CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya 203 warga China diberi kerakyatan M'sia sejak 2013 - Saifuddin Nasution

11-11-2024 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25240| Komen: 17|Original author: Abahmung

 
 

 

PARLIMEN | Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan hanya 203 warga China diberikan kerakyatan Malaysia di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 19(1) Perlembagaan Persekutuan sejak 2013.

Saifuddin menjelaskan, data tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa ia bertentangan dengan dakwaan yang sering diulang-ulang pihak tertentu kononnya kira-kira 1.2 juta warga China yang masuk ke negara ini tidak keluar semula, sebaliknya diberikan kerakyatan.

"Itu (203) adalah angka sebenar sejak 2013. (Bertentangan dengan) semua yang bising di luar, (dakwa) beri kerakyatan secara borong untuk memainkan sentimen (perkauman).

“Saya juga ada rekod jumlah laporan polis yang dibuat, pemimpin mana yang memainkan isu ini di luar, di masjid dan surau.

"Sebab itu polis membuka siasatan di bawah 3R (kaum, agama, raja-raja Melayu) kerana mereka (pemimpin tertentu) secara tidak bertanggungjawab memainkan sentimen.

"Kenapa? Kerana (ia melibatkan) China," katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin turut menegaskan dakwaan bahawa 1.2 juta warga China yang datang ke Malaysia antara 2018 dan 2021 tetapi tidak keluar semula sebenarnya sudah dinafikan menteri terdahulu dari PN, iaitu Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh).

Memetik laporan media, Saifuddin berkata Hamzah selaku menteri dalam negeri pada 26 Ogos 2022 memberitahu bahawa angka 1.2 juta itu adalah tidak benar.

"Itu Larut (Hamzah yang cakap), bukan saya. Dan bukan dia sahaja, sebelum itu Pagoh (Muhyiddin) pun cakap perkara yang sama," katanya lagi.

Bangkitkan semasa di China

Terdahulu, Saifuddin memberikan jawapan kepada soalan dibangkitkan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Baru) yang sekali lagi membangkitkan persoalan tersebut hari ini.

Katanya terdapat 8,491,653 warga China direkodkan memasuki Malaysia antara 1 Jan 2018 dan Nov 2021.

Daripada jumlah kemasukan itu, kata Saifuddin, seramai 8,012,294 telah keluar semula dari Malaysia dan menunjukkan perbezaan jumlah 479,359 orang.

Daripada jumlah tersebut, kata Saifuddin, 129,005 adalah pemegang pas jangka panjang.

Selain itu, jelas Saifuddin lagi, seramai 5,359 warga China telah dihantar pulang dalam tempoh tiga tahun, manakala 141,783 yang lain dilanjutkan kemasukan visa khas 30 hari.


“Jumlah (sebenar) pemegang pas lawatan sosial yang masih belum keluar (dari Malaysia) ialah 84,817 daripada 8,491,653 (kemasukan),” katanya.

Tambah Saifuddin, dia telah membangkitkan isu itu dengan rakan sejawatannya semasa lawatan ke China baru-baru ini dan memberi amaran bahawa tindakan boleh diambil terhadap rakyat mereka yang didapati melanggar undang-undang Malaysia.

“Jadi, hentikan (tuduhan) 1.2 juta ini kerana ketua pembangkang (Hamzah) pun sudah menafikannya (dulu).

"Dakwaan 1.2 juta tidak keluar dan KDN luluskan warganegara secara borong - itu fitnah yang sangat dasyat, lebih baik hentikanlah," tegasnya.




Sumber ; malaysiakini.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote testly 8-11-2024 10:30 AM
Huhhhhhhhhh...
Quote tripleid 8-11-2024 10:46 AM
Prc skrg bukannya mcm zaman tok kadok dulu ramai2 hijrah dok negara luar..skrg dorg dah kaya raya,world's 2nd biggest economy ,dah jadi negara superpower.. rasanya dorg pun tak hadap nak duk negara 3rd world country mcm Msia ni..nak kata Msia cantik negara dorg bertingkek2 lagi cantik kot



[youtube]b_T9WzKmlEQ?si=nfutqfwbf6A1jXu9[/youtube]
Quote arnauld 10-11-2024 11:55 PM
so 82k tak keluar ok?
Quote nusaraya 11-11-2024 12:42 AM
Edited by nusaraya at 11-11-2024 03:01 PM

Woow..... Betul-betul Terlalu jika hanya ada 203 orang china yang diberi IC Malaysia ....padahal seharusnya paling sedikit ada 32 juta  yang diberi kewargaan negara Malaysia jika memang Malaysia betul-betul nak maju macam Singapore ....
  
