Berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah tidak mematahkan semangat pelawak dan usahawan Shuib untuk meneruskan perniagaan minuman miliknya. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, turut menyifatkan dugaan yang dihadapinya bukan satu kegagalan untuk terus menerajui syarikat BubbleBee Sdn. Bhd. Bagaimanapun Shuib tidak menolak 2024 sebagai tahun yang tidak baik untuk dirinya dan syarikat. “Kalau nak kata saya gagal, saya masih belum menyerah kalah dan masih menggalas tanggungjawab dengan baik. Ramai kakitangan yang nak saya berjuang sehingga perkara ini pulih kembali. “Saya optimis dan menganggap apa yang berlaku ini adalah satu cabaran. Insha-Allah tahun 2025 saya akan bangkit dengan perancangan baharu. “Soal kes di mahkamah saya serahkan kepada peguam untuk menjalankan tugas dan pihak pengurusan menguruskan beberapa perkara yang berkaitan,” katanya yang ditemui dalam majlis sidang media Bocey Comeback Live In Singapore di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shuib tidak akan melarikan diri meskipun berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah. “Saya tidak akan lari. Apa yang boleh dibincangkan, saya akan berbincang dan jika perlu ke mahkamah saya akan pergi. Saya dah hadap macam-macam termasuk ada perniagaan yang bagus, tetapi Allah ambil isteri saya. Itu adalah dugaan yang berat. “Jadi apa yang saya lalui sekarang ini adalah dugaan kecil. Saya anggap perkara ini adalah normal tapi saya bukan nak normalisasikan faedah kakitangan atau cukai. “Cuma saya harap dugaan yang saya hadapi ini tidak akan mengganggu perancangan saya untuk maju ke depan. Lagipun perniagaan saya ini bukan diboikot, malah mendapat sambutan tinggi terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya. Semalam, Syarikat BubbleBee milik Shuib didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu. Syarikatnya yang diwakili Shuib, 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali. Terdahulu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu. Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis. SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
bottombikini replied at 16-11-2024 03:56 PM
betul ke masih letop bisnis babelbi tu
idok le nak sapot
anggeriklatifah replied at 16-11-2024 03:44 PM
Dugaaan apo bendo nyo suib?????
Ini bukan dugaan lahabau
Ni dendaaa kaunkena hadp sebb kesalahann
ADVERTISEMENT