CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit naik, harga ayam patut lebih murah

30-9-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20866| Komen: 24|Original author: EJALTI

 



PENGUKUHAN nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat memberi impak besar kepada pengusaha ladang ternakan ayam di negara ini kerana kos pengeluaran telah berkurang sehingga 70 peratus.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Terry Tan, susulan harga import jagung dan kacang soya untuk makanan ternakan jatuh secara drastik iaitu sekitar 60 hingga 70 peratus ketika ini.

Meskipun begitu kata beliau, turun naik harga ayam di pasaran masih ditentukan oleh hukum ekonomi yang berkaitan penawaran dan permintaan.

Ini bermakna jika bekalan kurang dan permintaan tinggi, harga akan kekal seperti sekarang.

Dengan kata lain, harga ayam tidak akan turun serta-merta meskipun pengeluar berpeluang untung besar disebabkan kos operasi makin rendah.

Secara umum, makanan ayam meliputi 70 peratus kos penternakan, kos anak ayam 20 peratus, selebihnya kos buruh, elektrik, pengangkutan dan lain-lain.

Memang benar harga ayam telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebab paling utama ialah makanan ayam semakin mahal, dan inilah juga alasan yang digunakan penternak sebelum ini untuk menaikkan harga jualan.

Bagaimanapun, kos pengeluaran ayam di ladang telah turun kepada RM6.30 setiap kilogram pada suku kedua 2024 berbanding RM6.35 pada suku pertama.

Menurut DOSM, kos pengeluaran telur juga kekal 38 sen sebiji. Pada masa itu, nilai ringgit masih berlegar sekitar RM4.70 berbanding AS$1.

Dengan ringgit berada pada paras RM4.12 sekarang, kos pengeluaran tentulah telah jatuh dengan ketara.

Namun purata harga terkini ayam hidup di pasaran masih RM9 sekilogram sementara ayam proses standard RM10.

Di Asia Tenggara, rakyat Malaysia paling banyak makan ayam iaitu purata 50.2kg seorang dalam setahun, dikuti Singapura (36kg), Myanmar (29.9kg) dan Filipina (15.9kg), kata Pertubuhan Makanan dan PBB (FAO). Angka itu semakin meningkat setiap tahun.

Maka jika hukum ekonomi penawaran dan permintaan hendak dipakai, sampai bila-bila pun harga ayam tidak turun-turun.

Janganlah ketika hendak menaikkan harga begitu mudah dilakukan tetapi bermacam-macam alasan diberikan jika diminta turunkan harga.

Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 30-9-2024 11:29 AM
Pelahapnya malaysian sorang ayam 50kg setahun
Quote supernaturalee 30-9-2024 03:21 PM
ninja boy replied at 30-9-2024 11:29 AM
Pelahapnya malaysian sorang ayam 50kg setahun

lbh kurang 25 ekor
purata sebulan 2 ekor
sekor utk 2 mgu

ok lah tu
cikit2 je mknnya
idok la melahap


Quote Skuau 30-9-2024 03:28 PM
ninja boy replied at 30-9-2024 11:29 AM
Pelahapnya malaysian sorang ayam 50kg setahun

butul abang..kita sini tada makan ayam..kita makan nasi sama kuah dhal saja..Msia worang banyak tiruk la-Abangla
Quote AbukRokok 30-9-2024 04:07 PM
bila harga ayam naik
alasan
kos naik sebab beli dedak import makanan ayam dtg dari luar kos naik

ni dgr kata harga beras nak naik tak tahan
Quote kucingitam 30-9-2024 04:27 PM
selain umur, harga barang juga adalah satu perkara yang naik takkan pernah turun.. harga gula, minyak, diesel naik, berebut peniaga naikkan harga. bila diesel turun, harga minyak masak turun, takde pun nak turun harga barang..
Quote hayrin86 30-9-2024 04:33 PM
Betul juga. Bukan ayam aje yang patutnya lebih murah, tambang pengangkutan awam dan apa juga barang makanan yang tidak memudaratkan patutnya murah sikit.
Quote matseh 30-9-2024 04:35 PM
pointless. kartel ayam, makanan ayam.
Dah setahun lebih kut, beras tempatan tak ada.
Quote orkid_amani 30-9-2024 04:38 PM
supernaturalee replied at 30-9-2024 03:21 PM
lbh kurang 25 ekor
purata sebulan 2 ekor
sekor utk 2 mgu

