CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia Faham & Terima Jadual Kerja Saya Yang Padat’ – Aisha Retno Mengaku Sudah Berpunya

16-8-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 53083| Komen: 5

 


Penyanyi Aisha Retno mengakui dirinya sudah berpunya dan memiliki seorang teman istimewa sekarang ini.

Menerusi sesi podcast Buka Mulut, Aisha berkata, belum tiba masanya untuk dia mendedahkan identiti lelaki berkenaan. Tambah pelantun suara ‘Sutera’ ini lagi, apa yang boleh dikongsikan buat masa ini ialah jejaka itu sangat memahami dan menerima kerjayanya sebagai seorang anak seni.

"Aisha sudah berpunya atau tidak… asalkan orang itu boleh terima dengan keadaan jadual saya yang padat. Dan dia dah terima, begitulah."

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 24, turut mengulas tentang kejayaan yang dikecapi setakat ini. Ujar Aisha, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa menyokong karier seninya.

"Saya tidak mungkin terus berdiri di tahap ini jika tiada sokongan daripada orang sekeliling. Nak sampai ke titik ini saya rasa saya tak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa saya dan rakan-rakan saya.


"Bukan jalan yang mudah, tanpa sokongan mereka dan usaha serta minat saya pun selamaa ini. Saya tak rasa saya mampu ada di sini."


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 17-8-2024 08:13 PM

Bunga harum di atas peti. Dirangkai secekak gadis pemalu
Belum diikat belumlah pasti, Usahlah dicanang digendang2 dulu   

Merenung jauh di hujung jeti, Sambil melihat kapal berlalu
Rapikan hasrat di dlm hati, jodoh tak jadi  nanti malu
Quote Whitepinkrider 23-8-2024 12:29 PM
kutip kacang ye.. tumpang lalu.
Quote Aneem 24-8-2024 05:16 PM
Tak ku pedulik la berpunya ke idok
Yg pasti, trying hard sgt minah ni
Takde satu apa pun yg nak dibanggakan
Quote Lulu_717 24-8-2024 06:31 PM
Aneem replied at 24-8-2024 05:16 PM
Tak ku pedulik la berpunya ke idok
Yg pasti, trying hard sgt minah ni
Takde satu apa pun yg nak diba ...

Xde aura kot..buat mcm2 tp ximpressive pun
Quote AmandaRollins 24-8-2024 06:40 PM
X pernah x over..tp tetap la x menyerlah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.039791 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top