CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki terkejut 18 tahun tidak sedar bayar bil elektrik jiran

21-9-2024 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13350| Komen: 6

 


SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang lelaki di negeri California terkejut apabila mendapati bil elektriknya melambung tinggi selama bertahun-tahun disebabkan oleh jirannya, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Kel Wilson yang tinggal di sebuah apartmen sejak 2006, dikatakan melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Bagaimanapun, dia masih menghadapi masalah yang sama, menyebabkan dia menghubungi syarikat pembekal Pacific Gas and Electric (PG&E) untuk membuat pemeriksaan.

“Saya fikir ada kebocoran atau individu yang mencuri bekalan elektrik atau kerosakan pada meter kerana saya merasakan ada sesuatu yang tidak betul,” kata Wilson.

Misteri akhirnya terungkai apabila syarikat tersebut mengenakan bayaran yang silap selama 18 tahun.

“Syarikat itu menghitung bayaran untuk dua rumah, rumah saya dan unit sebelah,” tambahnya.


Susulan itu, PG&E berkata: “Kami mengakui kesilapan dalam hal ini dan kami komited sepenuhnya untuk membetulkan keadaan dengan pelanggan”. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-9-2024 10:00 AM
Dah macam wartawan malaysia, ambik gambar nak kena tunjuk2 guna jari
Quote Mooverine 21-9-2024 11:02 AM
seronok la rumah sebelah? 18 tahun takyah bayar bil
Quote imransulaiman 21-9-2024 03:34 PM
Masak jiran sebelah kena bayar bil tertunggak tu!
Ke jiran tu pun bayar bil juga? Kalau ya, selamat kehidupan
Quote AcikCleaner 21-9-2024 04:42 PM
Jiran sebelah mesti tahu kan tapi buat² tak tahu. Syok je menikmati letrik free. Pastu pakai x beringat
Quote sapeka 21-9-2024 06:24 PM
Aduh
Untung la jiran
Quote Jitu 21-9-2024 07:09 PM
jiran hampeh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040107 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top