CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Dipercayai Selepas Jalani Tiga Sesi Urutan

9-12-2024 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36498| Komen: 13

 


Seorang penyanyi wanita dilaporkan maut dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan leher di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand.

Mangsa yang dikenali sebagai Chayada Prao-hom berusia 20 tahun itu meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Udon Thani akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak.

Menurut teman lelaki mangsa, dia telah membawa kekasihnya ke kedai urut selepas wanita itu mengadu sakit belakang, pada 5 Oktober lalu. Namun selepas mendapatkan urutan sesi pertama, dia mengadu separuh badannya merasa kebas dan lengan kirinya tidak boleh digerakkan.

Keadaan bertambah parah selepas urutan sesi kedua, keseluruhan tubuh badannya tidak dapat digerakkan dan kepalanya mula sakit sehingga dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit.

Pada sesi terakhir, mangsa mengadu tangannya lebam serta bengkak dan situasi itu berlarutan selama seminggu. Malah rasa kebas pada tubuh badannya itu juga telah merebak ke bahagian dada sehingga mengakibatkan badannya lemah sebelum disahkan meninggal dunia.


Teman lelaki mangsa berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang susulan kematian kekasihnya itu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Arkom Praditsuwan, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menyemak sama ada pusat urut tersebut memiliki lesen dan mematuhi piawaian urut tradisional Thai.

Sumber: Bangkok Post, OhBulan


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 9-12-2024 07:28 PM
ni jenis urut letup tulang rangup rangup tu ke
Quote bintangct 10-12-2024 07:13 AM
ke ada unsur² sihir?
Quote nisako 10-12-2024 08:44 AM
adui takut pulak
Quote BoongaKertas 10-12-2024 09:56 AM
hat ni yg buat meols seram sbnrnye nak try tmpt letup2 tulang tu. eee, serammmm. nak urut pun lg lah seram.
Quote BungaKencana 10-12-2024 09:59 AM
ngeri
Quote MadameOnion 10-12-2024 10:04 AM
ni urut krak krak kot...oooiii bahaya la
Quote Mekpah2 10-12-2024 04:19 PM
sebelum mengurut mmg dh sakit belakang..lepas urut jd makin teruk..tp pegi lagi sampai 3 sesi..
patut lepas urut pertama jd makin sakit tu stop lar..xyah urut dh..pegi hospital pulak..
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:53 AM
patah kah
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:53 AM
takziah
Quote makita 11-12-2024 09:16 PM
BoongaKertas replied at 10-12-2024 09:56 AM
hat ni yg buat meols seram sbnrnye nak try tmpt letup2 tulang tu. eee, serammmm. nak urut pun lg lah ...

Pnh tgok tak bideo sorg mcik ni urut2 letup2 tu la. Tiap kali letup, mata mcik tu melilau ke atas dlm 10 saat, mcm cari roh yg dah terbang. Patu mcik tu senyum, mcm suka la tu roh dah kembali. Hahaha yg tu mmg seram. Setiap letupan roh mcik tu mcm terbang kejap.
Quote sayawifenikmie 12-12-2024 01:29 AM
tapi dia mati sebab jangkitan darah
apa kaitan jangitan darag dengan urutan ?
Quote BoongaKertas 12-12-2024 08:01 AM
makita replied at 11-12-2024 01:16 PM
Pnh tgok tak bideo sorg mcik ni urut2 letup2 tu la. Tiap kali letup, mata mcik tu melilau ke atas  ...

mkcik tu pakai tudung eh chuols? hahaha! iols memula tu kelakar tgk vid tu. tp bila news mcm ni, terus iols jd trauma tgk vid acik tu.
Quote pisanggoreng 12-12-2024 08:03 PM
Screenshot_20241212_200053_Chrome.jpg

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.125345 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top