CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pembantu Peribadi Ditumbuk Aktres Wanita Popular Gara-Gara Dedah Masalah Rumah Tangga Kepada Ibu

16-8-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 49307| Komen: 14

 


Seorang pelakon wanita popular dilaporkan telah memukul pembantu peribadinya sendiri gara-gara bercerita mengenai masalah rumah tangganya kepada ibu aktres tersebut.

Difahamkan, rumah tangga aktres itu bersama suaminya yang juga pelakon sedang bergolak dan mereka berdua cuba untuk menyembunyikan masalah tersebut daripada pengetahuan sesiapa termasuklah ahli keluarga sendiri.

Maklum kakak kepada pembantu peribadi tersebut, adiknya telah dipukul sebanyak dua kali termasuklah di hadapan pelakon wanita itu.

Pembantu peribadi itu ditumbuk di bahagian dahi dan diacu senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan.

"Pelakon tersebut dan sepupunya menarik adik saya naik ke pejabat mereka, katanya untuk berbincang secara baik. Namun tiada perbincangan yang berlaku sebaliknya adik saya ditumbuk di bahagian dahi."

"Dia acukan gunting ke arah adik, tudung adik saya pun direntap. Ingatkan dah selesai tapi rupanya bila turun ke bawah kedai, adik saya sekali lagi dipukul dan ia berlaku di depan ibu artis itu."


Malah, telefon bimbit pembantu peribadi itu turut dihempas sebagai hukuman.

Berikutan itu, pembantu peribadi itu mengalami trauma yang teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri susulan daripada tragedi tersebut.

Keadaan difahamkan menjadi lebih rumit apabila pembantu peribadi tersebut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan mencuri barang kemas selepas aktres tersebut membuat laporan polis.

Namun, setelah pihak polis membuat siasatan, tiada barang bukti ditemui seperti yang dilaporkan pelakon wanita itu.


Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-8-2024 11:20 PM
Reporter cari ketinggalan zaman.

Tapi nk komen jugak. Semoga ungka bergocoh dgn jumanji. Tu baru betul lawan ko.

Quote Daftpunk_shine 17-8-2024 12:28 AM
Awal sgt ke aku dtg ni
Quote mh17 17-8-2024 12:38 AM
fishy,adakah mereka bdua yg tidak like2 itu?hahaha
Quote Daftpunk_shine 17-8-2024 12:40 AM
mh17 replied at 17-8-2024 12:38 AM
fishy,adakah mereka bdua yg tidak like2 itu?hahaha

Hahaha. Iolls memula igt couple tu la. Tp bukan la. Byk sgt ni baca thread couple tu hari ni. Smp iolls fikir dia pulak.
Quote gekkou 17-8-2024 12:48 AM
siapakah?
mohon share pemukul dan penerima pukulan siapa
Quote Ytee 17-8-2024 08:20 AM
sapo ni? main pkl2
Quote orangbiasaje 17-8-2024 08:41 AM
sharlenetexas: Reporter cari ketinggalan zama ...
ungka tau, jumanji yg mana? hint?
Quote manehnya 17-8-2024 07:58 PM
Aduh byknya nak kena fikirkan... TLG la bgtahu, ni darah tinggi naik
Quote noah8670 17-8-2024 08:23 PM
Quote adiksha 17-8-2024 11:24 PM
si ehem ehem lateww kataku memandai
Quote downiey 18-8-2024 07:33 AM
nti iols masuk lg hopefully mase tu dh ade jwapn
Quote piahsemah 18-8-2024 02:04 PM
orangbiasaje replied at 17-8-2024 08:41 AM
ungka tau, jumanji yg mana? hint?

Bekak biras kakmah pinky
Quote orangbiasaje 19-8-2024 11:01 AM
piahsemah replied at 18-8-2024 02:04 PM
Bekak biras kakmah pinky

jap...kakmah can I advise you something ke?

sape birasnya? yg chocolate cake chocolate cake ke?
Quote piahsemah 19-8-2024 03:40 PM
orangbiasaje replied at 19-8-2024 11:01 AM
jap...kakmah can I advise you something ke?

sape birasnya? yg chocolate cake chocolate cake ke?

Bks pengacara nona uols

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.043431 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top