CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Ebit Lew: 'Saya betul-betul dipengaruhi dia ketika beri gambar tanpa kerelaan' - Saksi

10-12-2024 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 45736| Komen: 23

 


TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, mengenai gangguan seksual pendakwah itu pada April 2021 namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.

Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu, yang juga saksi pendakwaan kesembilan dan pengadu dalam kes berkenaan, berkata beliau kemudian nekad membuat laporan polis pada Ogos tahun sama dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan selepas berita gangguan seksual seorang pendakwah terkenal yang mengaitkan nama Ebit Lew tersebar sekitar Julai.

Beliau memaklumkan demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Saksi itu juga memberi penjelasan mengenai jawapan 'tidak setuju' kepada soalan peguam Datuk Ram Singh sebelum ini yang mencadangkan bahawa tujuan beliau membuat laporan polis adalah untuk kepentingan dirinya.


"Saya tidak setuju sebab saya betul-betul dipengaruhi oleh dia semasa memberi gambar tanpa kerelaan dan saya membuat laporan bukan untuk kepentingan diri saya," katanya.

Saksi juga berkata, beliau tidak meminta semula gambar yang diberikannya kerana berpendapat Ebit Lew tidak menyimpan gambar tersebut.

Wanita itu berkata, beliau membalas mesej Ebit Lew dengan nada main-main kerana pada awalnya beranggapan tertuduh adalah seorang ustaz dan pendakwah yang baik.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada wanita itu melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 15 hingga 17 Januari depan.


SUMBER: - BERNAMA
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 11-12-2024 12:04 AM
Katenye kuat sex.
Quote dua_chzy 11-12-2024 12:05 AM
Dah bodoh kan. Dah tua masih kena manipulate.
Quote dua_chzy 11-12-2024 12:06 AM
Mesti terpaksa dalam rela bagi gambo sebab tanak offend bebird lewd tu tanak he putuskan skandal.
Quote tumpanglalu74 11-12-2024 12:09 AM
B40tastePosh replied at 11-12-2024 12:04 AM
Katenye kuat sex.

Ya ampornnn..  Zantan keledek ni?
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:28 AM
pendapat org ramai tu penting ke?
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:29 AM
ckp jelah awal2 ko seronok
Quote Purplehaz 11-12-2024 11:24 AM
Lama betol Kes dia ni..bila la nk khatam kedlm
Quote BungaKencana 11-12-2024 11:26 AM
knp kes dia ni lama eh... Azman Shah sekejap je da settle
Quote honam 11-12-2024 11:48 AM
BungaKencana replied at 11-12-2024 11:26 AM
knp kes dia ni lama eh... Azman Shah sekejap je da settle

bagi memastikan hukuman hanya dijatuhkan kepada yang betul2 bersalah sahaja
Quote kucingitam 11-12-2024 12:17 PM
BungaKencana replied at 11-12-2024 11:26 AM
knp kes dia ni lama eh... Azman Shah sekejap je da settle

azman tu dia mengaku salah, memang cepat la selesai.
Quote plywood 11-12-2024 12:47 PM
Tuduhan menghantar mesej dan gambar lucha.. seperti susah nak lekat, sebab nampaknya ada persetujuan untuk membuat hubungan tanpa paksaan..

jika isu dan tuduhan spt kenapa terancam bila dah melalui fasa romance, isunya ada disitu dan terbukti ebit memang lakukan.. maka mungkin ebit akan kena juga, itu pun jika ada asas undang-undang...

ada tak undang-undang yang jelas menyatakan menghantar gambar lucha dihukum walau dengan kerelaan atau tanpa kerelaan?  spt undang2 liwat, kalau ada ini mungkin boleh guna..

..tetapi samada ebit kena atau tak... sekarang ni, ebit nampaknya dah ambil identiti seorang lelaki biasa yang telah melakukan sesuatu yang tak sesuai dengan mereka yg ada latarbelakang agama... sbb mcm mana nak defend gambar atau video dia tu

Identiti spt imej islamik, pendakwah, ustaz, penderma etc spt dahulu.. dah hancur lebur, bahkan perniagaan yg diasaskan dengan imej islamik sendiri pun hancur... dan perbuatannya juga telah mencemarkan kepada imej islam sendiri... tak tau dia kan kembali dgn imej serupa nanti
Quote makita 11-12-2024 12:55 PM
Tu lah byk masa sgt kan sampai buang masa melayan setad. Mesti lah dah tersyok kat yebit..xyah la pusing2. Baik pi potong ibu jari utk elakkan terhantar gambar bugil. Org lain ada hp ko nak ada hp. Org lain guna hp dpt hasil.
Quote selipar_hijau 11-12-2024 01:06 PM
rela bagi apa saja demi seorg ustat
mesti bangga dia ada no hp ebit liaww
Quote cantthinkofany 11-12-2024 01:11 PM
Edited by cantthinkofany at 11-12-2024 01:17 PM

ni la sbb utama nape mangsa wanita malas nak buat aduan....hujung2 akan dikatakan ko yg menggatal...pastu nak salahkan lelaki....

mmg kalau benda2 mcm ni berlaku....confirm orang akan salahkan perempuan....ko yg goda...ko yg melayan....ko yg itu...ko yg ini....
bukan semua manusia senang nak kata tidak....bukan semua manusia senang nak ignore....yes....perempuan yg punya jati diri and kuat mental....mmg boleh je bolayan...boleh je say NO....but not all perempuan ada semangat yg kuat utk mengatakan tidak...jangan....tak boleh....gi mampus la ko....NO....not every woman have that strength....kekuatan itu bukan semua wanita ada....

now...when she finally have the courage to say it out....bila sudah timbul keberanian utk berterus terang....bukan pertolongan yg dihulurkan...bukan support yg diberi...bkn kata2 semangat agar dia terus kuat....lagi di kutuk...lagi dikeji...lagi dhina sebab lemah...sbb tak melawan....
Quote hokeypokey 11-12-2024 04:11 PM
pengaruh yg macam mana tu? ugut?? pukau?? pujuk rayu nanges2 sampai meleleh hingus?? berita kurang jelas..
Quote black_handbag 11-12-2024 04:13 PM
iols pelik pentaksub yebit lew ni boleh kata heols ni difitnah

takkan ramai sgt mangsa tampil ke depan kalau fitnah?
Quote jazaa100 11-12-2024 04:37 PM
Kau pun sama menggedik melayannn....
Cer dari awal jgn layan....
Quote Akalditipumata 12-12-2024 12:22 AM
Awal2 dh gelap mata tgk setat ebiliuuu..ms Tu tgh dijulang2.. nk cuba nasib myondol untung2 blh jd no 2.. logik ke smpai blh hntr gmbr bogel sndiri.. keputusan sndiri kot.. tgn sndiri yg ambil n tekan button send. Pasto nk kata laki memujuk rayu smpai ko terlayu.. eh.
Quote gideoncross 12-12-2024 01:55 AM

Yg ni btul lol

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.039683 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top