CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia

30-9-2024 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25999| Komen: 55|Original author: YgBenar


 


KOTA KINABALU – Kos rawatan yang semakin bertambah dan dijangka boleh mencecah sehingga RM200,000 menyebabkan ahli keluarga seorang lelaki yang sedang terlantar di sebuah hospital di Korea Selatan mengambil keputusan mahu membawanya pulang semula ke Malaysia dengan segera.

Bagaimanapun, usaha membawa pulang Hafiz Francis, 43, yang kini lumpuh separuh badan tidak dapat dilakukan jika mereka tidak melunaskan sepenuhnya bil rawatan hospital yang dijangka berbaki sekitar RM150,000.

Susulan itu, ahli keluarga Hafiz yang berasal dari Sook, Keningau merayu bantuan orang ramai untuk mengumpul dana bagi menampung kos rawatan tersebut, sekali gus segera membawanya pulang bagi mengelak lebih lama berada di hospital itu.

Adiknya, Nur Alisa Humairah, 32, mengakui mereka sekeluarga kini buntu memikirkan kos yang perlu ditanggung sejak enam hari abangnya dirawat di Hospital Asan Medical Center.

Menurutnya, dia dan seorang lagi kakaknya yang tiba di negara itu pada Sabtu lalu masih dalam keadaan terkejut kerana memikirkan keadaan abangnya yang terlantar ketika ini.

Katanya, dia mendapat khabar duka itu daripada seorang rakan abangnya memaklumkan kejadian tersebut.

“Abang saya dikejarkan ke hospital selepas rebah dan memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan darah beku di kepala. Pembedahan itu berjaya, namun malangnya menyebabkan dia lumpuh di bahagian sebelah kanan badan dan kini sedang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut.

“Setakat Sabtu lalu, kami dimaklumkan kos rawatan telah mencecah RM108,201.03 seperti dinyatakan dalam bil dan jumlah ini terus meningkat setiap hari sehingga RM200,000 jika berterusan berada di hospital ini,” katanya kepada Sinar Harian melalui panggilan aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Nur Alisa Humaira berkata, mereka sekeluarga bercadang untuk membawa pulang abangnya ke Malaysia dengan segera bagi mengelak kos rawatan bertambah.

“Kami bercadang mahu membawanya pulang ke Malaysia dan meneruskan rawatan di sana memandangkan kos rawatan bagi pesakit bukan warganegara adalah sangat tinggi di sini.

“Perkara ini turut kami tularkan di media sosial dan setakat ini hanya berjaya mengumpul sekitar RM50,000 untuk membayar kos tersebut.

“Kini kami memerlukan sekitar RM150,000 lagi baki yang perlu dilunaskan sebelum membawanya keluar dari hospital dan seterusnya membawanya pulang semula ke Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Alisa Humaira merayu kepada orang ramai supaya dapat menyumbangkan dana kepada mereka untuk menampung bil rawatan tersebut bagi membolehkan abangnya dibawa pulang ke Malaysia.

“Kami perlu membawa abang kami pulang ke Malaysia, namun pihak hospital memerlukan pembayaran penuh sebelum urusan keluar hospital dapat dilakukan.

“Namun kami tidak mampu melunaskan bil yang tertunggak. Kami kini terdesak dan sangat buntu dan amat memerlukan bantuan. Dengan rasa rendah hati, kami ingin memohon sumbangan ikhlas untuk meringankan beban kami.

“Orang ramai yang ingin menyumbangkan dana boleh menghubungi saya terus di talian 012-6425698 atau salurkan terus ke akaun CIMB 7056149003, milik saya.

“Bagi mereka yang berada di Korea Selatan boleh disampaikan ke dalam akaun Keb Hana Bank di bawah penama Elik Andirios (11692130780937),” katanya.

Screenshot_2024-09-30-17-59-56-50.jpg


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 30-9-2024 06:55 PM
Ni kes Ke 3 kan melibatkan warga malaysia di Korea Selatan ?
Quote naina 30-9-2024 07:13 PM
Kesiannya..semoga dipermudahkan dan cepat sembuh dan segera dibawa pulang
Quote nini_azmi 30-9-2024 07:20 PM
Siannya...jomla sumbang sorang skit.
Moga dimurahkan urusan
Quote JunkMail 30-9-2024 07:27 PM
Keje atau travel?
Berkali kali benda ni sampai dah malas nak cakap.
Quote prettyuglybabe 30-9-2024 07:46 PM
kalau travel, kenapa tak amik insurance?
kalau kerja, takkan 1 2 ratus ribu tak boleh simpan..
kata gaji tinggi sangat dibanding kerja kat sini..
Quote Decaffeinated 30-9-2024 07:55 PM
gigahertz replied at 30-9-2024 06:55 PM
Ni kes Ke 3 kan melibatkan warga malaysia di Korea Selatan ?

kes sebelum ni pun (at least one of them) orang Borneo juga. Hidup susah, mati pun susah, sakit tak mati pun susah.

