CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba masa ambil serius isu buang sampah merata – Kor Ming

26-9-2024 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34769| Komen: 10

 


PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya untuk semua pihak mengambil serius terhadap isu membuang sampah merata-rata, lebih-lebih lagi apabila Malaysia dijadualkan akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara antarabangsa bermula tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, selain menjadi tuan rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025, negara juga akan menyambut ketibaan pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kita hendak sasarkan ketibaan pelancong asing seramai 35 juta orang dengan pendapatan daripada industri pelancongan kira-kira RM147 bilion.

“Oleh itu, amat penting untuk kita beri tanggapan baik kepada negara tercinta memandangkan sekarang ini adalah zaman sosial media, jika kita tidak jaga kebersihan maka apabila pelancong asing datang, mereka buat video TikTok, nama negara kita terjejas,” katanya.

Kor Ming berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Cuci Malaysia 2024 di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di sini hari ini.


Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung perkembangan kajian pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), beliau memaklumkan bahawa pindaan itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan setelah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

Menurut Kor Ming, beliau melihat terdapat keperluan untuk meminda akta tersebut kerana hukuman khidmat sosial terhadap pesalah yang membuang sampah merata-rata terbukti berkesan seperti yang telah dilaksanakan oleh beberapa negara maju. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 29-9-2024 12:10 AM
isu bertahun kes buangan haram dari kilang bahan kimia beracun ditepi semak dan didalam sungai tu jangan buat tak nampak ye
Quote Sinistea 29-9-2024 12:17 PM
Denda kena serius la. 1 Puntung rokok buang denda RM 1 K.
Quote fatinandreanna 29-9-2024 12:24 PM
Tong2 sampah kena sediakan dulu. Kalau tak org nak buang dimana. Byk je tempat takde tong sampah disediakan. Mcm kat sepanjang shoplot.
Quote ajinomotonosuga 29-9-2024 01:01 PM
ahahahahahaha
Quote FOTHER-MUCKER 29-9-2024 01:16 PM
Saya tengok di YouTube pavement dan landscaping di persekitaran klcc,  bukit bintang, jalan sultan Ismail, jalan imbi….ataupun senang cakap satu kl tu masih lagi kelihatan seperti di tahun 80an.

Masih Ada Rohingya duduk di atas tempat pejalan kaki bersama anak kecil ambil meminta sedekah.

Banggunan sahaja nampak modern dan bersih Tapi pavements dan landscape masih jauh ketinggalan.
Quote FOTHER-MUCKER 29-9-2024 01:17 PM
Tak boleh ke belajar dari Singapore?
Quote Skuau 29-9-2024 05:14 PM
"Malezia worang memang ini macam ka..sukaa buang sampah..banyak tiruk"-Rohingya
Quote Belibis 29-9-2024 05:22 PM
Bila bangsa berak dalam lif,kencing dalam cawan restoran bercakap pasal kebersihan..tahiniah komeng..
Quote cashewnut 29-9-2024 10:41 PM
Acik cakap dengan owner kilang bangsa acik boleh tak yang buang sisa kimia ke yang owner kilang ternakan salur air najis kumbah kat sungai. Boleh!!!!
Quote suri33 29-9-2024 11:26 PM
Ok.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.028646 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top