CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KEMAS tak naikkan yuran TASKA, TABIKA tahun depan

10-12-2024 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44946| Komen: 20

 


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan tiada kenaikan yuran membabitkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup yang didepani masyarakat ketika ini.

"KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

"Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat," katanya.

KEMAS turut memaklumkan, kenyataan itu dibuat susulan kebimbangan masyarakat terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS berikutan laporan berita bertajuk 'Yuran taska dan tadika meningkat hingga 25 peratus'.


"Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.

"Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak," katanya.

BH sebelum ini melaporkan beberapa persatuan yang menaungi pengusaha tadika di Johor iaitu Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan masing-masing sekitar 20 hingga 25 peratus tahun depan.

Katanya, keputusan itu dibuat kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi semasa, selain berikutan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

SUMBER: - Berita Harian
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 11-12-2024 06:26 AM
bukan pandai pun belajar kat kemas
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:27 AM
naik jelah sama je
Quote orkid_amani 11-12-2024 01:11 PM
Aii hantaq ank p Kemas umo 4y dia belajaq urus diri sendiri - mcmna p toilet, bukak sluar kalih seluar pakai sendiri pentot lepas habis p toilet..cuci tgn..w/pun dah training kat rumah tp dekat rumah ibu tetap kena tunggu depan pintu toilet..dekat sekolah boleh semua buat sendiri..bagus dengaq arahan & cakap cikgu. Tak berebut mainan..kalau kat rumah asik berebut ja dgn abg kakak. Pandai menyanyi2 menari. Kenai huruf dah boleh membaca..cuma bab tulis tu kurang sikit laa..kena improve lg..bila tulis asik tebalik jaa huruf
Quote lanacondor 11-12-2024 04:45 PM
Majority kita2 ni lulusan tadika kemas. Alhamdulillah la jadi org jugak sebelum wujudnya tadika2 lain.
Quote Akalditipumata 12-12-2024 12:16 AM
Kemas ni tadika dia byk atvt.. mcm pjbt2 gomen.. Dr awl tahun smpai hujung tahun.. seronok tgk. Bab pembelajaran iolzz xthu.. ade yg kata ok.. ade yg kata xok..
Quote Weller 12-12-2024 11:13 AM
Akalditipumata replied at 12-12-2024 12:16 AM
Kemas ni tadika dia byk atvt.. mcm pjbt2 gomen.. Dr awl tahun smpai hujung tahun.. seronok tgk. Bab  ...

tengok sapa yang uruskan la...


kalau boss ok, perform budaknya


kalau boss ko, hampeh la budaknya



huhuhu
Quote akies 12-12-2024 11:28 AM
Oklah tu tk naikan yuran.
Cuba kalau naik 10% mcm tadika swasta lain mahu
bising parents lain
Quote johan-adx 12-12-2024 11:49 AM
aavakateimani replied at 11-12-2024 06:26 AM
bukan pandai pun belajar kat kemas

org pegi srh belajar..klu tdo je mmg la tak pandai
Quote syamzana 12-12-2024 12:00 PM
ok la tu tak naik...
sng hati parents yg anto anak kat situ
Quote Akalditipumata 12-12-2024 09:18 PM
Weller replied at 12-12-2024 11:13 AM
tengok sapa yang uruskan la...



Iye.. itula.. tp sush nk masuk.. kne ade cable jgk.. hahaha tadika pn pkai cable..
Quote che_yatt 13-12-2024 07:56 AM
Kemas patut diperbanyakkan lagi di bandar-bandar sebab kesian la makbapak yang gaji x tinggi kena hantar ke tadika swasta yang harga mahal
Quote midori888 13-12-2024 08:10 AM
orkid_amani replied at 11-12-2024 01:11 PM
Aii hantaq ank p Kemas umo 4y dia belajaq urus diri sendiri - mcmna p toilet, bukak sluar kalih selu ...

bagus anak you...dulu2 ada jer kawan2 meols hantar anak2 diorg tadika kemas...dah besar nie elok jer anak2 diorg..dari pemerhatian meols, budak 4-5 tahun tu biar dia main jer kat tadika dulu, belajar nie skit2 sudah asal tau basic...
Quote orkid_amani 13-12-2024 05:37 PM
midori888 replied at 13-12-2024 08:10 AM
bagus anak you...dulu2 ada jer kawan2 meols hantar anak2 diorg tadika kemas...dah besar nie elok j ...

Best Kemas sini..makanan sedap..tiap2 bulan ada xtvt..ank aii suka..kalau dok rmah mmg xla nk belajaq dgn ibu dia ni. Hantaq p Kemas elok pulak menulis mewarna membaca..rezeki ank aii gak dapat prasekolah 5y biasa utk 6y..senang skali harung ja ambik tahun depan
Quote orkid_amani 13-12-2024 05:41 PM
Akalditipumata replied at 12-12-2024 09:18 PM
Iye.. itula.. tp sush nk masuk.. kne ade cable jgk.. hahaha tadika pn pkai cable..

Tak laa yuu..p ja tadika tu ambik borang bulan10..hantaq cepat2 borang..tadika 1kelas limit 25 org.. kalau ramai bukak kelas pg ptg. Tempat yg aii hantaq ank aii tu pg 2kelas full..ank aii masuk kelas ptg
Quote vespa_oren 13-12-2024 05:58 PM
Hri tu mohon pra tpi xdpt sbb isteri aku x hntr borang biarpun dh isi online, padahal cikgu dia dh jumpa aku ckp suro hntr borang, nie tadika cikgu suro hntr borang minggu depan last,
Quote Akalditipumata 13-12-2024 06:32 PM
orkid_amani replied at 13-12-2024 05:41 PM
Tak laa yuu..p ja tadika tu ambik borang bulan10..hantaq cepat2 borang..tadika 1kelas limit 25 org ...

Sini ade pg je xde pg ptg.. ade yg kata kne amik borang awal tahun hntr terus.. iolz xpnh lg la amik borang.. sbb baru nk try tanya teacher kata dh penuh..
Quote orkid_amani 14-12-2024 11:57 AM
Akalditipumata replied at 13-12-2024 06:32 PM
Sini ade pg je xde pg ptg.. ade yg kata kne amik borang awal tahun hntr terus.. iolz xpnh lg la am ...

Kemas open hujung tahun bulan10 yuu tp keputusan dia keluar lewat sikit dari prasekolah..tp kalau yuu rajin p bisik2 tanya cikgu & pembantu murid bulan8 tuu dah open utk internal..maksudnya cikgu bg borang utk murid sedia ada yg nak sambung lg next year.
Quote otai_g 14-12-2024 12:15 PM
Aku adalah antara alumni tadika kemas ni. Nowadays tgk yuran tadika swasta migrain bang.
Quote jari10 14-12-2024 12:59 PM
aavakateimani replied at 11-12-2024 06:26 AM
bukan pandai pun belajar kat kemas

Tak pandai apa?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.181418 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top