CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Layak Mohon Status Penduduk Tetap Tahun Depan, Shah Iskandar Nafi Guna ‘Cable’ Untuk Permudahkan Urusan

18-9-2024 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13234| Komen: 3

 



Sudah melebihi 10 tahun menetap dan membina kerjaya seni di Malaysia, pelakon kelahiran Singapura iaitu Shah Iskandar memberitahu dia kini dalam proses menyiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk memohon status penduduk tetap (PR) di negara ini.

Menurut pemilik nama Shah Iskandar Mahfuz ini, dia berasa sangat selesa menetap di negara ini. Tambah Shah lagi, dia bakal mendapat pelbagai kemudahan sekiranya memegang status penduduk tetap.

"Saya sangat selesa menetap di negara ini dan sudah menghabiskan separuh dari usia juga di sini. Isteri dan anak adalah warga negara Malaysia."

"Status PR juga memudahkan saya untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti membuat pinjaman dan anak juga boleh masuk sekolah kerajaan.

"Saya percaya, sampai masanya untuk saya menetap terus dan menghabiskan sisa hidup bersama keluarga di sini."

Berbicara lebih lanjut, pelakon drama ‘Wanita Syurga’ ini memohon doa daripada semua pihak agar segala urusannya dipermudahkan.


"Banyak kertas kerja dan dokumen perlu disediakan seperti urusan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penyata pendapatan dan sebagainya."
"Kalau saya tak buat perkara mengarut yang boleh melanggar undang undang negara ini, proses untuk dapat PR itu akan menjadi lancar."

"Insya-Allah, saya akan dapat status PR itu tahun depan.Doakanlah untuk saya."

Disoal sama ada menggunakan ‘cable’ (bantuan) ataupun tidak untuk mempermudahkan proses permohonan penduduk tetap,  Shah berkata, tidak.

"Saya sanggup turun naik bangunan di Putrajaya banyak kali dan beratur dengan pekerja asing seperti Indonesia dan Bangladesh untuk buat permohonan itu."

"Saya percaya kalau kita buat benda yang kita mahu dan ikut cara serta saluran yang betul, ia akan dipermudahkan."

Sumber: OhBulan


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 18-9-2024 12:10 PM
setakat PR apa dehal...SRK pun boleh dapat Dato'...setakat PR...sap sap soy la.....
Quote Belibis 18-9-2024 04:53 PM
PRC dah beribu dapat ic biru..lambert la ko ni
Quote Carcosa 19-9-2024 08:36 PM
Apsal muka dia dlm gambar kat atas tu mcm pondan tua tak cukup sarvis tgh tunggu anak ikan tgh joget atas podium?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.032703 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top