi Khairul Aming menerusi hantaran media sosial miliknya di mana suaranya digubah oleh individu itu menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi tujuan ‘scam’.

Berikutan itu, Khairul Aming berpesan agar orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah tertipu kerana suara dalam video ‘scam’ itu bukanlah dirinya yang sebenar,


"Fitnah dah makin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai. KA tak jual barang-barang selain dari sambal nyet dan dendeng nyet sahaja."

"Hari tu bermula dengan Photoshop. Sekarang sampai suara aku pun jadi AI."

Terdahulu, Khairul Aming pernah menjadi mangsa pengubahsuaian wajah melalui perisian komputer Photoshop di mana dia dilihat menjual barangan elektronik di Facebook.


Sumber: Beautifulnara




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 16-8-2024 02:28 AM
Eh seram
Quote Star_el 16-8-2024 03:48 AM
Memang berleluasa sangat, rituh nampak AI prof muhaya jual ubat mata apa tah, ada family yg terbeli, bila aku tengok, tulisan cina tak tau apa ingredients dia, nasib kitorg tau sebelum org tu letak kat mata dia, tah benda pape, buta je silap2. Org yg cakna mungkin tak tertipu, g check dulu kt official pages, tp ramai yg mudah terpedaya hal gini.
Quote DeLuna85 16-8-2024 05:32 AM
Alamak. Mmg dunia makin seram. Jangan je guna AI untuk membunuh.
Quote Afifi82 16-8-2024 08:45 AM
Scarynya.. jgn esok2 kuar video2 ke gambo2 AI retis2 lain pulak..
Quote None68 16-8-2024 09:27 AM
Isyh ngeri la..setakat muka tu satu hal, ni siap suara
Quote moolanji 16-8-2024 12:16 PM
semoga KA amik tindakan yang sewajarnya.. supaya lepasni tak senang2 orang nak cipta reka suara/muka orang lain tanpa izin..
Quote Pujangga22 16-8-2024 04:27 PM
AI berbahaya so jenayah scam pun makin meluas..
Quote virgocircus 16-8-2024 04:42 PM
Mmg nyampah aku dgn iklan ai ni...
Quote cicicumel 16-8-2024 05:32 PM
AI suara ni seronok main2...uols boleh suruh Ai buat lagu.bagi prompt nk buat lagu genre apa.kemdian guna Ai guna suara uols sndiri.siap 1 lagu! Heheh
Quote SuduKayu19 16-8-2024 05:34 PM
AI sekarang memang bahaya betul. Orang boleh salah guna untuk spread fake news haih
Quote chipsmoreyummy 16-8-2024 10:13 PM
Seram dunia zaman skrg niiiii!
Quote rosevelvet 17-8-2024 05:07 PM
cicicumel replied at 16-8-2024 05:32 PM
AI suara ni seronok main2...uols boleh suruh Ai buat lagu.bagi prompt nk buat lagu genre apa.kemdian ...

AI apa uols. Berbayar ke free
Quote kuceeng 17-8-2024 05:27 PM
dah kerajaan m'sia pon dok promote kaw2 penggunaan AI ni, mmg makin jahaman la
Quote Mary_jane 17-8-2024 06:11 PM
Dia sebut whats up guys tu pun sejibik. Ada keluar kat tv1 pasal ni. Ntah berapa ramai dah terbeli. Dasar scammer, ni patut kena tangkap terus.
Quote uori 17-8-2024 06:44 PM
mesti lega perakam2 bideo biru sebab kalau leak leh salahkan AI
Quote sleepandream 17-8-2024 07:08 PM
siti pun penah kene dulu noks... sampai menteri fahmi fadzil tu pun address this issue...

yg video si khairulaming ni tone suara sama tapi intonasi/nada suara dia flat sajork...
Quote Madani 17-8-2024 11:25 PM
Macam gitu je dia guna nama KA
Quote shoyuna 17-8-2024 11:32 PM
Scary sangat AI ni. Lagu Behind Blue Eyes- Limp Bizkit tu ada je deols gunakan AI Chester Benington Linkin Park. Dah macam mendiang yang nyanyi
Quote downiey 18-8-2024 07:36 AM
tgk pon tau scammer..berhati2 guys

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.174443 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top