CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syed Ali Dedah Rakan Artis Berubah Semenjak Ikut Tabligh – ‘Bercakap Lebih Dari Ulamak’

16-8-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 54555| Komen: 24

 


Pelakon Syed Ali meluahkan rasa kecewa dengan seorang rakan artis yang didakwa berubah perwatakan selepas mengikuti tabligh.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Syed Ali Tar Mohd itu berkata, rakannya itu kini bukan lagi seorang selebriti berikutan gagal menempa nama di dalam industri.

"Kawan saya ini seangkatan ataupun pelakon juga dulu sama-sama. Tapi dia berlakon tak menjadi, tak ada rezeki dalam bidang seni."

Selepas itu, dia berubah ikut tabligh.

Aktor berusia 39 tahun tersebut kemudian mendakwa rakannya itu sering memuat naik hantaran yang mengundang kecaman di media sosial.

"Sejak dia berserban, yang bukan-bukan kenyataan dia di media sosial."

"Nak kata Ustaz, tak pula. Bercakap lebih dari ulamak."

"Lama aku perhatikan kau, ramai orang kecam."

Dalam pada itu, Syed Ali turut meluahkan rasa kesal melihat tindakan rakannya yang didakwa mahu meraih perhatian dengan cara yang salah.


"Sedih la, kau nak bina nama dengan cara macam ini."

"Apa orang buat semua salah, kau sahaja yang betul. Menegur orang di media sosial dan isu-isu semasa seolah-olah kau sahaja yang betul."

"Mesti awak semua tahu siapa mamat ni kan?"

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka-teki siapakah individu yang dimaksudkan pelakon drama Duda Terlajak Laris tersebut.

Bagaimanapun, Syed Ali masih tidak mendedahkan identiti rakannya itu.



Sumber: Oh Bulan
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jihah_kudat 17-8-2024 12:42 AM
dalam kepala ada satu nama je SR kan yg jual segala harta benda.. he pun nampak obses jugak sejak join tabligh..
Quote DottieDot 17-8-2024 01:41 AM
Eh dia ni pun aku suka lakonan dia.. Best je, x control handsome..
Quote Mary_jane 17-8-2024 02:16 PM
I ingat dia ni laki lembut. Dulu banyak je berlakon drama.
Quote DARSITA 17-8-2024 03:04 PM

selalunya yg baru belajar ugama ni mmg la terperasan level ustaz level ustazah. Tengok Aby ex Norman .. kemain dulu mengalahkan lepasan Al Azhar bidang tahfiz etc sekarang tgk apa macam.
Quote Joysparta 17-8-2024 04:25 PM
Minat dia ni. Berlakon pun bersahaja.

Join tabligh is ok tp ada je yg terperasan confirm dpt syurga n judge org sana sini. Terpaling syurga kununnnnnn
Quote sleepandream 17-8-2024 07:14 PM
laaaa kat porem gossip ni pun lebih ostad dari ostad... normal la tu wayar putus memana... tengok isu boikot israel pun dah tau level pemikiran dia sajork yg betul dan terpaling boikot walaoponnnnnnnn ....
Quote chandrahusin 18-8-2024 02:45 PM
Kat luar pun ramai
Yg baru nak bljr balik agama
Bak lagu Altimet
Baru 7x pegi usrah
Dh pandai bagi fatwa
Dh sibuk tegur semua benda tak betul
Quote cicicumel 18-8-2024 02:50 PM
jihah_kudat replied at 17-8-2024 12:42 AM
dalam kepala ada satu nama je SR kan yg jual segala harta benda.. he pun nampak obses jugak sejak  ...

SR ok je..i rasa dia refer kpd JA..
Quote gideoncross 18-8-2024 06:15 PM
sleepandream replied at 17-8-2024 07:14 PM
laaaa kat porem gossip ni pun lebih ostad dari ostad... normal la tu wayar putus memana... tengok is ...

Kat FB & Twitter pun bnyk yg trpaling
Quote jihah_kudat 20-8-2024 04:38 PM
cicicumel replied at 18-8-2024 06:50 AM
SR ok je..i rasa dia refer kpd JA..

JA siapa nyah..yg berlakon mat kilau tu ke ..
Quote supernaturalee 20-8-2024 05:14 PM
ensem syed ali ni
hitam manis
lakonan pun ok
tp tu lah
takat tu je lah...ok

Quote meah_kelabu 21-8-2024 10:54 AM
iols kenal dia ni sebab kak senduk
hahahaha
ytjt la sape kak sendukkk
Quote noell 21-8-2024 11:12 AM
cicicumel replied at 18-8-2024 02:50 PM
SR ok je..i rasa dia refer kpd JA..

sapa JA?? Jennifer Aniston ka camna??
Quote Hoola 21-8-2024 12:01 PM
Edited by Hoola at 21-8-2024 12:04 PM

mcm2 jenis umat kt malaya ni
yg tplg urban mnglhkn kafir..bglumang mksiat, xckp kain,minum
yg tpling alim mngalahkn real ulamak, nk acah preach smpai jth lvl krg ajar dgn kita

apapun kita tunggu hr pmblasan kelak
buku tmbngn kita
are u readyyyy??
Quote Lapislazuli2912 21-8-2024 12:08 PM
noell replied at 21-8-2024 11:12 AM
sapa JA?? Jennifer Aniston ka camna??

Johan yg mengaji sampai senget2 mulut tu kot
Quote kucingitam 21-8-2024 12:11 PM
Lapislazuli2912 replied at 21-8-2024 12:08 PM
Johan yg mengaji sampai senget2 mulut tu kot

tapi yg tu takde la sendu mana pun...berlakon best gak tu..
Quote Lapislazuli2912 21-8-2024 12:23 PM
kucingitam replied at 21-8-2024 12:11 PM
tapi yg tu takde la sendu mana pun...berlakon best gak tu..

Ntah la chuols. I main teka je
Quote reenz013 21-8-2024 12:24 PM
video dia ngn mak dia kelakar
Quote damian_lee 21-8-2024 12:30 PM
DARSITA replied at 17-8-2024 07:04 AM
selalunya yg baru belajar ugama ni mmg la terperasan level ustaz level ustazah. Tengok Aby ex Norma ...

mcm okb la dik
terpaling over
yang old money relax jeeee
sbb tu kita ni dilarang menunjuk
sbb akan timbul riak
rasa terpaling …

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.049242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top