Quote ifanonline 30-9-2024 08:01 PM
kalau nak pergi jauh2 kena ambil insurance
Quote ashilalat 30-9-2024 08:03 PM
Insurans x cover ke? Kat malaysia je kos hospital utk bukan warganergara murah nak mampos. Tu pon indon, bangla, myanmar, nepal lari dari wad  x nak bayar lps dah terima rawatan.
Quote bottombikini 30-9-2024 08:06 PM
maleh nak komen
dah bape kali kan org kabo
Quote Minami2013 30-9-2024 08:19 PM
Moga dipermudahkan urusan.

Ada terbaca pengalaman org yg dtg ke korea utk kerja, mmg teruk kerja buruh sana. Betul2 utilise tenaga.
Quote white_musk 30-9-2024 08:24 PM
Minami2013 replied at 30-9-2024 08:19 PM
Moga dipermudahkan urusan.

Ada terbaca pengalaman org yg dtg ke korea utk kerja, mmg teruk kerja b ...

Boleh buat bisnis tak kat sana?
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:25 PM
ashilalat replied at 30-9-2024 08:03 PM
Insurans x cover ke? Kat malaysia je kos hospital utk bukan warganergara murah nak mampos. Tu pon in ...

Kalau hospital gomen, caj pada foreigners sama mcm caj di swasta. Cuma foreigners akan oegi juga gomen sbb senang nak lari. Swasta pon bukan senang2 nak bg depa check in, kena letak depo tinggi juga
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:26 PM
Minami2013 replied at 30-9-2024 08:19 PM
Moga dipermudahkan urusan.

Ada terbaca pengalaman org yg dtg ke korea utk kerja, mmg teruk kerja b ...

Yelah betul juga, plus depa ni racist dgn org asia. Lagi2 kalau kulit gelap
Quote ashilalat 30-9-2024 08:28 PM
SalenaGomez replied at 30-9-2024 08:25 PM
Kalau hospital gomen, caj pada foreigners sama mcm caj di swasta. Cuma foreigners akan oegi juga g ...

Hospital gomen mahal ke? Aritu tgk cas bersalin lah, operate lah xde la smpai ratus ribu. Mcm x sampai 10k pon
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:29 PM
ifanonline replied at 30-9-2024 08:01 PM
kalau nak pergi jauh2 kena ambil insurance

Kalau bercuti, mmg ada insurance yg cover utk travel. Tapi klau bekerja di korea atau mana2 negara overseas, insurance company malaysia x provide cover. Kena ada initiative utk ambil policy insurance dr syarikat insurance korea sendiri.
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:30 PM
ashilalat replied at 30-9-2024 08:28 PM
Hospital gomen mahal ke? Aritu tgk cas bersalin lah, operate lah xde la smpai ratus ribu. Mcm x sa ...


Xtahu la rate skrg mcm mana. Tapi pernah borak dgn nurse gomen. Kalau bersalin kat gomen, foreigner bayar sama amount macam bersalin di swasta. Sebab depa x layak dpt subsidi
Quote ashilalat 30-9-2024 08:32 PM
SalenaGomez replied at 30-9-2024 08:30 PM
Xtahu la rate skrg mcm mana. Tapi pernah borak dgn nurse gomen. Kalau bersalin kat gomen, foreigne ...

Bagus la kalau gitu...mmg patut nya letak harga mahal utk foreigner kan.
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:33 PM
ashilalat replied at 30-9-2024 08:28 PM
Hospital gomen mahal ke? Aritu tgk cas bersalin lah, operate lah xde la smpai ratus ribu. Mcm x sa ...

Btw, rate hospital swasta malaysia kira murah lah berbanding negara lain di asean (level asia tu x pasti)… kan ramai indon berbondong2 dtg melaka, penang utk perubatan. So maybe rate gomen murah skit dr swasta tp still tinggi dr kita yg dpt subsidi ni
Quote SalenaGomez 30-9-2024 08:35 PM
ashilalat replied at 30-9-2024 08:32 PM
Bagus la kalau gitu...mmg patut nya letak harga mahal utk foreigner kan.

Mmg patut laa x dpt subsidi. Subsidi utk warganegara je… byk cantik, kat internet kutuk2 gila malaysia, claims sana sini pastu nak enjoy subsidi sini….lambeerrtttts lagi

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043378 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top