CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang tak sangka trofi ini milik saya – Elizabeth Tan

8-12-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38422| Komen: 19

 


Kejayaan meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) melonjakkan harapan aktres Elizabeth Tan untuk memegang watak utama dalam filem pada masa akan datang.

Menurut Elizabeth, 31, tawaran memegang peranan utama adalah impiannya sejak menjejakkan dunia lakonan namun mengakui faktor perbezaan bangsa antara penghalang besar dirinya memegang watak sebegitu ketika ini.

“Apa lagi saya nak? Pastinya tawaran lakonan sebagai pelakon utama wanita dalam mana-mana filem.

“Saya sedar mungkin agak sukar untuk mendapatnya sebab berbangsa Cina dan berada dalam industri filem Melayu, tetapi siapa tahu rezeki itu akan hadir?” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Gembira dengan anugerah yang diraihnya, pelantun lagu Police Entry itu bersyukur kerja kerasnya menerusi watak antagonis dalam filem Sheriff: Narko Integriti diiktiraf di FFM33.


Dalam masa sama, dia akan terus hadir ke kelas lakonan bagi memperbaiki kelemahan diri sebagai seorang pelakon.

“Ketika lihat nama tercalon sebagai finalis pun saya rasa seperti sudah menang. Memang tak sangka trofi ini menjadi milik saya.

“Saya masih ada kekurangan dan akan masuk kelas lakonan untuk terus belajar sekali gus memantapkan kualiti diri.

“Saya bukan jenis individu yang anggap diri sendiri sudah hebat selepas memenangi trofi,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi kategori sama, Elizabeth menewaskan empat lagi finalis iaitu Nadiya Nisaa (Imaginur), Pauline Tan (Rain Town), Remob Lim (Victims) dan Angeline Tan (Duan Nago Bogho).


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 9-12-2024 07:02 AM
Lawa Elizabeth.









Tahniah!!!!

From me
Lily Elizabeth.
Quote Rogue98 9-12-2024 07:52 AM
Suka tengok Elizabeth Tan. Tak sangka dah 31 tahun.
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:28 AM
tahniah kaka
Quote aavakateimani 9-12-2024 08:28 AM
cantiknya rambut
Quote Gigi_Comel 9-12-2024 11:12 AM
Wow dia dah Jadi pelakon… siap menang anugerah FFM pula tu… pelakon yang dah lama pun Tak mampu nak menang kat FFM ni
Quote Fly_over 9-12-2024 11:33 AM
Gigi_Comel replied at 9-12-2024 11:12 AM
Wow dia dah Jadi pelakon… siap menang anugerah FFM pula tu… pelakon yang dah lama pun Tak mampu na ...

tu ah.. cepat gak dia ni dpt award FFM. tahniah lizzy
Quote hokeypokey 9-12-2024 12:24 PM
tahniah lizzy
Quote mergastua 9-12-2024 12:40 PM
tahniah .. comel
Quote Hoola 9-12-2024 01:32 PM
la ni jg musim asal penynyi terjun ke lakonan dpt award ya
lizzie dan azrinaz ke apa nama dak de fam

sesungguhnya sapa ada bakat seni tu, serlahkannn
gitewwww

kunrgkn kontroversi, berdiri atas bakat sendiri gituhhhh
Quote noor2 9-12-2024 01:49 PM
Tahniah walau akak mmg x tgk filem2 melayu, cina,  Korea, hindi,  indon, spain
Quote sukanyanyi 9-12-2024 01:52 PM
Tahniah, lizi. Belom rezeki anak tp rezeki award. Good for yah
Quote sukanyanyi 9-12-2024 01:55 PM
Hoola replied at 9-12-2024 01:32 PM
la ni jg musim asal penynyi terjun ke lakonan dpt award ya
lizzie dan azrinaz ke apa nama dak de fam ...

Azira, chuols.. azira+shafinaz uols gabung jd azrinaz ye? haah tula, dua2 penyanyi yg jd pelakon menang dlm tahun yg sama..
Quote Hoola 9-12-2024 02:50 PM
sukanyanyi replied at 9-12-2024 01:55 PM
Azira, chuols.. azira+shafinaz uols gabung jd azrinaz ye?  haah tula, dua2 penyanyi yg jd pel ...

kihkihkihhhhh
azira+shanaaz xjd kot opsssss..tu psl trus munyik azrinaz gituhhh
maafkan achik
kihkihhhhhhh
Quote noah8670 9-12-2024 07:31 PM
tahniah
Quote heythere123 9-12-2024 08:59 PM
hebat jugak sheols dapat kalahkan Nadiya Nisa
Quote heythere123 9-12-2024 09:00 PM
Hoola replied at 9-12-2024 01:32 PM
la ni jg musim asal penynyi terjun ke lakonan dpt award ya
lizzie dan azrinaz ke apa nama dak de fam ...

dua2 bagus, fokus untuk improve lakonan. Bukan bergantung kepada gosip murahan macam BBNU sekarang.
Quote awenda507 9-12-2024 10:25 PM
Congrats lizzy
Quote burberry99 9-12-2024 10:40 PM
cerita apa jer dia berlakon
Quote A-Are 10-12-2024 03:31 PM
banyak je dia berlakon...not bad juga...elokla untuk meramaikan lg non malay mewarnai industri hiburan tanah air...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049898 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top