CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025

12-12-2024 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22499| Komen: 5

 


KUALA LUMPUR: Pembukaan semula Kedutaan Besar Denmark di Malaysia menandakan satu peristiwa penting dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya ketika Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Menteri Luar Denmark, Lars Løkke Rasmussen.

Bercakap kepada pemberita pada majlis resepsi yang dihoskan oleh Duta Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangkilde Berner, Rasmussen menekankan kepentingan ASEAN yang semakin meningkat sebagai sebuah blok untuk Eropah serta peranan global yang terus dimainkan oleh Malaysia.

Menurut beliau, Malaysia adalah "pengeksport utama semikonduktor dan bahan mentah ke Eropah," dan oleh itu "Denmark memerlukan rakan kongsi yang dipercayai di seluruh dunia."

Beliau menyatakan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Denmark dan Malaysia yang bermula sejak kemerdekaan Malaysia.

“Kami telah menikmati hubungan yang kukuh selama beberapa dekad. Malaysia adalah sebuah negara yang menarik untuk pelaburan dan mengeratkan hubungan," katanya.

Rasmussen turut menyatakan harapannya bahawa "Denmark boleh membuka semula rundingan perdagangan bebas dengan Malaysia, memandangkan terdapat potensi yang sangat besar."

Menteri itu menegaskan komitmen Denmark untuk meningkatkan kerjasama dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia tahun depan, memanfaatkan peranan Denmark sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan ahli aktif Kesatuan Eropah.

“Kami mahu memupuk lebih banyak kerjasama menang-menang dengan ASEAN,” katanya.

Rasmussen kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia yang bermula Selasa, lawatan pertamanya sejak memegang jawatan itu pada Disember 2022.

Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.

Sementara itu, Duta Berner menggariskan hasrat Denmark untuk memperkenalkan teknologi canggih negara itu dalam inovasi hijau, pengurusan sisa, kecekapan tenaga dan amalan bangunan mampan di Malaysia.

Kementerian Luar Malaysia yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa antara Januari dan Oktober 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Denmark meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada RM2.19 bilion (AS$1=RM4.42) berbanding tempoh sama pada 2023.

Malaysia juga menempatkan lebih 100 syarikat dari Denmark, dengan nilai pelaburan melebihi RM2.2 bilion dalam bidang pembuatan sehingga Jun 2024 yang mewujudkan 5,024 peluang pekerjaan. 

SUMBER: BERNAMA, AstroAwani
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 12-12-2024 10:05 AM
sedap nama dia
Quote aavakateimani 12-12-2024 10:06 AM
jg x terbalik kat sini
Quote mrsamz 12-12-2024 10:17 AM
dulu tutup pasai paa
Quote IvyGorgon 12-12-2024 11:36 AM

Sebab alasannya 'lack of reciprocity'
Quote nisako 12-12-2024 12:12 PM
oooo

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.040793 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top