Pelakon Azira Shafinaz mengakui tidak tertekan dan mahu berusaha lebih gigih selepas memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-61 di sini, malam tadi. Azira juga menganggap dirinya masih belajar sekalipun hampir sedekad bergelar anak seni. "Saya tak akan cepat rasa puas dengan pencapaian ini. Tidak pernah juga rasa nak 'stop' (berhenti) di sini. "Walaupun sudah 10 tahun tapi saya rasa banyak benda lagi nak kena belajar. 'Level' (peringkat) untuk karya-karya baharu juga saya banyak belajar daripada orang-orang baru. Dari situ juga ia dapat membantu saya sebagai seorang pelakon. "Saya tidak menyangka dapat pengiktirafan luar negara pada anugerah ini. Terima kasih FFAP. Pencapaian ini juga membuatkan saya rasa bangga dengan diri sendiri." katanya ketika ditemui Harian Metro pada malam anugerah FFAP itu.
Lakonan mantap Azira dalam filem seram, Indera arahan Woo Ming Jin membolehkan dia memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sekali gus mengatasi saingan karya rantau Asia lain. Mengenai lakonan lagi, Azira juga anggota kumpulan De Fam menjelaskan sememangnya ia menjadi minat utama sejak dulu lagi. "Sebelum menyanyi dengan De Fam lagi saya memang sudah simpan hasrat jadi pelakon tetapi saya menyerlah dengan De Fam dari situ saya guna peluang itu untuk berlakon dan pada masa sama terbabit sebagai penyanyi. "Alhamdulillah saya rasa penat lelah itu berbaloi. Saya harap banyak lagi peluang-peluang yang akan diperolehi," katanya yang mahu mengembangkan bakat ke luar negara seperti ke Indonesia. Aktres jelita itu melakar sejarah dalam karier lakonannya buat kali kedua diiktiraf di peringkat Asia selepas menjulang trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) tahun lalu. Azira mengakui cabaran besar membawakan watak dalam filem Indera serta berjaya mewujudkan keserasian yang baik bersama pelakon seperti Shaheizy Sam. "Filem ini menjalani penggambaran ketika pandemik. Alhamdulillah saya berjaya membentuk keserasian yang baik bersama pengarah dan pelakon. "Filem ini menampilkan sisi berbeza dan memerlukan emosi serta ekspresi yang cukup kuat berbanding dalam mana-mana filem lakonan saya sebelum ini," katanya. SUMBER: – Harian Metro |
hokeypokey replied at 2-12-2024 06:01 PM
comel azira gambar kt atas tu.. dh mcm muka leona
bambimo replied at 2-12-2024 06:37 PM
Jap Indera tu aku xpernah tau citer tu..tp azira lepas kurus ni nmpak muda plak
ekselen replied at 2-12-2024 08:00 PM
iols lak nampak cam bcl
missyL replied at 2-12-2024 07:29 PM
Comey plk
Nmpk cm jen tiktokers Indonesia yg laki mati excident tu
Shayang replied at 2-12-2024 08:11 PM
Tak tayang kat Malaysia lagi
Baca pasal filem ni menarik gak
bambimo replied at 3-12-2024 12:04 AM
Tenkiu U bg info
I ingt kan dh keluar..tp sendu
Pelik gak takkan movie Sam berlakon sendu..
ADVERTISEMENT