CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya amat bersyukur, berterima kasih kepada Allah mengizinkan untuk Peguam Negara menarik balik rayuan" - Ahmad Zahid

12-12-2024 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43494| Komen: 15

 


Putrajaya: "Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau memberi reaksi demikian selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).

Terdahulu, Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin berhubung keputusan pihaknya menarik balik rayuan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meluahkan rasa syukur representasi yang dikemukakan pihaknya diterima oleh pihak pendakwaan.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah mengizinkan untuk Peguam Negara menarik balik rayuan yang telah dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya (sebelum ini)," katanya.


Beliau turut berterima kasih kepada barisan peguam yang disifatkannya berusaha bertungkus lumus dan mengemukakan dua representasi bagi pihaknya.

Pada 23 September 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan tanpa mengarahkannya membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Presiden UMNO itu sebelum itu mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Ia bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Ahmad Zahid turut berdepan 33 pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri terhadap tuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 dan 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lain, beliau didakwa memperoleh wang tunai S$1,150,000, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan AS$15,000 untuk diri sendiri daripada syarikat sama yang beliau tahu ada kaitan dengan kedudukan rasminya.

Ahmad Zahid didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Country Heights, Kajang antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Sementara itu, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berterima kasih kepada panel hakim Mahkamah Rayuan kerana mempertimbangkan representasi dikemukakan pihak pembelaan.

"Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak membuat sebarang kesilapan dalam dapatan ini di peringkat prima facie. Kami sangat berterima kasih," katanya.

Ditanya sama ada pihak pembelaan sudah menjangkakan keputusan hari ini, Hisyam berkata, hari ini sebenarnya ditetapkan untuk pendengaran kes dan pihaknya sudah bersedia dengan hujahan untuk sebarang kemungkinan.

"Keputusan hari ini sebagai kejutan yang baik," katanya.

Sumber – Harian Metro

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terma2nkondisi2 12-12-2024 04:22 PM
mungkin walanon2 pun sama2 meraikan kemenangan zahid dlm diam
Quote honam 12-12-2024 05:28 PM
lambat
Quote Firenzza 12-12-2024 06:23 PM
terma2nkondisi2 replied at 12-12-2024 04:22 PM
mungkin walanon2 pun sama2 meraikan kemenangan zahid dlm diam

Quote slavehunter 12-12-2024 06:36 PM
Giler.  Siapa jer berani nak prosecute current Timbalan Perdana menteri.
Quote Perwira2022 12-12-2024 06:49 PM
Penat walanon berguling2 atas tahi anjing di jalan raya sambil nyanyi lagu hoyahoi
Quote lostnfaun 12-12-2024 07:18 PM
Nnt walanon pun cakap tue keputusan mahkamah jd kena hormat. Masa dulu belum tuduh lagi walanon ckp mcm dah jatuh hukum.
Quote Orix 12-12-2024 09:53 PM
Ala mcm Najib la. Ms Apandi Ali ms dia masih PM dia lepas. Bila dh xde kuasa eh eh ke dalam ko…. [em:4:]
Quote missyL 13-12-2024 01:39 PM
Xpela enjoy la dunia
Aku harap hukuman tuhan nti yg pling dasat
Quote Perwira2022 13-12-2024 02:09 PM
lostnfaun replied at 12-12-2024 07:18 PM
Nnt walanon pun cakap tue keputusan mahkamah jd kena hormat. Masa dulu belum tuduh lagi walanon ckp  ...

Mahkamah juga yg mensabitkan Nuar dengan kesalahan meliwat jubur Sepol. Walanon perlulah akur dan hormat.
Quote apech 13-12-2024 02:45 PM
tarik balik pulak dahh....
Quote s@s@ 13-12-2024 02:48 PM
asal ganti peguam negara je, mesti tarik pendakwaan...
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:58 AM
congrats wak
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:58 AM
bossku bila
Quote rashiman 14-12-2024 10:22 AM
Edited by rashiman at 14-12-2024 10:25 AM

Ini janji PMX pulihkan sistem ekonomi, keadilan yg teruk pada zaman BN yang rakyat terbeban dan sengsara dulu.
Pejuangan rakyat, peluh keringat rakyat berjuang dijalanan sudah memperolehi kejayaan dgn menumbangkan BN dan sekarang sedang menuai hasilnya. banyak bantuan dan subsidi diterima rakyat dan cukai2 yg membebankan rakyat dihapuskan, harga barangan dan minyak pun semakin murah.
Quote Perwira2022 14-12-2024 10:35 AM
rashiman replied at 14-12-2024 10:22 AM
Ini janji PMX pulihkan sistem ekonomi, keadilan yg teruk pada zaman BN yang rakyat terbeban dan seng ...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.051343 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top