Mungkin pihak kerajaan Malaysia lupa bahwa nenek moyang bangsa melayu (Austronesia)  dulunya berasal dari Yunnan ... China Selatan ....Hehehehe

Quote Kuin-Kepam 11-11-2024 01:17 AM
eh sibuk la geng lebai babi jaga sempadan.. kerajaan rugi 185 juta vaksin expired tak nak sembang pulak...
Quote bottombikini 11-11-2024 06:22 AM
pandai ke cakap melayu sampai dpt lulus kerakyatan tu
Quote honeybee1802 11-11-2024 07:01 AM
Hanya 200 ni..sama ke dgn hanya 43juta yg hangus itu?
Quote akusukaq 11-11-2024 02:45 PM
Tak sama zaman tok nenek aku dulu kala.China bangsat dr Canton keluar lari dr China sbb tak cukup makan.Sekarang takde sbb  nak jd rakyat Malaysia mcm turun level jd rakyat negara ketiga dunia.Lain lah jadi rakyat Aussie, NZ  US atau Canada
Quote kakikuDibibirmu 11-11-2024 03:10 PM
Kan ni nabei cau cibai, chong cheng chong cheng chong cheng, atau ching chong ching chong ching chong atau tong tong-tong chang!



[youtube]YFuj0cxC3Io[/youtube]

[youtube]ZxQzYnZ1T1k[/youtube]
Quote Skuau 11-11-2024 04:12 PM
tripleid replied at 8-11-2024 10:46 AM
Prc skrg bukannya mcm zaman tok kadok dulu ramai2 hijrah dok negara luar..skrg dorg dah kaya raya,wo ...

wa bukan mau cantik maaaa..sini malaisia apa pon boleh maaa...sana China..halloween pun tak boleh maaa
Quote tripleid 11-11-2024 05:17 PM
Skuau replied at 11-11-2024 04:12 PM
wa bukan mau cantik maaaa..sini malaisia apa pon boleh maaa...sana China..halloween pun tak boleh  ...

Dorg dah ada Pesta Hari hantu lapar la..watpa nak seleberet Halowin budaya omputeh tu
Quote Decaffeinated 11-11-2024 05:49 PM
tripleid replied at 8-11-2024 10:46 AM
Prc skrg bukannya mcm zaman tok kadok dulu ramai2 hijrah dok negara luar..skrg dorg dah kaya raya,wo ...

Memang dah tak ada sebab untuk dorang migrate, kalau datang berniaga tu mungkinlah. Dah kaya kembali ke tanah leluhur negara empat musim nan maju. Nikmat apa lagi yang mereka dustakan.

Quote Decaffeinated 11-11-2024 05:56 PM
akusukaq replied at 11-11-2024 02:45 PM
Tak sama zaman tok nenek aku dulu kala.China bangsat dr Canton keluar lari dr China sbb tak cukup ma ...

Ada sorang dua yang nak jadi rakyat tu pun mungkin sebab kawin orang Malaysia tak pun PRC pun tak heran setaraf species Mat Dan di England. Yang itu orang Malaysia kemain bangga kot.
Quote tripleid 12-11-2024 02:42 PM
Decaffeinated replied at 11-11-2024 05:49 PM
Memang dah tak ada sebab untuk dorang migrate, kalau datang berniaga tu mungkinlah. Dah kaya kemba ...

tu la, melayu bifoti ingat ummah prc tu suka sgt dok Msia yg panas bketak ni..depd dok msia baik la dok negara asal jah kurang2 ada  jgk 4musim..kalo singapore tu mgkin ye la kot depa nk pindah...sbb tu najib buat Forest City kat jb dulu sbb nk tarik ummah prc dok sini tp ujung2 sendu jadi bandar hantu ja.
Quote B40tastePosh 12-11-2024 02:47 PM
Berapa ramai pula Indon yang diberikan kerakyatan???
Quote bonggo 12-11-2024 05:15 PM
Malaysia pun nk jd mcm singapore. Kt sn kelahiran menurun kaum cina tp kelahiran bayi melayu tinggi jd untuk maintainkan komposisi kaum terpaksa la bg pr dan citizenship kt prc. Dengar2 penang pun buat menda yg sama. Mana boleh lawan ketuanan melayu dr statistik kelahiran walaupun melayu pun menurun jugak. Takut sgt duit tak cukup nk lahirkan anak.
Quote wikedsaikel 12-11-2024 06:00 PM
Hanya? Huhuuuhuuuuu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.048506 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top