CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Anwar tak profesional, patutnya jumpa saya secara berdepan’ - Noraniza Idris

4-9-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15445| Komen: 100

 


Penyanyi Noraniza Idris mengakui jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas selama tiga hari gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert berkenaan.

Menurut Ratu Irama Malaysia itu, selain jualan tiket terjejas, dia turut berdepan dengan kecaman negatif dalam media sosial.

“Reputasi saya terjejas apabila isu ini disebarkan sehingga menyebabkan jualan tiket konsert saya terjejas selama tiga hari.

“Orang tuduh saya jahat. Agak teruk juga makian dan kecaman yang diterima ketika saya bersiaran langsung di TikTok. Orang yang hormat kita terus berubah sikap mereka.

“Kalau ikutkan hati, memang saya ingin maafkan sahaja. Tetapi jika saya terus berdiam, orang akan berulang kali ambil kesempatan.

“Saya sedang berbincang dengan keluarga tentang isu ini, jadi tunggu sahajalah,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar program Keretapi Sarong di sini sebentar tadi.


Noraniza, 56, sebelum ini terpalit kontroversi selepas timbul dakwaan dia memecat Anwar Rusdini yang sebelum ini bertindak sebagai pengarah persembahan dan penulis skrip konsert Qalam Noraniza Idris.

Penyanyi lagu Dikir Puteri itu bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan individu berkenaan menarik diri dan meninggalkan ‘group’ WhatsApp secara tiba-tiba.

Dalam pada itu, Noraniza mengakui kesal dengan sikap tidak profesional Anwar yang menyebarkan perkara dalaman produksi di media sosial tanpa perbincangan secara baik.


“Dia tidak profesional, tidak sepatutnya isu ini dia sebarkan dalam media sosial, seharusnya jumpalah saya secara berdepan.

“Apapun saya tidak meletakkan harapan agar dia tampil berbincang masalah ini. Dia yang buat keputusan untuk tarik diri jadi, terpulang kepada dia jika hendak selesaikan hal ini. Paling mengecewakan apabila dia memilih untuk selesaikan hal ini di media sosial. Itu ibarat memfitnah.

“Dia kena hentikan tindakan memburukkan saya, bukan sahaja di media sosial, tapi juga kepada orang-orang yang dekat dengan saya,” jelasnya yang akan mengadakan konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 sehingga 29 September ini di Panggung Bangsawan Melaka.

Sementara itu, Noraniza turut diundang sebagai penyanyi utama acara Keretapi Sarong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia (16 September).


Lokasi utama acara yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat tradisi tempatan itu bagaimanapun masih dirahsiakan sehingga pada hari acara pada 14 September ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-9-2024 08:34 AM
konsert yg haritu tertunda tu ke? ke konsert baru plak? ok confuse.
Quote phalanx 4-9-2024 08:38 AM
Edited by phalanx at 4-9-2024 08:40 AM

Expected kan dari mula lagi orang dah syak konsert akan melingkup sebab konsert sambil2 pertandingan, lepas tu 3 hari straight.

Edit: check dekat mstar, kak ani tak bayar deposit walaupun kerja dah jalan oleh anwar rusidin.
Quote Lulu_717 4-9-2024 08:46 AM
So concertnya jadi ke idok? Yg kt IB dulu cancel sbab kena scam katanya. Yg kt Melaka ni xkan xjadi sbb xde pengarah pulak?
Quote nisako 4-9-2024 08:48 AM
so ade ke tak
Quote anilanil 4-9-2024 09:14 AM
Nek ani nyanyi kat Tiktok je la cam nek shima. At least takde dah nak scam, di scam & ter scam. Untung2 dpt byk gift.
Quote fattymah 4-9-2024 09:30 AM
Sapa p melaka tgk la theater Encore Melaka tu.. anak iols p dengan kekawan best giler
Quote Prickford 4-9-2024 09:36 AM
Kalau semua buat kerja pon, tetap la di sudut hati iolls ni, konsert Nek Ani tak laku. Sape jelah nak tengok. Tok M Nasir pon tak buat konsert 2 hari straight. Cipta 1 & 2 selang 2 bulan. Tu pon lepas Konsert Cipta 1 dapat sambutan hangat & orang tak puas dengar Tok Nasir nyanyi lagu2 ciptaan heolls.
Quote badai 4-9-2024 09:49 AM
tak ukur baju di badan sendiri..

