CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Mahamad Beri Nasihat, Risau Kes Jenayah Meningkat – ‘Jangan Keluar Seorang & Jaga Aurat’

16-8-2024 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 53268| Komen: 39

 


Berikutan peningkatan kes jenayah di negara ini, pempengaruh dan ushawan Hafiz Mahamad menitipkan nasihat buat pengikutnya di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Hafiz atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad meluahkan rasa bimbang terhadap jenayah yang kian berleluasa.

Justeru itu, dia menasihati agar orang ramai tidak berkongsi tentang lokasi keberadaan mereka di hantaran yang dimuat naik di media sosial.

Menurut Hafiz, untuk keselamatan adalah lebih baik hantaran tersebut dimuat naik selepas beredar dari tempat tersebut.

"Saya tengok banyak dekat media sosial, kes samun, rompak dan culik. Dulu tak macam ini, sekarang bila tengok rasa takut."

"Bila awak makan di sebuah kedai, awak post di media sosial selepas beredar dari kedai itu. Kita tak tahu siapa yang tengok media sosial kita."


"Untuk pastikan kita selamat dan tiada siapa yang ikut, post lah selepas beredar atau sudah sampai rumah."

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 31 tahun tersebut juga mengingatkan kepada kaum Hawa supaya tidak bersendirian ketika keluar rumah.

Selain itu, Hafiz berpendapat, setiap wanita juga perlu menutup aurat dengan sempurna agar tidak mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.

"Untuk orang perempuan, malam-malam jangan keluar berseorangan. Ajaklah kawan-kawan, bahaya. Terutama di tempat-tempat gelap."

"Jaga aurat. Kadang-kadang yang menonjol itu di mata orang kita tak tahu. Jadi jagalah sebaik mungkin. Kita tak tahu hati orang."

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita kehilangan dan kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Allahyarhamah Nur Farah Kartini yang dibunuh dengan tragis.

Manakala pada Rabu lalu, seorang penyanyi iaitu Allahyarham Nidza Afham telah dilaporkan hilang ketika berjogging dan kemudian mayatnya ditemui di dalam Sungai Klang.



Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 16-8-2024 11:48 PM
Sibuk nak suruh orang haga aurat. Ko pergi tanah suci pon x jaga adab
Quote naina 17-8-2024 12:44 AM
Ko takda cermin ke mat nak nasihat orang camni
Ko Ingat berjalan sorang jeke tarik penculik
Tu bini kau pun orang jahat duk perati je
Baik ko simpan bini kau mat yang suka pakai baju masuk dalam. Euwwwww
Quote nordin84 17-8-2024 11:35 AM
kes dia kat india hr tu da settle ke?perlu ke muke dia msk bodgos
Quote anony-mous 17-8-2024 01:30 PM
TLG DELETE BENANG NI!!! BKN GOSIP N HEOLS BKN RETIS
Quote slyfynx 17-8-2024 01:34 PM
Eh, byk bunyik lak kau.
ko pun pijak org depan Kaabah utk clout.
Quote Meraki 17-8-2024 02:03 PM
Diamla ko..banyak bunyik pulak
Quote leherjinjang 17-8-2024 02:15 PM
Ko retis ke sampai masuk bodgos ni
Quote TerataiMelur02 17-8-2024 02:19 PM
Kuat sangat aura poyo dia ni
Quote September14 17-8-2024 02:47 PM
Ni tiktokers bkn retis la mod… ko dh knpa smua cter tiktokers ko masuk dlm bod Retis
Quote downiey 17-8-2024 04:20 PM
ckp x serupa bikin
Quote Madani 17-8-2024 11:08 PM
Menguap
Quote Hoola 17-8-2024 11:16 PM
ye la ye la
p tnh suci pun kena jg adabbbbbb nnti jth ftnh pd agama!!
Quote Lolalala 18-8-2024 11:04 AM
Ko pun antara penyumbang org rasa nak merompak, nak beromen, nak romantik², nak show off. Ko juga buat org yg tgh down rasa macam tak berguna bila ko show off manjang konon life perfect.
Quote zuriey 19-8-2024 07:47 AM
Aina tu biasa2 je kan.igt dah kaya groom lah kasi wow sikit..muka pun mcm tak cukup zat.
Quote Afie13 19-8-2024 07:56 AM
Ayat jaga aurat tu x tepat tu. Org lelaki kalau nafsu dah naik atas kepala baby n budak2 pun diaorg bernafsu. Tengok kes kematian budak n kanak2 yg kena rogol n bunuh pun banyak mana dah. Semua boleh jadi mangsa cuma masing2 kena main peranan la
Quote Sendawg 19-8-2024 08:36 AM
nordin84 replied at 17-8-2024 11:35 AM
kes dia kat india hr tu da settle ke?perlu ke muke dia msk bodgos

Unfortunately dia buat respond video in the cringiest way possible, acah2 high quality production. And dia tak mintak maaf dan humble pun, sebaliknya bongkak and salahkan diorang yang kutuk islam.
Quote dewi_rina 19-8-2024 09:55 AM
Pesan kat diri sendiri jugak, kurangkan menunjuk!
Quote chipsmoreyummy 19-8-2024 12:21 PM
Keluar sorg tu agree. Jaga aurat tu agree but I is disagree pasal if rogol disbbkan xjaga pakaian. So bdk2 kene rogol tu sbb xjaga  aurat  lahhh?
Quote chipsmoreyummy 19-8-2024 12:24 PM
Clarification on this matter please.
Sikit2 kene rogol “ jaga aurat”
U jaga bird you baru betul.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top