CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 warga asing jadi along dicekup, beri pinjaman kepada warga asing

8-11-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27793| Komen: 10

 


Muar: Polis menumpaskan sindiket menawarkan pinjaman tanpa lesen atau along yang didalangi warga asing susulan penahanan enam lelaki di sekitar bandar ini, semalam.

Keenam-enam suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun ditahan jam 4.30 petang kerana disyaki terbabit dengan kegiatan memberi pinjaman wang kepada warga asing.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kesemua mereka ditahan oleh anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menjadikan pekerja asing terutama warga Bangladesh sebagai sasaran untuk menawarkan pinjaman terbabit.

Bukan itu sahaja, malah Raiz Mukhliz berkata, suspek turut mengenakan kadar faedah tertentu serta menahan kad ATM peminjam sehingga pinjaman diluluskan.

"Hasil penahanan itu, polis merampas wang tunai RM176,250 selain telefon pelbagai jenama serta 187 kad ATM pelbagai bank.


"Kesemua suspek sudah direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

"Suspek boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya." katanya dalam kenyataan.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 8-11-2024 08:38 AM
lagi 10 tahun hancur malaysia kalau tak hantar balik pati2 ni makin besar kepala
Quote silance 8-11-2024 11:00 AM
Gambar bukti jadi blurred. Culprit warganegara mana pun tak mentioned. Special sangat ke?
Quote miss_white 8-11-2024 11:22 AM
Terbaik pdrm pantas cekap  banteras kegiatan pendatang2 haram

Bila ustaz sopian buat kerje
Pandai pulak pendatang2 ni marah ada yg nk santet

Quote ninja boy 8-11-2024 10:31 PM
X penat ka polis handle jenayah wargasing
Quote Skuau 8-11-2024 10:50 PM
ninja boy replied at 8-11-2024 10:31 PM
X penat ka polis handle jenayah wargasing


polis tangkap...gomen 'panggil'...ulang...ulang...ulang...ulang...ulang...ulang...................
Quote JohnDeSouza 9-11-2024 12:28 AM
miss_white replied at 8-11-2024 11:22 AM
Terbaik pdrm pantas cekap  banteras kegiatan pendatang2 haram

Bila ustaz sopian buat kerje

always suport ustaz sopian
Quote miss_white 10-11-2024 09:59 AM
Edited by miss_white at 10-11-2024 11:27 AM

Fb ustaz sopian dh xde kan
Mcm mana nk follow
Bangla musibat lettew yg report kt FB
Dorg  kan xsuka ustaz sopian
sb suka gempur kedai dorg


Quote JohnDeSouza 10-11-2024 04:06 PM
Edited by JohnDeSouza at 10-11-2024 04:48 PM
miss_white replied at 10-11-2024 09:59 AM
Fb ustaz sopian dh xde kanMcm mana nk follow
Bangla musibat lettew yg report kt FB
Dorg  kan xsuka ...

ada kat tik tok


https://www.tiktok.com/@sophianmohdzain12?_t=8rGz80qt4GQ&_r=1
Quote miss_white 10-11-2024 06:28 PM

Alamak iols xde tiktok lah

Quote Skuau 10-11-2024 06:55 PM
dasar 'MSIA MESRA WARGA ASING'. .Tahniah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044430 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top