CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peraga kemewahan tetapi enggan bayar hutang Mara – Asyraf Wajdi

10-12-2024 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37971| Komen: 27

 


SEREMBAN – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki membidas tindakan sesetengah peminjam institusi itu yang dilihat sengaja tidak mahu membayar pinjaman tetapi memperagakan kemewahan.

Asyraf berkata, pihak Mara tidak pernah memilih bulu sebaliknya mengambil pendekatan berunding dan prinsip ihsan kepada sesiapa yang bermasalah dalam melangsaikan hutang pinjaman.

“Saya tiada kuasa untuk melupuskan apa jua pinjaman. Tetapi kalau ada masalah datang jumpa (pihak Mara).

“Jangan pula ada masalah atau tidak ada masalah sengaja tak nak bayar tetapi memperagakan kemewahan, jadi ini saya rasa tidak adil bagi semua pihak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Asyraf Wajdi mengulas laporan media mengenai rumah pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya yang diserbu pegawai Mara susulan kegagalannya membayar pinjaman berjumlah RM1 juta.


Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Tren SCS Class 92 Projek Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) dan Perjanjian Kolaborasi di antara M Rail Technics (Railtec) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Depoh EMU KTMB di sini yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas Asyraf Wajdi, tindakan mahkamah dan perundangan adalah tindakan terakhir yang harus diambil bagi memastikan setiap sen wang rakyat dipulangkan.

SUMBER: KOSMO! ONLINE
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delia3003 10-12-2024 11:11 PM
Dah kenapa I rasa umur Che Ta macam tak bergerak², 51 tahun.
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:37 AM
kaya ke? hari2 jual prelove
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:39 AM
org yg btl2 kaya xmenunjuk pun
Quote Sazreena 11-12-2024 07:51 AM
Kaya ke kayap...
Quote kemaruk 11-12-2024 09:13 AM
Bermewah guna duit hutang

Tak malu ke
Quote belilies 11-12-2024 04:10 PM
Iols sorg je ke nampak reporter tu pakai spek versace?
Quote hokeypokey 11-12-2024 04:13 PM
amboiii mengata cikta, sentap ratu istana kodiang tu satgi.. tapi takpa, cikta ada laki mix boleh tlg pujuk..  
Quote hokeypokey 11-12-2024 04:16 PM
belilies replied at 11-12-2024 04:10 PM
Iols sorg je ke nampak reporter tu pakai spek versace?

iols scroll balik tgk gambar baru perasan!!! hahaha
takpa, dia beli pakai duit gaji, tadak hutang mara mcm cikta..
Quote hayrin86 11-12-2024 04:30 PM
kemaruk replied at 11-12-2024 09:13 AM
Bermewah guna duit hutang

Tak malu ke

Hutang ke, tidak hutang yakni tunai ke, tidak perlu la sampai menunjuk-nunjuk..

Quote silance 11-12-2024 05:53 PM
Baguslah AW, nampak ada buat kerja untuk Mara. Keep it up. Biar ramai lagi akan terkejut.
Quote belilies 11-12-2024 06:07 PM
hokeypokey replied at 11-12-2024 04:16 PM
iols scroll balik tgk gambar baru perasan!!! hahaha
takpa, dia beli pakai duit gaji, tadak hutang  ...

Haha saja nak meriahkan benang ni. Nekta ni padan muka suka meriak last2 berhutang. Patutlah istana kokdiang reno postponed banyak kali
Quote terma2nkondisi2 11-12-2024 06:17 PM
belilies replied at 11-12-2024 04:10 PM
Iols sorg je ke nampak reporter tu pakai spek versace?

sungguh cekap skill dia sbg seorg reporter.. kelihatan bersahaja dia memegang mikrofon gedabak dan fon guna satu tangan

pandangan asyraf wajdi sungguh tajam dan tepat ke arah muka wartawan tu.. nampak sungguh bersemangat asyraf wajdi nak bercerita tentang isu ni


Quote Kitty_catz 11-12-2024 06:22 PM
Laju serap wajdi buat kerojer.. haptodet
Quote hokeypokey 11-12-2024 07:22 PM
belilies replied at 11-12-2024 06:07 PM
Haha saja nak meriahkan benang ni. Nekta ni padan muka suka meriak last2 berhutang. Patutlah istan ...

cikta kecik2 banyak berangan nk jadi puteri or permaisuri..tu pasal hidup nk sentiasa glamorous bling bling.. tgk la dia hias diri dan si ecah tu meriah sungguh.. silapnya dia kawen zain, dia kena kawen koman2 pun millionaire..
Quote green~tea 11-12-2024 07:38 PM
Referring to many .. hahahahh

Tu la berhutang tak beringat
Quote kakikuDibibirmu 11-12-2024 07:42 PM
adam sokong bukit che ta

alif, ba, ta, sa, jim, ha, kho, dal, zal, ro, zi, ta, che, wan
Quote vespa_oren 11-12-2024 07:49 PM
Benda plg susah ialah nk downgrade hidup,
Quote belilies 11-12-2024 09:34 PM
hokeypokey replied at 11-12-2024 07:22 PM
cikta kecik2 banyak berangan nk jadi puteri or permaisuri..tu pasal hidup nk sentiasa glamorous bl ...

Teringat dulu sheols pernah bangga kejap kawen ngan zain sbb heols bujang walopun muda. Masa tu kecoh tatau retis mana yg skandal kene rampas
Quote ninja boy 11-12-2024 09:43 PM
Edited by ninja boy at 11-12-2024 09:45 PM

Mmg semua disogok sejak kecil pengaruh cartoon tv berangan jadi puteri macam cindrella miskin nak kawen anak raja. Retis all nd vida faz che ta etc mmg zaman  kanak2 korang ada mainan pakai2 baju patung kertas, puteri2 pakai mahkota dan barang kemas, puteri2 style rambut macam2 fesyen koleksi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.039469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top