CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanns Ahmad Mengaku Sedang Kenal Hati Budi Khalida Balqis – ‘Saya Rasa Senang Di Samping Dia’

18-9-2024 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13637| Komen: 26

 


Sering melakukan sesi ‘live’ bersama di media sosial, pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad mengaku dia sedang mengenali hati budi aktres baharu yang sedang meningkat naik iaitu Khalida Balqis.

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Wanns berkata, dia berasa sangat selesa apabila berada di samping Khalida.

Tambah Wan, dia hanya menjadi diri sendiri apabila bersama Khalida. Bukan itu sahaja, kemesraan yang ditonjolkan dalam media sosial juga bukanlah dibuat-buat untuk konten.

"Saya sedang mengenali hati budi, kami selesa dan rapat, jadi doa yang baik-baik. Kami mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu selepas menjalani penggambaran drama bersama."

"Sebenarnya saya bukanlah hendak menunjuk sudah ada pasangan, saya cuma jalani kehidupan biasa macam orang lain. Bagi saya, tiada apa yang hendak disorok dan tiada apa hendak ditunjukkan.


"Tiada apa yang salah sebenarnya dengan perkara itu. Ada juga yang merestui hubungan kami dan ada juga kurang senang."

"Tapi, saya tanamkan dalam fikiran, apa yang dilakukan bukanlah berniat untuk menyakiti hati orang lain. Kalau ia perkara yang baik, doa-doakanlah saya."

Wanns yang ditemui selepas Tayangan Perdana Filem Pontianak 200KG di Bukit Bintang, baru-baru ini, turut memberitahu dia belum ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang.

"Saya tertarik dengan Khalida sebab rasa tenang bila berada di sampingnya.

"Boleh dikatakan hari-hari kami berjumpa. Soal perancangan berkahwin, doakan yang baik-baik kalau kami ada rezeki bersama dan keizinan Allah."

"Kami ada cuba juga berbincang untuk ke arah itu. Sama juga dalam kerja, saya akan fikir apa yang dilakukan adakah orang akan suka atau tidak. Kalau lihat semula perjalanan kerja saya sebelum ini, saya banyak buat kerja seperti biasa."

Sumber: OhBulan


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 18-9-2024 12:52 PM
Wans ahmad slalu gak nampak dlm tv. Cuma xtau kenapa time kali tgk mamat ni mesti ingat zizan. Style muka, cakap n pergerakan mirip sgt
Quote slyfynx 18-9-2024 01:02 PM
Sapekah korang bedua ni?
Tua sgt dah aku sampai retis2 semua dah x kenal
Quote apedehal 18-9-2024 01:04 PM
slyfynx replied at 18-9-2024 01:02 PM
Sapekah korang bedua ni?
Tua sgt dah aku sampai retis2 semua dah x kenal

Aku muda lg pun xkenal sape ni
Quote Jikookie 18-9-2024 01:41 PM
Muka dia macam shukri yahya. Yg perempuan tu tak kenal siapakah
Quote gideoncross 18-9-2024 02:26 PM
Zmn skrg ni snang d cc x brmkna jdi laki bini nnti
Quote dua_chzy 18-9-2024 02:27 PM
slyfynx replied at 18-9-2024 05:02 AM
Sapekah korang bedua ni?
Tua sgt dah aku sampai retis2 semua dah x kenal

In your boat bro.
Quote BoongaKertas 18-9-2024 03:30 PM
whatever float your boat brother. tp iols cam muka heols sbb mcm zizang. hidung sama bro.
Quote selipar_hijau 18-9-2024 05:02 PM
ooh dia ni la yg suka tiru zizan tu
cara becakap semua sebijik la
Quote Zezo 18-9-2024 05:24 PM
Kt tiktok fyp aku selalu lalu live dorg. Pffttt.. kahwin je la..
Quote doubleA 18-9-2024 05:28 PM
Whoareyus
Quote hokeypokey 18-9-2024 06:09 PM
2-2 haku teda kenal,
Quote nooriesz 18-9-2024 07:35 PM
wan ni aku knal sbb lagu2 die femes kt tiktok[tiktok]7250475275824270594[/tiktok]
Quote jihah_kudat 18-9-2024 07:44 PM
dia ni ada vibe annoying macam tryhard nak jadi zizan nak jadi kelakar tapi hambar..aku ingat ni bini dia bukan main selalu berkepit dekat tt..
Quote Lolalala 18-9-2024 08:36 PM
Sungguh aku pun rasa tua
Quote Kurex 18-9-2024 09:35 PM
who are yousssss
Quote Manusiabesa 18-9-2024 09:52 PM
Kalau dunia ni dh ada zizan razak dgn shukri yahya.
Buat apa kena ada laki ni lgi.
Bazir letrik jerrrr.
Template sama ja pun... just repeatation.
Berambus baik.
Rasa mcm dejavu.... ulang menda yg sama.
Boring.
Next
Quote DeLuna85 19-9-2024 12:14 AM
Tak kenal tapi lawa juga awek dia. Sebab tu berani tayang.
Quote Nham22 19-9-2024 01:27 AM
Awek lawa x memilih pon...
Quote KellyCho 19-9-2024 02:46 AM
Siapakah. Dedua x kenal

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.147514 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top