Kan..mmg gitu kiraan mak2 beli groceries stock bahan basah utk 2minggu..stock bahan kering -+ sebulan..xdak laa hari2 nk p beli barang basah..ayam berat +-2kg potong 12 utk 3x masak..beli 2 ekoq utk 6 hari masak..daging -+2kg utk 4x masak, ikan 2kg utk 4x masak..teloq sepapan 30bijik tahan la -+3 minggu
Quote yenil95 30-9-2024 04:38 PM
harga ayam dah lebih murah sekarang banding dengan sebelum harga siling dikuatkuasakan. Masa tu harga ayam kat pasar pun dah rm10.50 sekg. Kat kedai perumahan rm8.40 sekg sekarang.

Tapi harga ayam yang dah masak kat kedai makan tehtap rm6.50 sepotong.
Nanti harga ayam naik, makcik makcik tu naikkan lagi harga barang..pusing pusing gitu sampai AJM.
Quote supernaturalee 30-9-2024 04:40 PM
orkid_amani replied at 30-9-2024 04:38 PM
Kan..mmg gitu kiraan mak2 beli groceries stock bahan basah utk 2minggu..stock bahan kering -+ sebu ...

confirm....chuols ibu yg rajin ke ceruk dapur


Quote supernaturalee 30-9-2024 04:43 PM
yenil95 replied at 30-9-2024 04:38 PM
harga ayam dah lebih murah sekarang banding dengan sebelum harga siling dikuatkuasakan. Masa tu harg ...

kannn
sejenis tut sgt
brg bermasak once dh naik
there's no turning back nk bg ikut harga pasaran semasa



Quote orkid_amani 30-9-2024 04:48 PM
supernaturalee replied at 30-9-2024 04:40 PM
confirm....chuols ibu yg rajin ke ceruk dapur

Rajin terpaksa yuu ank ramai kena masak baru berbaloi beli..tp 1minggu aii masak 4hari Isnin-Khamis sebab ank sekolah pg ptg..Jumaat tapau weekend makan luaq
Quote misc 30-9-2024 04:49 PM
Logik je average 50kg setahun aku rasa especially utk family marhaein yg tak mampu beli seafood hari2. Hadap la lauk ayam tu hari2.
Quote kakikuDibibirmu 30-9-2024 05:20 PM
Skuau replied at 30-9-2024 03:28 PM
butul abang..kita sini tada makan ayam..kita makan nasi sama kuah dhal saja..Msia worang banyak ti ...

Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar
Quote 46BlueBerry 30-9-2024 05:30 PM
ayam mentah murah, tapi ayam kt kedai makan tu mahal nak mampuih ye lagi2 ayam gepuk geprek penyet semua la. paling2 beli set rege mesti rm10 keatas. kt rumah i je ada satu kedai aym geprek harga rm8. ayam pon besar.
Quote ninja boy 30-9-2024 05:36 PM
Edited by ninja boy at 30-9-2024 05:39 PM

Ayam 3 potongan ja sebulan, lain2 tempe tauhu soohoon togeh ikan sayur
Quote TeropongThaico 30-9-2024 05:46 PM
Harap turun le sikit nnt2 ni sbb skrg tiap hari utk ayam mentah je budget dkt 15 henggit 2 kali mkn. Dah jadi mknan wajib tiap hari sbb lauk lain malas nak hadap sorg2 punya t&c. Ayam je diterima tanpa banyak songeh
Quote SalenaGomez 30-9-2024 05:54 PM
supernaturalee replied at 30-9-2024 03:21 PM
lbh kurang 25 ekor
purata sebulan 2 ekor
sekor utk 2 mgu


Ayam lah paling murah skrg ni banding bahan mentah lain mcm ikan sotong udang. Hari ni  xtau lah rasa byk barang naik harga padahal beli kat CS je. Tadi ambil sotong 15 ekor harga melantun rm54.

Rasanya gomen x boleh tgk harga ayam je, harga bahan mentah lain pon boleh check juga. Takkan nak makan ayam setiap hari. SG paling suka makan ikan. Ayam2 ni kadang risau masalah hormon bila makan kerap ayam. Kalau ayam kampung tu lain lah
Quote Decaffeinated 30-9-2024 07:59 PM
Paling banyak makan ayam sebab babi haram.

Thailand, Singapore tu ada pilihan lain. Vietnam, Myanmar makan kucing.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045498 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top