CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Laptop’ dan main game lebih berharga, remaja Russia tergamak tetak, kerat ibu

11-11-2024 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19848| Komen: 15

 


MOSCOW – Seorang remaja lelaki di Russia tergamak membunuh ibu sendiri selepas mangsa merampas tabletnya kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah dan leka bermain permainan video, lapor saluran berita Mailonline semalam. 

Polis berkata, suspek berusia 15 tahun itu menetak kepala ibunya berulang kali dengan kapak ketika mangsa berbaring di atas katil di rumah mereka dekat Moscow.

“Dia kemudian mengerat badan mangsa sebelum pergi ke kedai serbaneka berhampiran di Krasnaya Storozhka untuk membeli coklat.

“Suspek juga sempat bermain permainan video Minecraft sebelum menyerah diri kepada polis di Sergiev Posad, kira-kira 74 kilometer ke timur laut Moscow,” kata polis. 

Kejadian berlaku apabila mangsa bimbang anaknya leka bermain permainan video selama 12 jam sehari, sehingga mengabaikan kerja sekolah. 

“Wanita itu mendapati anaknya mengabaikan kerja sekolah sepanjang cuti sakit (dari sekolah) menyebabkan dia merampas telefon dan tablet milik suspek.


“Suspek tidak puas hati dan menetak kepala ibunya dengan kapak. 

“Selepas kejadian, dia pergi ke balai polis berhampiran dan membuat pengakuan,” lapor akhbar Mash. 

Polis berkata, mangsa dibunuh empat jam sebelum anggota-anggotanya tiba di tempat kejadian.

“Selepas membeli coklat dan bermain permainan video, dia mencari balai polis terdekat secara online dan mengaku membunuh ibunya,” tambah polis. – AGENSI



Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 11-11-2024 09:23 AM
Ya Allah
Ank ape ni...perangaiiii
Anak syaitankah

Kemurungan aku pagi2 dh baca berita mcm ni
Quote VioletsAre_Blue 11-11-2024 10:28 AM
Main minecraft je kot sampai nak ketagih. Grafik petak2 je tak lawa pun game tu
Quote pisanggoreng 11-11-2024 11:15 AM
[youtube]PE2YZhcC4NY[/youtube]
Quote batmana 11-11-2024 12:01 PM
kalu dh gila, bukan takat minecraft, tapi main dam aji pn bole tetak org..
Quote BungaKencana 11-11-2024 12:09 PM
gila! mereput la kau rindu dkt mak kau nnt
Quote shernazz 11-11-2024 03:28 PM
Anak iols pung suka main minecraft
Tp kena control lah..time cuti je boleh main
Takut bila.ketagih nnt mcm2 boleh jadi
Quote wolfheart 11-11-2024 03:57 PM
Kepala ting tong budak ni. Tak akan sekadar ketagih main game sampai membunuh ibu sendiri? Di luar kawalan betul tu.
Quote supernaturalee 11-11-2024 04:27 PM
satgi lawyer mula la nk kaitkan dgn dopamine la unsur kimia ape lh dlm otak yg bg efek ketagih mcm dadah yg lead die utk buat tu tanpa sedar
kira masa kejadian bukan di bwh sedar aka gila
masuk psikiatri je beberapa tahun
then lepas bebassssssss


huhhhh

Quote bottombikini 11-11-2024 05:21 PM
adooo..dah kenapa ptg2 nan sendu ni aku baca tergamak kerat tetek ibu

Quote Suchi 11-11-2024 07:48 PM
Mak dia lawa
Hurmm yg mana ada anak kecik tu lum terlambat jgn kenalkan dorang ngn tepon
Tp kata pakar kalau tanak anak main tepon kita pun takleh pegang tepon gak acaner tu.
Ibarat tanak anak merokok kita jgn merokok.
Tp tepon skrg ni satu keperluan.
Mungkin kena pakai tepon nokia 3310 jer jd anak pun tak minat sgt nak main.
Quote menjad 11-11-2024 08:08 PM
Bukan tak kasi guna. Pantauuuuuu lah anak tuh. Jgn smpai pijak krpala mak bapak
Quote gigahertz 11-11-2024 08:55 PM
wolfheart replied at 11-11-2024 07:57 AM
Kepala ting tong budak ni. Tak akan sekadar ketagih main game sampai membunuh ibu sendiri? Di luar k ...

Nanti waktu makan malam baru teringat mak dah xde
Quote Jitu 11-11-2024 09:24 PM
dahsyatnya
jenis psiko ni tak normal
klu kita yg normal ni habis2 pun merajuk tak nak makan je pastu senyap2 cari makanan tgh malam sbb lapar
Quote ladybugz 12-11-2024 06:56 AM
risaunya ank i ni pun mula dh ketagih walaupun sentiasa limit waktu dia main. dia mmg dari kecik x tau nk stop sendiri. mmg limit betul sejam paling tinggi utk sehari.
Quote nisako 12-11-2024 08:02 AM
gilo dah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.099740 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top