CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Hadir majlis ilmu terapi diri’ – Aprena berjubah, bertudung labuh

6-12-2024 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33598| Komen: 8

 


Biarpun dikritik dek penampilan tidak bertudung sejak akhir-akhir ini, pelakon Aprena Manrose mencuri perhatian ramai apabila hadir ke sebuah majlis ilmu mengenakan baju jubah dan bertudung labuh.

Berkongsi momen tersebut, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menyifatkan majlis ilmu adalah tempat untuk dia merawat diri.

“Menghadiri ke majlis ilmu adalah satu terapi diri, cubalah,” katanya.

Rata-rata netizen mengharapkan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu dapat terus istiqamah dalam urusan menutup aurat.

“Tetapkan diri tutup aurat adalah wajib dan perintah Allah, kuatkan semangat okey,” kata netizen.

“Semoga awak terus kuatkan hati ya, bukan mudah tetapi awak boleh,” ujar peminat.


Dalam majlis ilmu yang dihadiri rakan selebriti lain seperti Nora Danish, Nadiyah Shahab, Kaka Azraff, Syatilla Melvin dan Nelydia Senrose membincangkan topik berkaitan wanita dalam al-Quran.

Sebelum ini anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan itu memulakan usaha bertudung ketika Ramadan 2021 dan mengambil keputusan kekal dengan penampilan tersebut tidak lama kemudian. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 6-12-2024 08:11 PM
I pun suka pergi usrah. Especially usrah yang dikelolakan oleh datin2 dan puan2 sri. Usrah kejap je, makan2 yang lama. Sedap-sedap semuanya.
Quote Minami2013 6-12-2024 08:39 PM
Ok, baru dpt bezakan aprena dgn oktovia.
Quote I.K.A888990 6-12-2024 08:42 PM
eh wanna ali ek yg tu. lawa pulak dia kat bali tu
rapat jugak ek dorang selalu tgk lepak sama2
Quote blekkep 6-12-2024 08:59 PM
Zeatyisaac replied at 6-12-2024 08:11 PM
I pun suka pergi usrah. Especially usrah yang dikelolakan oleh datin2 dan puan2 sri. Usrah kejap je, ...

hahaha betul
Quote Buritan 6-12-2024 09:27 PM
blekkep replied at 6-12-2024 08:59 PM
hahaha betul

Satu lg.. tak leh sentuh tutup aurat..
Quote aavakateimani 7-12-2024 07:16 AM
sapo pulek ni
Quote aavakateimani 7-12-2024 07:16 AM
cantik topi
Quote suri33 8-12-2024 04:18 PM
Yolah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.088453 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top