Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada memberikan respon mengenai dakwaan yang mengatakan dia kini berbadan dua. Respon Athira, dia tidak ingin memberikan sebarang komen namun berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami tersayang. "No komen. Pasal anak saya tidak mahu komen. Doakan yang baik-baik sahaja." Dia memberikan jawapan berkenaan ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di PJPAC, semalam. Difahamkan wanita itu mendapat Sijil Kemahiran Malaysia kategori nyanyian dan pernah menyertai pasukan Koir Kebangsaan selain bergelar tenaga pengajar di Permata Seni Koir sejak lima tahun lalu. Ditanyakan tentang jika ada perancangan untuk menjadi penyanyi Athira berkata dia tidak berminat kerana lebih selesa menjadi tenaga pengajar.
|
brunette replied at 19-8-2024 07:07 PM
Nak ikut jejak mak sedara dia kot.
makneng replied at 19-8-2024 12:35 PM
Kau nyanyi lagu apa dekkkk? Do you wanna buila a snow mannnnnnn……..,ke?
Carcosa: Gambar baju biru tu mcm Kakak dgn adik.Muka tua si MKL ni. Sorry.
ADVERTISEMENT