CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Status rumah tangga, Netizen bosan Fattah Amin terus berdiam?

10-9-2024 07:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35245| Komen: 237

 


Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, kedua-dua pasangan itu tetap teguh berdiam diri dan membiarkan tanda tanya terus tercetus.

Ibarat sudah bosan meneka situasi yang berlaku, ruangan komen di Instagram Fattah seperti diserang rasa amarah peminat dan netizen yang menggesanya untuk membuka mulut.

Mana tidaknya, sebelum ini isterinya, Fazura pernah menyatakan hubungan mereka baik-baik sahaja bahkan dia mahu fokus untuk berkongsi tentang isu semasa yang berlaku di Palestin.

Namun, kenyataan itu dianggap sebagai alasan yang tidak ‘solid’ memandangkan pelakon lelaki itu tidak melakukan perkara yang sama.

“Kami faham bahawa setiap orang ada hak dan privasi. Tetapi anda harus menerima bahawa anda seorang selebriti dan kami sebagai peminat anda,” komen seorang pengguna.

“Sekali lagi, apa alasan yang diberikan Faz (Fazura) adalah tidak kukuh. Berhenti berdiam diri dan berhenti buat kami membuat spekulasi. Menggunakan Palestin sebagai alasan adalah lemah,” tambah seorang lagi pengguna.


“Jika ini benar-benar mengenai Palestin, anda tidak akan melakukan apa yang anda lakukan sekarang. Kenapa bila berkaitan dengan anda dan Faz, Palestin menjadi isu? Jujur sahaja, itu yang peminat anda mahu tahu,” tegas seorang pemilik akaun media soail.

Bersetuju dengan komen tersebut, rata-rata peminatnya turut berharap agar pelakon yang membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu menyelesaikan perihal rumah tangga mereka dengan baik.


Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai rumah tangga Fattah dan Fazura yang sedang bergolak dek kewujudan orang ketiga.

Malah, pasangan itu juga sudah jarang dilihat bersama di mana-mana acara atau berkongsi foto antara satu sama lain di platform media sosial masing-masing.

Bukan itu sahaja, Fazura juga dilihat semakin kerap memuat naik hantaran kata-kata yang mempunyai maksud yang tersirat mengenai kehidupan, sejak kebelakangan ini.

Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.


Sumber – UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sexy_taec 10-9-2024 07:56 AM
tipikal lelaki. buat senyap je, tunggu pempuan yg settle kn. pfft
Quote Minami2013 10-9-2024 08:07 AM
Masalah nya sebelum ni fazura dah deny. Nk fatah kata apa lagi. Kalau betul pun bermasalah, biar lah mereka ambik masa utk selesaikan tanpa drag media. Tak kan tak tau media suka buat tajuk clickbait yg boleh buat isu jadi lagi buruk.

Quote Manusiabesa 10-9-2024 08:11 AM
Minami2013 replied at 10-9-2024 08:07 AM
Masalah nya sebelum ni fazura dah deny. Nk fatah kata apa lagi. Kalau betul pun bermasalah, biar lah ...

Xleh biar la sebab depa retis. Mesti netz nk cover smua story. Awal2 nk jdi retis so awal2 kena besedia yg privacy hilang. Hg tu dok dendiam dlm sawah bendang hg p belek puki hg. Sukati org lain la sibuk hal fazfat sklipun bukan kami kacau kotey laki hg?
Quote Tasikchini 10-9-2024 08:15 AM
Kalau reporter terjah pun dia Akan cakap doa yang baik²...gitu je
Quote fanaz82 10-9-2024 08:16 AM
biarlah. diorang nak settle senyap2 kot..
Quote misszazaz 10-9-2024 08:27 AM
semoga yang baik2 buat mereka
Quote sr10 10-9-2024 08:32 AM
1 statement fattah buat nanti 10 jenis twist yg media akan buat nanti. Fattah pun dah faham game media termasuk game acik por
Quote jelitayu 10-9-2024 08:45 AM
sapa lah yg menyemak sangat sibuk nak tahu hal rumah tangga org ni. benda2 yg privacy bagi dia org dan dia tak nak share pun dng ntah sapa2 semak samun ni, diam je lah. nak paksa2 pulak atas nama retis konon, kang org tu mintak special treatment kat mana2 atas nama retis tau pulak ramai nak merempan eh, artis pun manusia biasa ye...takde special2 treatment bagai. urus je hal rumahtangga masing2 sudah....hal org bior di lantaknya uruskan sendiri.
Quote MeowPARSI 10-9-2024 08:53 AM
Hahahaha,, aku mampu taip camni je ahhaaha haha

Ahahah ahhahahaah sewel dh dtg kahkakahak
Quote kucingitam 10-9-2024 08:59 AM
hal rumah tangga diorang biarlah drg..sibuk sgt netizen ni..biarlah fattah tu nak diam ke nak buat tak tau ke.. kalau dia bersuara nanti korang putar benda lain pulak nanti..
Quote noor2 10-9-2024 09:01 AM
Tunggu ajela birthday fatah ...manala tahu ada surprise dari fazura untuk semua
Quote boudinniA 10-9-2024 09:06 AM
Fattah tetap akan diam. Dengan orang lain je heols suka bercerita
Fattah tengah di set shooting sekarang lagi best. Ada ramai yang boleh dengar heols bercerita
Quote manehnya 10-9-2024 09:07 AM
eh lantak lah
Quote Shuuuu 10-9-2024 09:14 AM
Fatah patut kena balas quote2 itu...
Quote BoongaKertas 10-9-2024 09:24 AM
sorry not sorry tp iols jujurnya dah xleh husnuzon dgn mamat ni. byk kali dah bhai dia diam jer. menyampah gak dgn perangai nan satu ni.
Quote hotmak 10-9-2024 09:49 AM
tak habis lg ke? tantah dorang aman2 berdua bergomol kat rumah, netizen je yg tlg susah hatikan rumahtangga org
Quote petpot 10-9-2024 09:59 AM
ni semua cedok dari acikporum la ni.
lepas tu buat story petik netizen.
sekarang nak forum pun tak aman. asyik petik dari forum aje bawak keluar jadi story.
boooooooo to all media dalam ni.
Quote milafida 10-9-2024 10:04 AM
Sibuknya nk ambik tau hal rumah tangga org. Jaga rumah sendiri la. Klu apa2 pun last2 tau jugak yg korang ni duk menyibuk buat apa. Gossip sikit2 sudah la. Ni masing2 duk membatu api dah knp. Tak takut dosa ke. Aku pelik sunggu la
Quote Kurex 10-9-2024 10:08 AM
baik diam je. dah la mamat ni jenis tak reti bercakap, nanti dia cakap lain dari maksud, dah kena bukak benang baru utk spekuan yg lain

Lihat semua komen(237)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039279 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top