perasan ada ramai nak beli tiket?
Quote prince_marhaen 4-9-2024 10:21 AM
Kalau tak sebab isu si Anwar ni pun tiket kau memang sendu lah Nek Ani... nyanyi satu lagu joget2 sikit pun dah semput2 ayam...dengan badan gundu tu...buat live pun mulut pokpek marah2 orang, ku engkau je... sooooooooooo sajakk lahh ngan muka kau yang kembang belon tu...
Quote kaseh80 4-9-2024 10:25 AM
Boringgggs nya nak konsert apooooo
Dah LEmauu       Neks
Quote alesandra 4-9-2024 10:26 AM
aku lebih berminat nak tau pasal ni.jadah hari kejadian baru tau lokasi?x bagi org dtg ke?what's the point then?
Sementara itu, Noraniza turut diundang sebagai penyanyi utama acara Keretapi Sarong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia (16 September).

Lokasi utama acara yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat tradisi tempatan itu bagaimanapun masih dirahsiakan sehingga pada hari acara pada 14 September ini.


Quote sukacactus 4-9-2024 10:53 AM
Nek ani sore ketor, kuburkan la angan2 nak berkonsert tu
Sapa je nak tgk ko
Quote Orix 4-9-2024 12:19 PM
fattymah replied at 4-9-2024 09:30 AM
Sapa p melaka tgk la theater Encore Melaka tu.. anak iols p dengan kekawan best giler

dlu tiap kali iols pegi dia ttup.... teater apakah di sana ??
Quote NazRysha 4-9-2024 12:21 PM
makin cantik dan nampak muda pula dia
Quote Safirania 4-9-2024 12:26 PM
Asyik ada masalah je konsert cik ani. Sabar lah noks. Ada la tu rezeki nanti.
Quote abadi84 4-9-2024 12:32 PM
BoongaKertas replied at 4-9-2024 08:34 AM
konsert yg haritu tertunda tu ke? ke konsert baru plak? ok confuse.

Konsert yg hari tu lah x buat2 sbb kononnya datuk seri scam rumah rm10 yg nak taja konsert tu..
Hahahhaha sian kak ani.
Skrg dia dah dpt penaja barulah kot
Cuma itulah, kak ani tak ada added value, kak ani dah x relevan..
Suara dia x sedap pun
Kang klu kritik dia kata kita x suke perjuangan dia martabatkan irama tradisional pulak.
Padahal kita x suke suara dia.
Kesian gak dia satu konsert pun x lepas2
Sdgkn tokti dah konsert demi konsert dah smooth jerr...
Quote scrocth 4-9-2024 12:44 PM
Nek ani ni mmg degil. Kalau xda bajet sgt nyanyi2 jer dgn mic stand, musicians 7-8 orang and penari dalam 5-6 orang sudahlah. Jimat kos. Xperlu nk storyline2 bagai. Benda mudah pun jadi susah bila retis berangan hidup ni xsudah2 nak jd yang terpaling.
Quote I.K.A888990 4-9-2024 01:14 PM
maybe kena terima hakikat kut acik
kalau asyik ada masalah je cuba tgk balik diri sendiri tu kot2 hang ka yg punca masalah tu
Quote lilacomot 4-9-2024 01:29 PM
asik xjd je konsert dia ni...kesiannnn...tu laa mcm bgus sgt ko pun

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.116013 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top