CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sis Sering Penat Dan Mengantuk? Jom Cuba Cara Ini Untuk Hilangkan

4-1-2016 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6342| Komen: 9

Oleh Izzah Abbasy

Badan yang letih dan penat serta sering mengantuk rupanya terdapat racun (detox) dalam tubuh. Racun-racun yang berkumpul dalam badan ini boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh.

Oleh itu, ikuti tips yang dikongsikan daripada laman www.wom.my ini agar racun dalam badan tidak lagi bermaharajalela dan terus berada dalam tubuh kita. 



1. Jangan Lupa Minum Air Putih
Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Minum lapan gelas air putih dalam sehari  dan usahakan juga untuk minum empat gelas setiap kali anda bangun daripada tidur pada pagi hari.

2. Berpeluh Secara Semulajadi
Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda. Anda boleh mengatasinya dengan melakukan senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi.

3. Secawan Teh Setiap Hari
Ternyata teh merupakan salah satu minuman yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.

4. Lobak Merah
Lobak merah adalah sejenis sayuran yang sangat baik untuk menjaga kesihatan mata, kerana kandungan vitamin A yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

5. Kurangi Pengambilan Gula Setiap Hari

Di samping dapat mengundang pelbagai maam penyakit menyerang tubuh, gula juga memainkan peranan besar sebagai salah satu makanan yang dapat meracuni tubuh anda seperti mengundang penyakit kanser, diabetes mahupun jantung.

6. Khasiat Buah Anggur
Buah anggur terutama anggur hijau ternyata sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda. Selain itu, anggur juga mengandungi ‘resveratol’ yang dapat menangkis kanser kulit daripada sinaran matahari yang membakar.



7. Makanlah Buah Betik

Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas yang tercampur daripada udara yang kita hirup. Jadi, buah ini tentunya sangat efeketif untuk mencegah penggumpulan racun di dalam tubuh.

8. Makanan Berserat

Untuk menghilangkan racun secara semulajadi dari dalam tubuh anda anda kenalah rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet setiap hari.

9. Jus Lidah Buaya
Lidah buaya mempunyai banyak manfaat. Bukan sekadar boleh mencantikkan serta menyuburkan rambut anda. Malahan, salah satu fungsinya adalah mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Lidah buaya memiliki zat antioksidan yang membantu menghilangkan zat-zat kimia beracun dalam tubuh kita.

Cuba minum segelas jus lidah buaya pada setiap pagi dan petang. Pengambilan minuman ini secara teratur akan membantu anda mengeluarkan racun daripada sistem organ tubuh.

10.  Lemon Suam Yang Dicampur Madu
Salah satu cara yang paling kerap dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Caranya sangat senang, anda cuma perlu sediakan segelas air suam, tambahkan satu sudu madu dan perah beberapa titis lemon ke dalamnya. Campurkan dan minum. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain. - CARI Infonet

19

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
10

Sedih
19

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khairulazuan 5-1-2016 09:41 AM
tq for info

Quote rain2169 5-1-2016 09:19 PM
Good info... thanks
Quote Alffa_Green 7-1-2016 02:53 PM
Bina Produk Jenama Sendiri
♥ Modal rendah
♥ Sample boleh disediakan!!!
♥ Solution utk cara pemasaran
**Whitening, Fiber, Kolagen, Wanita Dalaman, Anti-Penuaan, DLL**
PM/Whatsapp: 018 9555 933
Alffa Green Marketing & Resources (www.kilanggmp.com)
Quote zal_rul 9-1-2016 07:59 AM
Good info!
Quote khairulazuan 17-1-2016 10:27 AM
suka dgn buah betik


Quote zasrfikri 17-1-2016 11:09 PM
Good info.
Quote Missfadh 8-2-2016 07:38 AM
Good info.
Quote hidet 11-2-2016 02:15 PM
suka no 3 tu..sebab meols mmg tea lover... hari2 mesti kena
Quote bmi 11-2-2016 04:13 PM
boleh cuba ni......

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.055846 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top