CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 Pertuduhan Rasuah VLN: Tiada Bukti Terlibat, Ahmad Zahid Kekal Dilepaskan Dan Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan

12-12-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39470| Komen: 31

 


PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkam bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.

“Setelah AGC menarik balik rayuan-rayuan terhadap responden, dengan ini mahkamah membatalkan rayuan,” katanya yang bersidang bersama hakim-hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Terdahulu sebelum memaklumkan untuk menarik balik rayuan, Yusaini memberitahu pendakwaan mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa responden (Ahmad Zahid) telah menggunakan jawatannya secara langsung untuk menganugerahkan kontrak-kontrak yang menjadi subjek dalam perbicaraan ini.


Ujar beliau, keterangan menunjukkan kontrak-kontrak tersebut telah dianugerahkan sebelum responden (Ahmad Zahid) menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan situsi itu menidakkan kewujudan peluang dan atau ruang untuk Ahmad Zahid menyalahgunakan kuasanya.

Sementara itu, dalam isu lain, Yusaini berkata, lejer yang direkodkan oleh saksi pendakwaan ke-17 (SP17) turut menunjukkan terdapat pelbagai transaksi kewangan melibatkan nama-nama ramai individu, namun tiada rekod menunjukkan transaksi-transaksi atau individu-individu ini telah disiasat sepanjang kes ini berlangsung.

“Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan terdapat kelompangan serius dalam rantaian keterangan kes ini. Setelah mempertimbangkan representasi-representasi dan mengambilkira dapatan-dapatan fakta Hakim Bicara (Mahkamah Tinggi Shah Alam) AGC mendapati terdapat asas undang-undang dan fakta yang kukuh untuk mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (lepas dan bebas). Sehubungan itu, AGC menarik balik kesemua rayuan yang difailkan di sini,” kata Yusaini.

Selain Yusani, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob serta Zander Lim Wai Keong.

Semasa prosiding diwakili peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid, yang kini Timbalan Perdana Menteri, daripada semua pertuduhan itu selepas memutuskan bahawa pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Ahmad Zahid kemudian mengemukakan representasi pertama kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Januari 2023, manakala representasi kedua pada Februari tahun ini untuk pertimbangan AGC untuk tidak meneruskan rayuannya.

Ahmad Zahid menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Beliau juga memohon dibicarakan terhadap 33 pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu didakwa atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri atas tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD$13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 dan 2017.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SGD$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan USD$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sama antara Jun 2015 dan Oktober 2017. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 12-12-2024 02:59 PM
"TERIMA KASIH TRIPLEID & THE GANG"- Wak Lu....
Quote Belibis 12-12-2024 03:09 PM
Itulah harga perjuangan bersama dap.
Hidup israhell..hidup israhell.
Quote zorrro_03 12-12-2024 03:39 PM
bersih kepala setan kau lah...
Quote MissYouSayang 12-12-2024 03:43 PM
Mesti macai bapok tua aka nuart talak belani masuk sini meh
Quote tripleid 12-12-2024 03:59 PM
Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan


Oh, rupanya Wak Jaid mmg x bersalah lah selama ni sbb dia mmg dah dibebaskan pertuduhan tu sejak zmn gomen tebok atap  lagi..Wak Jaid dpt dnaa kes terambik duit yayasan dia sendiri tu kemain walaun menyalak mcm anjing kurap yer.siann...

Screenshot_2024-09-26-15-19-04-664_com.opera.browser-edit.jpg
Quote terma2nkondisi2 12-12-2024 04:09 PM
walanon tengah cergas post di semua tred berita ni bagi nak menang naratif
Quote tripleid 12-12-2024 04:13 PM
Skuau replied at 12-12-2024 02:59 PM
"TERIMA KASIH TRIPLEID & THE GANG"- Wak Lu....

Tak payah nak terima kasih kat Walanon...wak jahit mmg dah dibebaskan pun dari semua 40 pertuduhan tu sejak zaman gomen tebok atap 33bulan..masa tu Nuar blom jadi pmx lagi..
Quote adiputras 12-12-2024 05:15 PM
Hati² musim tengkujuh ni takut² ramai yg kena panah petir......
Quote slavehunter 12-12-2024 06:39 PM
tripleid replied at 12-12-2024 04:13 PM
Tak payah nak terima kasih kat Walanon...wak jahit mmg dah dibebaskan pun dari semua 40 pertuduhan ...

Mesti lah sebab sebelum general election dah ada buat pakatan PH+BN, salah satu syarat Bn nak join pakatan ialah jahid kena jadi timbalan untuk lepaskan diri dia.  

Calm down with your licking.
Quote caprut 12-12-2024 06:43 PM
Anwar akan komen saya tidak mencampuri urusan mahkamah
Quote kemaruk 12-12-2024 06:45 PM
Kebenaran terpancul jua akhirnyaaaavroomvroom ah ah ah gitchewww

Bangkem konsisten dari awal lagi wak jahit tak bersalah

Manakala walanon dan walaun berubah rubah fitnahan bergantung kepada wak jahit sokong pihak yang mana

Paling lawak walaun ler dorang sendiri yang bebaskan pastu heran nape taknak teruskan pendakwaan hahahhaa
Quote edayildiz 12-12-2024 07:14 PM
Alhamdulilah..kaklong dh tulis karangan ke belum
Quote lostnfaun 12-12-2024 07:26 PM
caprut: Anwar akan komen saya tidak me ...


Masa dia jadi pembangkang dgn rafizi bkn main sana sini kompang zahid serba serbi salah, rasuah.
Quote Skuau 12-12-2024 07:34 PM
tripleid replied at 12-12-2024 04:13 PM
Tak payah nak terima kasih kat Walanon...wak jahit mmg dah dibebaskan pun dari semua 40 pertuduhan ...

HOI!............sapa sokong penyamun????
                                    
Quote syamzana 12-12-2024 09:29 PM
edayildiz replied at 12-12-2024 07:14 PM
Alhamdulilah..kaklong dh tulis karangan ke belum

semestinya...8hours ago lagi

tak brp pnjg kalini, tp sempat selitkan hadis girtuhhh
Quote Orix 12-12-2024 09:54 PM
Reformasi !!!!
Quote edayildiz 13-12-2024 04:16 AM
syamzana replied at 12-12-2024 09:29 PM
semestinya...8hours ago lagi

tak brp pnjg kalini, tp sempat selitkan hadis girtuhhh

pantas kaklong

Quote otai_g 13-12-2024 07:38 AM
Kuat btl kabel wak ni. Hebat2
Quote missyL 13-12-2024 01:43 PM
Sehat plk klo da lepas
Klo x mcm nk kene usung guna bed hospital

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.099908 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top