CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

2-9-2024 07:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 54223| Komen: 129|Original author: maklukpenggoda


Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu.

Aisyah atau nama sebenarnya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Aisyah dilaporkan berkata, ia adalah ujian berat buat dirinya selain meminta supaya orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.


"Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat," katanya.

Aisyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan itu malah menegaskan tindakan berkenaan adalah atas pilihannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa," katanya.


Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Rumah tangga pasangan itu difahamkan mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_perfect 2-9-2024 12:46 AM
Kenapa macam nak terkejut. Dah agak dah dia akan fail cerai bila dia dapat 100% syarikat dan lepas dia bersalin hari tu. Pastu dia tunggu dapat pergi Mekah sebab nak guna laki tu sebagai mahram dia tapi tak sangka tetiba kena tangkap SPRM.
Quote maklukpenggoda 2-9-2024 12:52 AM
[twitter]https://twitter.com/real_remorse/status/1830138534927483324?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/najib_bakar_/status/1811414404891848746?s=61[/twitter]
Quote Rogue98 2-9-2024 12:55 AM
Ntah apa lah muslihat dia...
Nak rebut harta pun ntah ada ke tak. Mestilah kena rampas rumah n kereta2 ..bank account pun kena freeze. So divorce tak benefit them both.
Quote allshares 2-9-2024 12:56 AM
Serious la baru 26? I ingat dah mid 30s. Muka cpt tua fikir mcm mana nk scam duit org kot.
Quote theotherfriend 2-9-2024 12:58 AM
Lepas kes SPRM tu ada lagi ke orang peduli pasal dua orang ni? Soalan serius ni.
Quote anilanil 2-9-2024 01:05 AM
Ni nak keluar buku baru ke atau nak review mahkamah syariah pulak? Haih, ini la akibatnya bila kehidupan dijadikan content netizen pon confused ini riyal ke fakeh.
Quote mrsLucky 2-9-2024 01:21 AM
Susah nak husonon dengan orang yang selalu menipu..
Quote TerataiMelur02 2-9-2024 01:24 AM
Pulak dah..bukan terpaling islamik ke jugak ni macam wukong?
Quote edayildiz 2-9-2024 01:28 AM
antara dua ni mana lagi saiton diantara aaiton?
Quote pocongkiutss 2-9-2024 02:03 AM
Lakonan cerai utk sorok duit cuci cuci ke
Quote pocongkiutss 2-9-2024 02:04 AM
edayildiz replied at 2-9-2024 01:28 AM
antara dua ni mana lagi saiton diantara aaiton?

Sama level
Quote joy_ah 2-9-2024 02:14 AM
haih cinta agung kandas juakah?
Quote Nurdianah 2-9-2024 02:44 AM
Tak dpt perhatian laki kee? Btw, Shawn Baharin jgk yg bahagia drp ko berselindung dgn imej yislamik itew!

Quote noor2 2-9-2024 02:56 AM
Dah jatuh miskin balik kut...so buat2 cerita fail cerai...nanti org berlumba2 kesian dan hulur duit...last2 x cerai pun....puihhh..kaki penipu perempuan laki bini ni
Quote cikpisang 2-9-2024 03:55 AM
Bosan la dua org ni
Quote kikiharris 2-9-2024 06:28 AM
Ada ke yg percaya
Content, attention seeker and kena lah create issue so that org Lupa scammers tersohor ni.
Ckp berbisik  suara lemah lembut, semua nak pancing simpati. Meluat aku tgk dia ni, lagi sadis dgn fans depa . Tak abes2lah komen ujian ujian..ooit dia tahu apa dia buat okay. Kutip derma, unaudited accounts lepas tu guna duit derma tu utk show off kekayaan, come on! Ni bukan ujian, ni penunggang agama yg membodohkan org lain.
Quote lolipopmanish 2-9-2024 06:34 AM
Kalo kes serai ni hanya konten gile dah kapel ni

Sanggup buat ape saja demi tak nak nama sendu
Quote eyansss 2-9-2024 06:34 AM
miss_perfect replied at 2-9-2024 12:46 AM
Kenapa macam nak terkejut. Dah agak dah dia akan fail cerai bila dia dapat 100% syarikat dan lepas d ...

si laki tu boleh tuntut harta sepencarian walau dah tukar nama...
Quote minahgempal 2-9-2024 07:16 AM
aisya nie nmpk dominan kan..alpha lady..nmpk dia yg tentukan arah tuju keluarga tu mcm mna..aliff tu mcm pak turut jek..

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.231142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top