CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada elemen jenayah wanita langgar pelajar UiTM, seret mangsa lebih 100 meter - KP Terengganu

16-10-2024 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11117| Komen: 13

 

Kuala Terengganu: Wujudnya elemen jenayah dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa penuntut Universiti Teknologi Mara (UitM) menyebabkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu didakwa atas pertuduhan membunuh.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa wanita terbabit di bawah pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan berbanding pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, terdapat beberapa faktor diambil kira menyebabkan wanita terbabit didakwa atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh berbanding pendakwaan di bawah kesalahan trafik.

Katanya, selain itu, tiada rekod kesihatan mengesahkan ibu kepada tiga orang anak itu mengalami masalah mental setakat ini.

"Pada hari ini, wanita terbabit dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) di Mahkamah Majistret Dungun dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 307 (1) KK di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan pihak mahkamah juga mengarahkan wanita itu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai Johor Bharu.


"Pada kebiasaannya (apabila) berlakunya kejadian seperti ini, kita akan bawa pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Namun arahan AGC, suspek hendaklah dituduh di bawah Seksyen 302 KK dengan mengambil kira di tempat kejadian mungkin ada berlakunya rempuhan yang mana suspek mungkin dalam keadaan sedar, tidak memberhentikan kenderaan (dan) telah menyeret mangsa sehingga melebihi 100 meter

"Di mana unsur-unsur bunuh itu wujud, jadi diatas kejadian tersebut, AGC berpendapat suspek hendaklah dituduh di bawah Seksyen 302 KK," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata, pihaknya turut memanggil seramai 11 saksi termasuk yang melihat kejadian dan ahli keluarga kepada wanita terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan juga mendapati pemandu wanita terbabit tidak mempunyai lesen memandu.

Dalam pada itu, Mohd Khairi turut meminta masyarakat berhenti membuat komen-komen negatif dan menyebarkan sebarang gambar serta video berkaitan insiden berkenaan untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Katanya, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada keluarga suspek susulan kecaman yang diterima keluarga wanita itu.

Sebelum ini, media melaporkan pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun, 9 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Norizan Ismail, 49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 KK yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Selain itu, Norizan turut didakwa mengikut Seksyen 307 (1) KK kerana cubaan membunuh yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.

Sumber — Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 16-10-2024 09:21 AM
Kes ni mengingatkan aku kes Darell Brooke yg langgar orang tengah berarak tanpa sebab. Dah langgar sorang, dia langgar lagi orang lain sampai puas. Masa bicara pon dia represent diri dia sendiri & tak ada langsung rasa bersalah.
Quote prince_marhaen 16-10-2024 09:39 AM
SETUJU! Dakwa macam pelaku jenayah lain. Self-claim mental ni makin menjadi-jadi sekarang, lantak lah hati meols hitam ke apa, dah tahu mental problem, dapatkan rawatan, family jangan ingat boleh kontrol orang mental ni, kena kasi ubat, rawatan, bagi clear diagnosis...bukan asal buat hal je 'maafkanlah dia'...NO!
Asal kes langgar je, mesti mental, dia tak sedar, dia dah nyanyuk, kesian kat dia.... NO!
Dah cukup waras ye dia amik kunci, start enjin, bawa jalan, tukar2 gear, traffic light, banyakkkk steps nak jalankan kereta tu...dan banyak je video pompuan tu memang dok merayap je sekitar uitm tu, kacau bebudak balik kelas... jangan nak maafkan sangat.
Quote silance 16-10-2024 09:46 AM
"Namun arahan AGC, suspek hendaklah dituduh di bawah Seksyen 302 KK dengan mengambil kira di tempat kejadian mungkin ada berlakunya rempuhan yang mana suspek mungkin dalam keadaan sedar, tidak memberhentikan kenderaan (dan) telah menyeret mangsa sehingga melebihi 100 meter"

100 meter? Betul ke...
Quote misc 16-10-2024 10:00 AM
Baru la adil mcm ni. Kalau tak seret sejauh tu mungkin cedera ringan saja.
Quote Firenzza 16-10-2024 10:19 AM
OT jap......apa status kes pulis yg lenyek budak spm don sekolah  aritu ye......sonyap yo
Quote Kitty_catz 16-10-2024 10:34 AM
tade lesen

tade rekod gila

seret mangsa

all the best la acikkk
Quote AbukRokok 16-10-2024 10:44 AM
type m susah nk dpt kad OKU
klu type c mabuk konfirm senang
Quote Belibis 16-10-2024 01:51 PM
Firenzza: OT jap......apa status kes pul ...

Aku pun teringat jugak kes ni..sonyap joooo..dah kambus belakang umah kak dud ka?
Quote Sazreena 16-10-2024 02:36 PM
So yg kes polis langgar dak skolah tu apa ceta. Padam je ke cam biasa?
Quote noor2 16-10-2024 02:41 PM
Perempuan gila tu melanggar dari belakang..dia mmg berniat membunuh...

Apa ke loser bg org gila memandu...suami loser...
Quote L.U.S.M 16-10-2024 02:45 PM
Edited by L.U.S.M at 16-10-2024 02:49 PM

Yang masa pkp mabuk2 bunuh rider heret beratus meter tu dh jadi apa ek..setakat gantung lesen ke masuk penjara?

Aku nk tahu gk kesudahan kisah tu..sebab Kes tu disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 padahal kena seret 2km smpi mati

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2020/06/694971/pemandu-mabuk-rempuh-seret-motosikal-2km
Quote Skuau 16-10-2024 02:48 PM
Wa kasi nasihat lu..mau buat ini macam..lu misti mau minum...mabok lulu maaaa.....lu sudah silap....lor...
Quote Skuau 16-10-2024 02:50 PM
L.U.S.M replied at 16-10-2024 02:45 PM
Yang masa pkp mabuk2 bunuh rider heret beratus meter tu dh jadi apa ek..setakat gantung lesen ke mas ...

wa mabok..wa mana tau..ini olang tada mabok maaa...mana sama....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.150081 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top